4 Jan 2018

Drama Kekasih Paksa Rela Episod 1 Hingga 5

Drama Kekasih Paksa Rela, Slot Akasia, TV3, Drama Kekasih Paksa Rela Episod 1 Hingga Episod 5, Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 1 Hingga Episod 5, Cinta, Perkahwinan, Poligami, Rangkuman Sinopsis Episod 1 Hingga 5, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Ain Edruce, Intan Najuwa, Dayang Areeda, Afzan Rahman, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Fatin Afeefa,
Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 1 Hingga Episod 5

Drama Kekasih Paksa Rela tengah hangat bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula 26 Disember 2017 yang lalu. Drama ini juga lari dari kebiasaan apabila ianya bukan adaptasi daripada Novel seperti drama - drama lain di Slot Akasia itu. Antara keunikan Drama 28 episod ini apabila dibarisi oleh ramai pelakon baru dan agak jarang juga dapat kita lihat pelakon Remy Ishak berlakon drama - drama di Slot Akasia TV3 ini. Pelakon - Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terdiri daripada Remy Ishak sebagai watak Adham, Ain Edruce sebagai Rosnaida, Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira, Dayang Areeda sebagai Shiqin, Afzan Rahman sebagai Firdaus, Emelda Rosemila sebagai Suraya, Fizz Fairuz sebagai Yusman, Fatin Afeefa sebagai Zilla dan ramai lagi. Pada pandangan aku, Remy Ishak memang sangat sesuai membawakan watak Adham itu. 

Part paling kelakar bila Hanan panggil watak Remy Ishak sebagai Adham itu "pakcik" hehehe. Panggil pakcik tapi sentiasa berdebar bila nak bercakap something pada Adham itu. Tak sangka juga, memang enjoy menonton drama ini. Gandingan Emelda Rosemila dan juga Fizz Fairuz sebagai pasangan suami isteri dalam drama ini turut mengingatkan aku pada lakonan mereka berdua dalam drama mereka yang terdahulu iaitu Drama Kekasihku Seru dan juga Drama Waris yang turut disiarkan di TV3. Bezanya dalam drama Kekasih Paksa Rela ini, mereka memegang watak negatif atau watak jahat dalam drama ini. Dekat sini juga aku nak share rangkuman Sinopsis Drama ini dari Episod Satu hingga Episod Lima, selamat membaca ye.

Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 1 Hingga Episod 5

Mengisahkan Adham yang tersepit di tengah - tengah antara isterinya Rosnaida dan juga ayahnya Dato Azman yang sering bergaduh dan tidak sefahaman. Adham sentiasa berusaha untuk memperbaiki hubungan isterinya dengan ayahnya supaya dapat berbaik - baik antara satu sama lain. Dato Azman tidak menyukai Rosnaida menjadi menantunya, malah perangai menantunya yang sentiasa sibuk dengan aktiviti sosialnya turut menjadi punca pergaduhan mereka. Dato Azman cuba menjodohkan Adham dengan anak kawan baiknya Shiqin, tapi tidak berjaya. Rosnaida / Ros memujuk Adham untuk pindah rumah, tapi Adham tidak bersetuju, kerana tidak mahu meninggalkan ayahnya bersendirian. Shiqin yang baik dengan Adham dan juga Rose cuba mencari jalan untuk memisahkan mereka kerana Shiqin juga ada hati pada Adham. Atas tindakan dan nasihat Shiqin, Ros akhirnya memutuskan untuk menyambung pelajarannya di luar negara selama 2 tahun. Walaupun berat hati, Adham akhirnya melepaskan Rosnaida pergi ke luar negara itu.

