7 Dis 2018

Sinopsis Drama Korea The Ghost Detective

The Ghost Detective, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Ghost Detective, Drama Korea 2018, Seram, Misteri, Hantu, Roh Jahat, Sinopsis Penuh Drama Korea The Ghost Detective, Cast, Pelakon, Choi Daniel, Park Eun Bin, Lee Ji Ah, Kim Won Hae, Lee Jae Kyoon, Lee Joo Young,  Shin Jae Ha, Chae Ji An, Park Jo Hee,
Sinopsis Drama Korea The Ghost Detective

Hari ini aku nak share sinopsis drama Korea The Ghost Detective pula, sejujurnya aku memang suka drama ini yang bergenre seram gitu. Aku suka elemen suspen dan misteri yang ada dalam drama ini, semuanya cukup lengkap, malah OST The Ghost Detective juga best. Pendek katanya Korean Drama The Ghost Detective ini memang best untuk ditonton, Antara barisan pelakon drama The Ghost Detective ini adalah seperti berikut :-
1) Choi Daniel sebagai Lee Da Il
2) Park Eun Bin sebagai Jung Yeo Wool
3) Lee Ji Ah sebagai Sun Woo Hye
4) Kim Won Hae sebagai Hang Sang Sub
5) Lee Jae Kyoon sebagai Park Jung Dae
6) Lee Joo Young sebagai Gil Chae Won
7) Shin Jae Ha sebagai Kim Gyeol 
8) Chae Ji An sebagai Jung Yi Rang
9) Park Jo Hee sebagai Baek Da Hee
10) Jeon Bae Su sebagai Jeon Deok Joong 




Awalnya aku ingatkan drama Korea The Ghost Detective ini berkisarkan tentang detective atau penyiasat persendirian yang menyiasat pasal hantu mahu pun bekerjasama dengan hantu ke untuk menyelesaikan sesuatu kes, rupa - rupanya detective tu sendiri yang jadi hantu dan sedaya upaya untuk menangkap hantu jahat yang menganggu dirinya dan orang - orang di sekelilingnya. Untuk sinopsis penuh drama ini, korang boleh baca di bawah ye. Selamat membaca.

Sinopsis Penuh Drama Korea The Ghost Detective

Mengisahkan Lee Da Il yang merupakan bekas tentera yang dilucutkan jawatannya disebabkan satu kes kontroversi. Selepas itu dia bekerja bersama dengan Han Sang Sun menjadi penyiasat persendirian. Lee Da Il seorang penyiasat yang cekap dan bagus namun begitu dia hanya menyiasat kes - kes yang menarik minatnya sahaja. Tak lama kemudian Lee Da Il bersetuju untuk menyiasat satu kes penculikan kanak - kanak di satu kawasan perumahan. Lee Da Il dapat mengagak yang kes penculikan berkenaan sangat unik dan misteri. Manakala Jung Yeo Wool pula masih bersedih dengan kematian adiknya Jung Yi Rang yang mati bunuh diri. Bagi Jung Yeo Wool, adiknya mati bukan sebab bunuh diri tapi disebabkan seorang perempuan misteri yang berpakaian merah. Jung Yeo Wool sempat melihat perempuan berbaju merah berkenaan tapi yang peliknya orang lain tidak nampak perempuan tersebut.




Jung Yeo Wool juga cuba menyakinkan polis mengenai kewujudan perempuan misteri berpakaian merah di tempat kejadian. Namun polis langsung tidak mempercayainya. Tak lama kemudian Jung Yeo Wool terlihat Lee Da Il dan partnernya sedang menyiasat mengenai kes penculikan dan dia mula memerhati gerak - geri Lee Da Il. Setelah yakin Lee Da Il akan mempercayai ceritanya, Jung Yeo Wool mula mendekati Lee Da Il dengan cara cuba meminta kerja dengan Lee Da Il dan partnernya. Lee Da Il yang yakin Jung Yeo Wool ada niat lain ketika meminta kerja dengannya akhirnya menyuruh Yeo Wool untuk berterus - terang tentang sebab dia datang ke situ. Akhirnya Jung Yeo Wool berterus - terang dan menceritakan segalanya pada Lee Da Il dan merayu pada Lee Da Il untuk menyiasat mengenai kes kematian adiknya yang misteri itu.

