1 Jul 2018

Sinopsis Telemovie Menantu Nista (Cerekarama TV3)

Menantu Nista, Telemovie, Telefilem, Telemovie Menantu Nista, Sinopsis Telefilem Menantu Nista, Cerekarama, TV3, 2018, Poster, Menantu Nista Cast, Pelakon Telemovie Menantu Nista, Senarai Pelakon, Sherie Merlis, Emma Maembong, Normah Damanhuri, Mahmud Ali Bashah, Syazuwan Hassan, Raja Azmi, Watak, Ending Menantu Nista,
Sinopsis Telemovie Menantu Nista - Cerekarama TV3
Telefilem Menantu Nista sudah pun disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 30 Jun yang lalu dan dilakonkan oleh ramai pelakon hebat. Antara pelakon telemovie Menantu Nista ini adalah Sherie Merlis, Emma Maembong, Normah Damanhuri, Mahmud Ali Bashah, Syazuwan Hassan, Raja Azmi dan ramai lagi. Selain itu telemovie Menantu Nista ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. Agak geram juga tengok perangai Nora yang melayan mak mertuanya dengan teruk sekali. Pendek katanya telemovie ini ada banyak pengajarannya pada penonton, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..



Sinopsis Telemovie Menantu Nista - Cerekarama TV3

Mengisahkan Sofea (Emma Maembong) seorang gadis yang mempunyai masalah dengan ibunya, Nora (Sherie Merlis). Sejak kecil Sofea sering dilayan dengan kasar oleh ibunya Nora, keadaan bertambah buruk apabila ibunya sering menolak pinangan keluarga Armin (Syazuwan Hassan) beberapa kali. Sofea dan Armin saling mencintai namun Nora menjadi penghalang cinta mereka, apabila Sofea tidak dapat berkahwin dengan Armin kerana Nora sering menolak pinangan Armin itu. Bapa Sofea, Fauzi (Mahmud Ali Bashah) seorang pemandu van dan jarang berada di rumah. Suatu hari Ibu Fauzi iaitu Nek Yam (Normah Damanhuri) tiba-tiba jatuh sakit membuatkan Fauzi mahu mengambilnya tinggal bersama mereka. Sebelum ini Nek Yam tinggal berasingan daripada anaknya Fauzi dan dirinya tinggal seorang diri. Keputusan Fauzi tidak disukai Nora kerana dirinya berdendam dan membenci ibu mertuanya itu. Akhirnya Nek Yam terpaksa tinggal di rumah anaknya itu, manakala Fauzi pula terpaksa meninggalkan ibunya untuk pergi bekerja dan mengamanahkan isterinya Nora dan anaknya Sofea untuk menjaga ibunya itu.



Setelah Fauzi keluar bekerja, Nora mula menunjukkan sikapnya yang sebenar, dia mula melayan ibu mertuanya itu dengan buruk dan kejam sekali. Awalnya Sofea tidak tahu yang ibunya melayan neneknya dengan teruk sekali, namun setelah dia tahu, dia berasa kecewa dengan sikap ibunya itu dan cuba menolong neneknya semampu yang boleh. Sofea makin tertekan apabila mak Armin memintanya supaya tidak berjumpa dengan Armin lagi. Tak lama kemudian Sofea dan Armin mengambil keputusan drastik dengan bernikah di luar negara. Malang menimpa keluarga Sofea apabila bapanya Fauzi kemalangan dan kakinya terpaksa dipotong. Nora makin stress dan menganggap ibu mertua menjadi punca segalanya. Nora kemudian secara tiba - tiba cuba berbaik - baik dan meminta maaf pada ibu mertuanya itu, sebelum membawanya ke suatu tempat. Apa yang berlaku seterusnya?, Apa yang membuatkan Nora terlalu membenci ibu mertuanya itu?.

2 ulasan:

  1. Sedih tgk cerita ni mlm tadi.

    BalasPadam
  2. mak mertua pun sama macam mak sendiri. tapi menantu kadang2 belum tentu mak mertua anggap macam anak sendiri. eeh =P

    BalasPadam



My Random Post