Setelah 2 tahun berlalu, Rosnaida tetap enggan pulang ke Malaysia kerana ingin bekerja di luar negara pula. Dato Azman mula berasa bersalah pada Adham, kerana dia tahu Rosnaida enggan pulang disebabkan dirinya. Malah dirinya juga sedih melihat Adham yang keseorangan selama 2 tahun. Tak lama kemudian Dato Azman meninggal dunia dan Ros tetap tidak dapat pulang ke Malaysia menyebabkan Adham makin benggang dan marah dengan sikap isterinya itu. Dalam hal yang lain, Hanan Khaira merupakan seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi. Namun dirinya berdepan situasi sukar apabila ayahnya mula sakit teruk akibat Kanser, Hanan sentiasa sabar dan tabah menjaga ayahnya. Manakala ibu Hanan iaitu Suraya tidak mempedulikan suaminya yang sakit, malah dirinya turut mempunyai hubungan cinta dengan lelaki lain iaitu Yusman. Keadaan bertambah buruk apabila ayah Hanan juga turut meninggal dunia dan ibunya akhirnya berkahwin dengan Yusman. Suraya yang sering melebih - lebihkan suami barunya itu berbanding Hanan menyebabkan hidup Hanan menjadi sengsara.



Hal ini turut diburukkan dengan sikap Yusman yang sering mencari salahnya serta membuatkan Suraya sering memarahi Hanan. Pada suatu hari Hanan telah ditangkap kerana mencuri, namun dirinya dibantu oleh Adham yang kebetulan berada di situ. Sejak dari itu Adham menyuruh Hanan bekerja dengannya, Adham menyuruh kawan baiknya Firdaus untuk menjaga kebajikan Hanan. Sikap bapa tiri Hanan makin teruk, apabila cuba mencari peluang untuk berdua - duaan dengan Hanan, malah Yusman juga sering berjudi dan banyak hutang dengan Along. Disebabkan hutang yang banyak, Yusman cuba menjual Hanan namun Hanan diselamatkan oleh Firdaus dan Adham. Yusman pula terus - terusan menghasut Suraya untuk membenci anaknya sendiri sehingga bertindak untuk memukul Hanan. Adham akhirnya terpaksa masuk campur dan membuat perjanjian dengan ibu Hanan untuk melepaskan Hanan bekerja dengannya serta Adham juga akan memberi wang pampasan pada Ibu Hanan. Sejak dari itu, Suraya enggan untuk berjumpa dengan anaknya lagi, walaupun Yusman sering menyuruh Suraya untuk mengambil Hanan pulang ke rumah semula.

Hanan pula mula tinggal di rumah mewah milik Adham, walaupun kurang selesa di situ tapi Hanan sedikit lega kerana bapa tirinya itu tidak dapat menganggunya lagi. Hanan mendapati dirinya sentiasa berdebar dan kelam kabut ketika berhadapan dengan Adham. Sejak Hanan tinggal di rumahnya, Adham pula makin rajin pulang ke rumah untuk makan tengahari. Mak Senah dan Firdaus mula perasan dengan kelakuan pelik Adham itu, malah mereka turut mencadangkan supaya Adham bernikah saja dengan Hanan itu. Pada suatu hari Yusman berjaya mengumpan Hanan untuk pulang ke rumah dan dirinya bertindak untuk merogol Hanan, namun Firdaus datang tepat pada masanya dan memukul Yusman. Selepas itu Yusman mula mereka - reka cerita pada isterinya itu dan Suraya yang tidak tahu apa - apa percaya bulat - bulat kata - kata Yusman. Suraya akhirnya datang mencari anaknya itu di sekolah serta memaksa Hanan untuk pergi ke balai Polis. Adham sempat menghalang dan berkata dirinya akan bernikah dengan Hanan tidak lama lagi. Hanan sangat terkejut mendengar kata - kata Adham itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

5 ulasan:

  1. Jalan cerita yang sangat menarik.. Tapi waktu tayangan kurang sesuai..

    BalasPadam
  2. Tgk gak sesetgah tu .. sekerat lagi buat benda lain ..huhu

    BalasPadam
  3. drama ni best dan pelakon pun best-best semua

    BalasPadam
  4. tak sempat nak tgk masa tak sesuai
    time balik kerja

    BalasPadam
  5. tengok macam mendapat sambutan je.. boleh cari =D

    BalasPadam



My Random Post