Siapa sangka Lee Da Il itu pernah melihat perempuan berpakaian merah itu juga dan perempuan tersebut juga adalah penyebab kematian ibu Lee Da Il. Selepas itu Yeo Wool menjadi pembantu Lee Da Il dan mereka berdua cuba menyiasat kes perempuan berbaju merah itu dan juga kes penculikan. Walaubagaimanapun ketika Lee Da Il menyiasat kes penculikan berkenaan dia telah dibunuh. Kini Lee Da Il telah menjadi hantu, namun Lee Da Il masih dapat dilihat oleh Jung Yeo Wool. Walaupun telah menjadi hantu Lee Da Il tetap komited untuk menyiasat mengenai perempuan berbaju merah tersebut dan lebih dasyat lagi perempuan tersebut turut menjadi punca Lee Da Il dibunuh. Akhirnya Lee Da Il mengetahui mengenai identiti sebenar perempuan misteri berbaju merah itu. Perempuan tersebut bernama Sun Woo Hye dan dia kini berada dalam keadaan koma. Namun roh jahat Sun Woo Hye ini boleh berkeliaran dan merasuk mana - mana manusia yang dia mahu. Malah dia juga mampu mengarahkan sesiapa saja untuk mengikut arahannya dan melakukan kejahatan.

Walaubagaimanapun Sun Woo Hye gagal untuk merasuk dan membuat Lee Da Il dan Jung Yeo Wool untuk mengikut arahannya. Sejak dari itu Sun Woo Hye mula obses dengan Yeo Wool dan Lee Da Il, Sun Woo Hye berazam akan membunuh semua orang yang disayangi oleh Lee Da Il itu satu - persatu. Tak lama kemudian Lee Da Il dapat mencari tubuh Sun Woo Hye yang masih koma itu dan menikamnya. Lee Da Il menyangka tindakannya itu akan dapat membuat Sun Woo Hye benar -benar mati dan menghentikan roh jahat Sun Woo Hye dari terus berkeliaran. Namun tindakannya itu memakan diri apabila Sun Woo Hye kini bangun dari koma dan dapat menggunakan tubuhnya sepenuhnya, malah kuasanya juga makin hebat. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

5 Dis 2018

Movie Review - Cheese In The Trap




Cheese In The Trap, Movie, Filem, Korean Movie Cheese In The Trap, Korean Movie, Movie Review, Cheese In The Trap Film, Cast, Poster, Pelakon Filem Cheese In The Trap, Park Hae Jin, Oh Yeon Seo, Park Ki Woong, Yoo In Young, Sandara Park, Oh Jong Hyuk, Kim Hyun Jin, 2018,
Movie Review - Cheese In The Trap (Korean Movie)

Movie Cheese In The Trap ini release pada 14 March 2018 yang lalu dan merupakan adaptasi daripada web comic yang popular. Bagi yang tak tahu, sebenarnya sudah ada pun versi drama Cheese In The Trap ini yang disiarkan di channel TVN pada tahun 2016 yang lalu. Namun para pelakon versi drama dan movie memang berbezalah kan, hanya hero dramanya saja iaitu Park Hae Jin dikekalkan untuk berlakon dalam versi filem pula. Antara pelakon filem Cheese In The Trap ini adalah Park Hae Jin, Oh Yeon Seo, Park Ki Woong, Yoo In Young, Sandara Park, Oh Jong Hyuk, Kim Hyun Jin dan ramai lagi. Aku dah tengok kedua dua versi iaitu versi filem dan juga versi drama, jadi bila dah tengok kedua - dua versi memang aku tak dapat lari dari membuat perbandingan antara versi filem dan juga versi drama. Dikatakan Movie Cheese In The Trap ini memang mengikut jalan cerita original web comic tersebut berbanding versi drama.




Tapi versi drama Korea Cheese In The Trap ini of courselah lebih panjang dan perkembangan watak juga lebih mendalam berbanding filem. Cuma bagi aku versi drama macam terlalu fokuskan watak Baek In Ho, malah ending drama Cheese In The Trap itu juga dikritik teruk oleh para penonton, para pelakon juga terutamanya Park Hae Jin turut meluahkan rasa tak puas hati dengan hala tuju wataknya serta ending drama tersebut. Tapi tak sangka juga Park Hae Jin masih sanggup untuk berlakon versi filem pula selepas itu. Bila tengok movie ini turut mengingatkan aku tentang Lee Sung Kyung yang membawakan watak Baek In Ha dalam versi drama. Wataknya dalam drama sangat rare dan gila hingga rasa tak lengkap versi filem tanpa kehadirannya. Namun Yoo In Young berjaya juga membawakan watak Baek In Ha untuk versi filem dengan caranya yang tersendiri. Cuma nampak dia lebih elegan dan tak segila watak Lee Sung Kyung dalam versi dramalah kan.

