17 Sep 2020

Sinopsis Novel Hello Jangan Tapau Cintaku




Novel Hello Jangan Tapau Cinta Ku Karya Hasreeyati Ramli, Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Slot Lestary, TV3, Pelakon - Pelakon Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Baru Nafiz Muaz, Drama Baru Eyka Farhana, Drama Elisya Sandha, Drama TV3 2020, Cover Novel Hello Jangan Tapau Cintaku,

Novel Hello Jangan Tapau Cinta Ku Karya Hasreeyati Ramli telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod yang akan disiarkan di slot Lestary TV3 tidak lama lagi. Nafiz Muaz akan melakonkan watak sebagai Ash Fayyad manakala Elisya Sandha akan melakonkan watak sebagai Ain Dheya. Syerinie Myra pula akan membawa watak sebagai Alia Feyda, adik pada Ash Fayyad. Manakala Eyka Farhana pula akan membawa watak sebagai Ann Dayana, teman wanita pada Ash Fayyad. Pelakon lain yang turut membintangi drama Hello Jangan Tapau Cintaku ini adalah Lisdawati, Azri Iskandar, Amyza Aznan, Dynas Mokhtar, Sefik Khair, Badrul Muhayat dan ramai lagi. Berbalik pada novel Hello Jangan Tapau Cintaku ini, ianya diterbitkan pada tahun 2016. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini dibawah ye. Selamat membaca okey..




Sinopsis Novel Hello Jangan Tapau Cinta Ku Karya Hasreeyati Ramli (Drama Adaptasi Novel)

Mengisahkan tentang seorang gadis, Ain Dheya dari kampung dan dari keluarga yang susah tetapi berpelajaran tinggi bekerja di sebuah firma di bandar. Memandangkan dia dari keluarga yang susah, dia amat penjimat orangnya. Dan sifat yang tidak dapat dikikisnya ialah sifat suka menapau makanan dari pejabat kerana kesemua gajinya sudah dihantar ke kampung dan dia menumpang di bilik rumah sewa kawannya. Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hari orang lain di sekelilingnya dan bersikap sombong. Kehadiran Ain tidak begitu disukainya kerana Ain suka membawa garam belacan di pejabat dan baunya sudah tidak menyenangkan majikannya itu. Kisah antara mereka berdua bermula apabila Ash menawarkan wang upahan bernilai RM50,000.00 untuk sesiapa sahaja di kalangan stafnya yang sanggup menjaga adik perempuannya yang lumpuh akibat kemalangan dan sudah berputus asa untuk hidup sementara kedua orang tuanya mengerjakan Haji di Mekah selama sebulan. Tiada siapa yang sanggup menjaga adik perempuannya, Alia Feyda yang perungus itu dan sudah ramai jururawat yang telah dipecat kerana tidak sanggup menjaganya. Termasuklah beberapa orang gaji yang berhenti kerana tidak tahan dengan sikap adiknya. Malah teman wanita Ash Fayyad sendiri pun tidak sanggup untuk menjaga bakal adik iparnya itu. Ain Dheya yang amat memerlukan duit itu kerana tanah yang menempatkan rumah mereka di kampung akan dijual oleh pak cik mereka yang tidak berhati perut. Oleh itu, dia menerima tawaran ini. Bermulalah episod ngeri Ain di sana. Sehingga Ain sering dicaci maki dan dipukul oleh Alia Feyda namun Ain tetap bertahan juga kerana dia memerlukan duit itu. Ain Dheya pada mulanya ingin berhenti namun memikirkan kepentingan ibunya dan adik-adiknya di kampung menyebabkan dia mengorbankan dirinya menghadapi siksaan demi siksaan dari Alia Feyda. Kesabaran Ain Dheya itu membuatkan Alia Feyda berasa menyesal dan mula berkawan dengan Ain Dheya. 
Novel Hello Jangan Tapau Cinta Ku Karya Hasreeyati Ramli, Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Slot Lestary, TV3, Pelakon - Pelakon Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Baru Nafiz Muaz, Drama Baru Eyka Farhana, Drama Elisya Sandha, Drama TV3 2020,
Ain Dheya juga menjadi pemangkin semangat kepada Alia Feyda untuk sembuh dan dengan pertolongan Ain jugalah dapat menyedarkan semula Alia Feyda tentang erti kehidupan dan mahu `hidup’ semula. Mereka menjadi sahabat baik kerana kawan-kawan Alia Feyda juga telah menyingkirkannya setelah dia lumpuh. Teman wanita Ash Fayyad, Ann Dayana, juga semakin cemburu kerana dia tidak berjaya mengambil hati adik lelaki itu. Dia mula merancang pelbagai perkara pada mulanya kerana mendapati Ash Fayyad lebih banyak menghabiskan masa di rumah ketika Ain Dheya ada. Ash Fayyad pula sering membuli Ain Dheya kerana sikap gadis itu yang lurus bendul. Namun Ash Fayyad pada mulanya menafikan sudah ada bibit-bibit perasaan cinta pada diri gadis itu, meminta kawan baiknya agar meyakinkan Ann Dayana yang mereka tidak `ada apa-apa’. Walaupun sudah tentunya gadis itu tidak mahu mempercayainya. Ash Fayyad juga meminta pertolongan teman baiknya untuk menjaga Ann Dayana untuknya apabila dia tidak mempunyai masa lagi untuk itu. Kerana selama ini Ash Fayyad mahu menebus kesalahannya kerana dialah yang memandu ketika kemalangan itu berlaku hingga menyebabkan adiknya lumpuh. Sejak dari itu dia berikrar untuk menunaikan apa sahaja permintaan adiknya biarpun permintaan itu adalah di luar dari kotak fikirannya sendiri. Di atas permintaan permintaan Alia Feyda jugalah Ain Dheya bersatu kerana bagi Alia Feyda, dia mahu gadis itu terus menjaganya di situ dan menjadi teman baik yang menemaninya sepanjang masa. Demi kasih seorang abang terhadap adiknya, Ash Fayyad bersetuju untuk berkahwin dengan Ain Dheya walaupun dia terpaksa mengorbankan cintanya sendiri. Malah Ain Dheya juga terpaksa bersetuju kerana tidak sampai hati untuk melihat Alia Feyda kecewa di dalam hidupnya dengan cuba membunuh diri sebelum ini. Apa yang berlaku seterusnya?. dapatkah Ash Fayyad dan Ain Dheya bahagia?.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Filipina Legally Blind (TV3)

2 ulasan:

  1. Alia tu pernah cuba utk bunuh diri, mmg kena hati2 sbb benda boleh terulang

    BalasPadam
  2. "bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"

    BalasPadam



My Random Post