Kalau dalam versi drama, ending untuk kisah cinta antara Yoo Jung (lakonan Park Hae Jin) dan Hong Seol (lakonan Kim Go Eun) memang tergantung. Manakala dalam versi filem ending movie Cheese In The Trap memang happy ending gitu. Yoo Jung dan Hong Seol (lakonan Oh Yeon Seo) memang sweet gitu, tak banyak konflik dan serabut macam dalam versi drama. Tapi aku tak nafikan versi drama juga ada tarikannya yang tersendiri. Apa pun aku suka dengan watak Yoo Jung tu yang agak misteri gitu dan ada sisi gelapnya yang tersendiri. Scene dia cuba berbaik - baik dan mengorat Hong Seol tu pun adorable sangat sama ada dalam versi filem mahu pun drama. Bagi yang nak layan cerita ini aku sarankan korang tengok saja dua - dua versi, baru korang boleh buat perbandingan gitu. Aku rasa versi movie mahu pun drama ada tarikan yang tersendiri. Aku bagi 7.5/10 bintang untuk Korean Movie Cheese In The Trap ini.
Read More

3 Dis 2018

Telemovie Kau Roadblock Hatiku (Astro Citra)




Kau Roadblock Hatiku, Telemovie, Telefilem, Telemovie Kau Roadblock Hatiku, Telefilem Kau Roadblock Hatiku, 2018, Astro Citra, Komedi, Sinopis Kau Roadblock Hatiku, Lagu Popular Kumpulan Floor88, Zalikha, Aqilah, Lagu Kau Roadblock Hatiku Duet Bersama Baby Shima, Cast, Pelakon Telemovie Kau Roadblock Hatiku, kumpulan Floor 88 yang terdiri daripada Ayiel Elham, Eric Fuzi, Zai Hamzah, Falique Ghazali, Akram K, Amirul Affeq serta Eyra Hazali dan Elizabeth Tan,

Telefilem Kau Roadbloack Hatiku telah disiarkan di Astro Citra pada 1 Disember 2018 yang lalu menerusi slot Citra Exclusive. Antara pelakon telemovie Kau Roadblock Hatiku ini adalah kumpulan Floor 88 yang terdiri daripada Ayiel Elham, Eric Fuzi, Zai Hamzah, Falique Ghazali, Akram K, Amirul Affeq serta Eyra Hazali dan Elizabeth Tan. Selain itu telefilem Kau Roadblock Hatiku ini diarahkan oleh Irwan Rauf dan Dian Mayasari serta diterbitkan oleh Shutterspeak Studio Production. Jalan cerita telemovie ini agak kelakar jugalah, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Kau Roadblock Hatiku - Astro Citra

Mengisahkan tentang kumpulan yang sedang meningkat naik iaitu kumpulan Floor88 yang sebelum ini popular dengan lagu Zalikha, Aqilah dan yang terbaru dengan lagu Kau Roadblock Hatiku duet bersama dengan Baby Shima. Satu hari kumpulan Floor88 mendapat undangan persembahan di tempat yang besar dan ramai orang. Walaubagaimanapun ada syarat yang perlu kumpulan Floor 88 ikut, dimana mereka perlu menyiapkan lagu baru mereka dalam tempoh seminggu. Mereka kemudiannya mula risau kerana belum ada idea lagi untuk membuat lagu baru. Mereka mula memikirkan serta membincangkan tentang idea untuk lagu baru tersebut dan salah seorang dari mereka ingin membuat lagu tentang kisahnya dan Elizabeth Tan. Tak lama kemudian ada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis dan salah seorang dari ahli kumpulan Floor 88 terpandang seorang wanita cantik yang bernama Aqilah (lakonan Eyra Hazali)dan terus terpikat. Dia kemudian cuba mencari wanita berkenaan di setiap tempat yang dilakukan sekatan jalan raya / roadblock oleh polis. Namun masih tidak berjumpa, apa yang berlaku seterusnya?.

Read More

2 Dis 2018

Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com

Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 1 Disember 2018, iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga hari esok, 10.00 pagi 2 Disember 2018. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2018.

** jom support Mia Liana....



Read More

Sinopsis Telemovie Genesis - Cerekarama TV3




Genesis, Telemovie, Telefilem, Telemovie Genesis, Telefilem Genesis, Sinopsis Telefilem Genesis, Cerekarama, TV3, Cerekarama Genesis, 2018, Cast, Pelakon Telemovie Genesis, Aeril Zafrel, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Azizah Mahzan, Tash Yong,

Telefilem Genesis akan disiarkan pada 1 Disember 2018 ini di slot Cerekarama TV3, jam 9 malam. Antara pelakon telemovie Genesis ini adalah Aeril Zafrel, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Azizah Mahzan, Tash Yong dan ramai lagi. Merupakan karya Mohd Noor Kadir dan diterbitkan oleh Kuasatek Pictures Sdn Bhd. Nampak best juga telemovie Genesis ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Genesis Lakonan Aeril Zafrel

Lebih kurang 30 tahun yang lampau, Bakhtiar pernah bercinta dengan Zakiah. Apabila mendapati Zakiah telah mengandung dan enggan menggugurkannya, Bakhtiar terus menghilangkan diri. Apa yang berlaku seterusnya?.



Read More

30 Nov 2018

Sinopsis Drama Selafaz Cinta




Selafaz Cinta, Drama Selafaz Cinta, Drama Melayu, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, 2018, Cast, Watak Pelakon, OST Selafaz Cinta, Pelakon Drama Selafaz Cinta, Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Riz Amin, Sura Sojangi, Sharifah Sakinah, Luqman Hafidz, 2018,
Sinopsis Drama Selafaz Cinta 

Drama Selafaz Cinta adalah drama terbaru yang disiarkan di slot Tiara Astro Prima / Astro Maya HD bagi menggantikan drama Cinta Tiada Ganti yang telah tamat episodnya. Antara barisan pelakon drama Selafaz Cinta ini adalah seperti di bawah ini:-
    Saharul Ridzwan sebagai Reza Ammar
  • Syatilla Melvin sebagai Zahratul Jannah
  • Puteri Aishah asebagai Liza Liyana
  • Aqasha sebagai Ustaz Jihad
  • Fezrul Khan sebagai Irsan
  • Riz Amin sebagai Ditto
  • Sharifah Sakinah sebagai Jasmine
  • Ikhwan sebagai Azrel
  • Sura Sojangi sebagai Farisya
  • Luqman Hafidz sebagai Haris
  • Haris Ismail sebagai Ustaz Fakih
  • Mimi Ernida sebagai Puan Dea
  • Asyiqin Zaed sebagai Reen
  • Ainin Batrisya sebagai Shila
  • Idraki Tan sebagai Alif




Selain itu drama Selafaz Cinta ini mempunyai 60 episod dan diarahkan oleh Pali Yahya.
Lagu tema / OST Selafaz Cinta ini dinyanyikan oleh Farisha Iris yang bertajuk Alasan Terindah. Nampak menarik juga drama Selafaz Cinta ini, konform akan membuatkan penonton beremosi gitu sebab ceritanya agak berat juga. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Selafaz Cinta

Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari yang juga bekas kekasihnya dulu. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila. Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. 
Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah. Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

28 Nov 2018

Episod Akhir Drama Cinta Ganti




Ending Drama Cinta Tiada Ganti, Episod Akhir Drama Cinta Ganti, Drama 100 Episod Cinta Tiada Ganti, Episod 100 Drama Cinta Tiada Ganti, Watak, Arabella, Mukhriz, Khai, Arianna, Ara Kahwin Dengan Mukhriz, Pelakon Utama Drama Cinta Tiada Ganti, Aedy Ashraf, Nelydia Senrose, Ben Amir, Atikah Suhaime, Dian P. Ramlee, Marissa Yasmin, Hafidz Roshdi, Syamim Farid, Octovia Manrose, Ahmad Idham, Dato Shah Rezza, Nafiz Muaz, 2018, Astro,
Episod Akhir Drama Cinta Ganti

Drama 100 episod Cinta Tiada Ganti sudah pun berakhir dan episod akhir drama ini sudah pun disiarkan pada 26 November 2018 yang lalu di Astro Prima & Maya HD. Drama Cinta Tiada Ganti ini adalah adaptasi daripada drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas dan dilakonkan oleh Aedy Ashraf, Nelydia Senrose, Ben Amir, Atikah Suhaime, Dian P. Ramlee, Marissa Yasmin, Hafidz Roshdi, Syamim Farid, Octovia Manrose, Ahmad Idham, Dato Shah Rezza, Nafiz Muaz dan ramai lagi. Ramai juga yang memberi komen di entry drama Cinta Tiada Ganti dalam blog ini tentang siapa yang mereka rasa patut dengan Ara sama ada Khai atau Mukhriz. Terima kasih atas pendapat korang tu semua, siap ada team Khai dan team Mukhriz tu hehe. Aku sebenarnya dah agak dah mesti Ara pilih Mukhriz juga sebab tajuk drama pun dah Cinta Tiada Ganti kan. Aku ingat lagi masa tengok drama Sanay Wala Nang Wakas dulu, aku kesian betul dengan watak Leo dan juga Mary Ann tu hehe tapi dalam drama Cinta Tiada Ganti ini rasa biasa - biasa saja. 




Mungkin sebab aku dah tahu jalan cerita dah so dah tak suspen gitu hehe. Cuma ending drama Cinta Tiada Ganti ini happy ending buat mereka yang menyokong Ara dengan Mukhrizlah kan hehehe. 
Di episod akhir drama ini juga, aku rasa scene paling sedih sekali masa Ara / Bella beritahu Khai tentang pilihannya yang akhirnya memilih Mukhriz. Antara yang menarik di episod akhir drama ini bila penyanyi popular Khai Bahar membuat kemunculan istimewa di penghujung episod dan ada berlakon sikit dengan Atikah Suhaime yang melakonkan watak Arianna tu. Kira drama ini boleh dikatakan drama pertama lakonan Khai Bahar gitu. Selepas ini drama Cinta Tiada Ganti ini akan digantikan dengan drama 60 episod yang bertajuk Selafaz Cinta lakonan Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. 
Read More

26 Nov 2018

Sinopsis Telemovie Cinta Elevator (Astro Citra)




Cinta Elevator, Telemovie, Telefilem, Telemovie Cinta Elevator, Telefilem Cinta Elevator, Sinopsis Cinta Elevator, Astro Citra, Slot Citra Exclusive, 2018, Cast, Pelakon Telemovie Cinta Elevator, Beto Kusyairy, Jasmine Suraya, Mustaqim Mohamed, Marsha Milan, Dian P.Ramlee, Hefny Sahad, Marisa Yasmin, Poster,
Sinopsis Telemovie Cinta Elevator - Astro Citra

Telefilem Cinta Elevator telah pun disiarkan di slot Citra Exclusive, Astro Citra pada 24 November yang lalu. Antara pelakon telemovie Cinta Elevator ini adalah Beto Kusyairy, Jasmine Suraya, Mustaqim Mohamed, Marsha Milan, Dian P.Ramlee, Hefny Sahad, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Selain itu Telefilem Cinta Elevator ini diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dan diterbitkan oleh Celebrate TV Sdn Bhd. Best juga telemovie Cinta Elevator ini, ada kelakar, ada sedih dan happy ending gitu hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye, selamat membaca..




Sinopsis Telemovie Cinta Elevator Lakonan Beto Kusyairy & Jasmine Suraya

Mengisahkan Evana (Jasmine Suraya) dan Adam (Beto Kusyairy) yang berbeza kerjaya tapi bekerja di bangunan yang sama. Satu hari Evana dan Adam telah bergaduh kerana berebut tempat parking kereta. Tak lama kemudian Evana terserempak lagi dengan Adam di sebuah restoran dan cuba mengenakan Adam kerana dirinya masih tidak puas hati dengan Adam. Adam yang tahu Evana mengenakannya mengejar Evana hingga ke dalam lif dan mereka bergaduh lagi dalam lif. Adam memberi gelaran perempuan psiko pada Evana. Kemudian mereka berdua terserempak lagi, ketika ingin pulang dari kerja dan masing - masing naik lif yang sama. Kali ini hanya mereka berdua saja yang ada dalam lif tersebut. Tanpa diduga lif tersebut berhenti berfungsi dan menyebabkan mereka berdua terperangkap dalam lif.

Evana awalnya berasa risau jika Adam melakukan sesuatu padanya dalam lif tersebut. Namun semakin lama mereka terperangkap dalam lif berkenaan, hubungan mereka menjadi semakin baik pula. Evana dan Adam mula berborak antara satu sama lain ketika terperangkap dalam lif tersebut. Mereka juga turut menceritakan tentang diri masing - masing dan kelihatan mereka berdua semakin akrab. Tak lama kemudian lif tersebut kembali okey dan mereka berdua dapat keluar dari lif berkenaan dengan senyuman terukir di wajah mereka. Sejak dari itu Evana dan Adam sering keluar bersama dan perasaan cinta mula wujud dalam diri masing - masing. Dalam masa yang sama bekas kekasih Evana iaitu Pierre (Hefny Sahad) cuba mendapatkan Evana kembali dengan cara berbaik - baik dengan ibu bapa Evana. 

Evana akhirnya mengajak Adam untuk pergi berjumpa dengan ibu bapanya. Adam bersetuju dan datang ke rumah Evana namun kelihatan ibu bapa Evana tidak begitu menyukai Adam kerana Adam tidak sama taraf dengan Evana. Malah Adam juga hanya bekerja sebagai pereka grafik dan juga pelukis dengan gaji yang tidak begitu banyak. Ibu Evana (Marissa Yasmin) turut mengajak Pierre untuk datang ke rumah mereka ketika Adam berada di situ. Melihat reaksi ibu bapanya yang tidak begitu menyukai Adam membuatkan Evana mula menjauhkan diri daripada Adam. Manakala Adam pula kecewa dengan sikap Evana, hal ini diburukkan lagi dengan Pierre yang datang ke pejabat Adam dan cuba membuatkan Adam marah lalu Adam menumbuk dirinya lalu dipecat. Selepas dipecat, Adam menumpukan perhatiannya dengan melukis. Apa yang berlaku seterusnya, dapatkah Adam berjaya? mungkinkah cinta Adam dan Evana bersatu semula?.
Read More

24 Nov 2018

Finalis Anugerah Juara Lagu 33 (#AJL33)




Finalis, AJL33, Anugerah Juara Lagu Ke - 33, Lagu Best, Penyanyi, TV3, Finalis AJL33, Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu Ke 33, Siti Sarah, Ara Johari, Misha Omar, Altimet, Syamel, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Amylea, Kaer, Sufian Suhaimi, Jaclyn Victor, Siti Nordiana,

Selama 3 minggu berlangsungnya Separuh Akhir Muzik - Muzik 33 dan menyaksikan 12 lagu telah terpilih untuk ke Anugerah Juara Lagu Ke - 33 / AJL33 yang akan berlangsung pada tahun depan. 12 lagu yang terpilih ini akan berentap sekali lagi di pentas akhir AJL33 nanti dan semua finalis untuk musim ini memang hebat - hebat belaka. Malah juara AJL edisi ke -32 yang lalu iaitu Hael Husaini turut layak sekali lagi dengan 2 lagu nyanyiannya, satu lagu duet dan satu lagu solo. Malah satu lagu ciptaanya juga layak ke AJL33 nanti. Apa pun tahniah buat semua finalis, jom kita tengok senarai 12 lagu yang layak ke AJL 33 di bawah ini ye..




Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu Ke 33 / AJL33

1. Siti Sarah - Semakin
2. Ara Johari - Bunga
3. Misha Omar - Sampai Bila
4. Altimet - Bunga
5. Syamel - Kau Pun Sama
6. Hael Husaini & Dayang Nurfaizah - Haram
7. Khai Bahar - Luluh
8. Haqiem Rusli & Aman Ra - Jatuh Bangun
9. Amylea & Kaer - Tak Pernah Hilang
10. Hael Husaini - Hajat
11. Sufian Suhaimi - Di Matamu
12. Jac & Siti Nordiana - Nisan Cinta
Read More

Drama Seribu Rindu (Akasia TV3)




Seribu Rindu, Drama Seribu Rindu, Slot Akasia, TV3, Cast, Poster, Pelakon Drama Seribu Rindu, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Mona Allen, Fazlina Ahmad Daud, 2018, Drama Melayu, Drama Lakonan Zul Ariffin, Sinopsis Seribu Rindu,

Drama terbaru lakonan Zul Ariffin iaitu Drama Seribu Rindu kini bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 12 November 2018 yang lalu. Biasanya drama - drama lakonan Zul Ariffin ini memang sentiasa popular gitu, tambah - tambah di slot Akasia. Kalau tak silap aku last drama Zul Ariffin untuk slot Akasia ini adalah drama Titian Cinta yang memang meletup gitu dan kini dia kembali dengan drama Seribu Rindu bergandingan pula dengan pelakon cantik manis yang juga ahli kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz. Rasanya ini kali pertama mereka berlakon sekali dan dalam drama Seribu Rindu ini, Zul Ariffin akan memegang watak sebagai Irfan manakala Azira Shafinaz pula sebagai Maisarah. Irfan dan Maisarah adalah kawan sejak kecil tapi Maisarah bercinta dengan orang lain tapi akhirnya berkahwin dengan Irfan juga, jodoh gitu kan. 




Antara pelakon yang turut membintangi drama Seribu Rindu ini selain Zul Ariffin dan Azira Shafinaz ini terdiri daripada Fadlan Hazim, Mona Allen, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Ainul Aishah, Aman Graseka, Doria Rachel dan ramai lagi. Selain itu drama Seribu Rindu ini mempunyai 28 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Villa Ghazara yang telah tamat episodnya serta bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Apa pun jom tengok sinopsis drama Seribu Rindu ini di bawah ye. Selamat membaca okey. 

Sinopsis Drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3

Mengisahkan mengenai konflik cinta Maisarah (Azira De Fam) dan Airel (Fadlan Hazim) yang terhenti atas desakan bapa Airel iaitu Datuk Muiz. Datuk Muiz mahu menyatukan Airel dengan Damia (Mona Allen), anak kepada rakan perniagaannya Datuk Sri Johari. Walaupun mencintai Maisarah, Airel tunduk dengan kehendak bapanya. Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Irfan (Zul Ariffin), rakan baiknya yang juga seorang cef. Mereka memang rapat sejak kecil, kerana Maisarah dibesarkan oleh neneknya yang mesra dipanggil Tokma tanpa kehadiran seorang ayah dan Irfanlah menjadi tempat luahan perasaannya selama ini. Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya. Akhirnya, Maisarah menerima lamaran Irfan setelah membuat solat istikharah. Airel kecewa dengan keputusan Maisarah. 
Dia sakit hati kerana sebelum ini Maisarah sering menafikan dia juga sukakan Irfan dan mengatakan mereka sekadar kawan baik sahaja. Sepanjang perkahwinan mereka, Irfan menjaga Maisarah bagai seorang permaisuri. Semua permintaan Maisarah akan dituruti. Suatu hari ketika ingin membeli makanan yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang hamil, Irfan ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh. Walaubagaimanapun, Irfan masih boleh dirawat dengan penjagaan rapi oleh doktor pakar di hospital. Konflik tercetus, apabila Airel adalah doktor yang bertanggungjawab bagi membantu proses penyembuhan Irfan. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Maisarah akan kembali dibuai perasaan cintanya terhadap Airel atau tetap memilih Irfan yang setia?
Read More

22 Nov 2018

Sinopsis Drama Korea - Lawless Lawyer

Lawless Lawyer, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Lawless Lawyer, Drama Korea Lawless Lawyer, Sinopsis Lawless Lawyer, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Lawless Lawyer, Drama Best, 2018, Suspen, Peguam, Hakim, Lawless Lawyer Cast, Pelakon Drama Korea Lawless Lawyer, Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, Yum Hye Ran, Cha Jung Won, Poster,
Sinopsis Drama Korea - Lawless Lawyer

Korean Drama Lawless Lawyer ini sudah pun disiarkan di channel TVN pada 12 Mei 2018 dan tamat pada 1 Julai 2018 yang lalu. Drama ini juga merupakan drama terbaru Lee Joon Gi selepas drama Criminal Minds dan juga Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo. Dalam drama Korea Lawless Lawyer ini, Lee Joon Gi memegang watak sebagai seorang peguam gitu, banyak juga scene - scene suspen dalam drama ini. Aku suka tengok gandingan Lee Joon Gi dan Choi Min Soo dalam drama ini, 2 gandingan pelakon hebat gitu. Apa pun hari ini aku nak share sinopsis drama Korea Lawless Lawyer ini, jadi selamat membaca okey. Sebelum itu jom tengok senarai watak dan pelakon drama Korea Lawless Lawyer di bawah ini ye.




Watak Pelakon Dalam Drama Korea Lawless Lawyer

1) Lee Joon Gi sebagai Bong Sang Pil (Peguambela)
2) Seo Ye Ji sebagai Ha Jae Yi (Pendakwaraya / Peguambela)
3) Lee Hye Young sebagai Cha Moon Sook (Hakim)
4) Choi Min Soo sebagai An Oh Ju (Datuk Bandar Gisung + Orang suruhan Cha Moon Sook)
5) Yum Hye Ran sebagai Nam Soon Ja (setiausaha + orang suruhan Cha Moon Sook)
6) Cha Jung Won sebagai Kang Yeon Hee (Pendakwaraya + anak Nam Soon Ja)
7) Ahn Nae Sang sebagai Choi Dae Woong (pakcik Bong Sang Pil + ketua gengster)
8) Park Ho San sebagai Chun Seung Bum (pendakwaraya senior yang berani & fight untuk kebenaran)
9) Baek Joo Hee sebagai No Hyun Joo (mak Ha Jae Yi yang menghilangkan diri)




Sinopsis Lawless Lawyer - Korean Drama

Mengisahkan Bong Sang Pil yang merupakan seorang peguam hebat namun dia mempunyai masa silam yang pahit, dimana dia menjadi saksi pembunuhan ibunya sendiri dan hampir dibunuh. Ibu Bong Sang Pil juga seorang peguam dan dia telah mengambil satu kes yang melibatkan hakim Cha Moon Sook. Cha Moon Sook adalah seorang hakim yang terkenal dan sangat berpengaruh, dia juga mempunyai sisi gelapnya yang tersendiri dan banyak melakukan jenayah. Cha Moon Sook telah mengarahkan orang suruhannya An Oh Ju untuk membunuh ibu Bong Sang Pil dan juga Bong Sang Pil, malah ibu Ha Jae Yi juga terlibat sama dan secara tak langsung telah menyelamatkan Bong Sang Pil dan selepas itu ibu Ha Jae Yi telah hilang dan dipercayai telah mati. Bong Sang Pil kemudian dibesarkan oleh pakciknya Choi Dae Woong yang merupakan ketua gangster. Walaubagaimanapun Choi Dae Woong tak mahu anak saudaranya itu mengikut jejak langkahnya menjadi seorang gangster sebaliknya menggalakkan Bong Sang Pil untuk menjadi seorang peguam dan membalas dendam untuk ibunya melalui undang - undang dan bukannya melalui keganasan. 18 tahun kemudian Bong Sang Pil berjaya menjadi seorang peguam hebat.

Tak lama kemudian Bong Sang Pil mendapat tahu yang ada seorang detektif telah ditangkap atas pembunuhan datuk bandar Gisung dan detektif tersebut antara orang yang terlibat dengan pembunuhan ibunya dulu. Lalu Bong Sang Pil memutuskan untuk pulang ke tempat kelahirannya iaitu di Gisung dan membuka firma guamannya sendiri di tempat yang sama terletaknya firma guaman ibunya dulu. Manakala Ha Jae Yi pula seorang pendakwaraya yang berintegriti, selepas ibunya menghilangkan diri, dia tinggal berdua dengan ayahnya saja. Ha Jae Yi dan ayahnya sangat menghormati pada hakim Cha Moon Sook kerana telah banyak membantu keluarga mereka tanpa menyedari yang Cha Moon Sook adalah penyebab kehilangan ibu Ha Jae Yi. Malah Ha Jae Yi juga menganggap Cha Moon Sook seperti ibu angkatnya. Pada suatu hari Ha Jae Yi gagal mengawal kemarahannya lalu menumbuk seorang hakim lain di mahkamah dan akhirnya menyebabkan lesen guaman Ha Jae Yi digantung. Kemudian Bong Sang Pil cuba mendapatkan Ha Jae Yi untuk bekerja sebagai pembantunya di firma guamannya, awalnya Ha Jae Yi menolak namun terpaksa bersetuju disebabkan hutang ayahnya. 

Ha Jae Yi kemudiannya mula bekerja di firma guaman Bong Sang Pil, dia berasa pelik apabila Bong Sang Pil mahu menjadi peguambela pada orang jahat. Bong Sang Pil sudah merancang sesuatu dia harus menjadi peguambela pada detektif tersebut sebagai langkah pertamanya untuk membalas dendam pada kematian ibunya. Semakin lama Ha Jae Yi bekerja dengan Bong Sang Pil dia makin selesa dengan sikap dan personaliti Bong Sang Pil itu. Tak lama kemudian An Oh Ju dilantik menjadi datuk bandar Gisung yang baru dan Bong Sang Pil kini sudah tidak berselindung lagi, malah dia juga tidak menyembunyikan identiti sebenarnya dan mula berdepan dengan An Oh Ju dan Cha Moon Sook tanpa rasa takut. Bong Sang Pil juga cuba memberitahu kebenaran sebenar mengenai Cha Moon Sook yang jahat itu pada Ha Jae Yi, namun kelihatan Ha Jae Yi sukar untuk mempercayainya. Cha Moon Sook pula cuba menjauhkan Ha Jae Yi dari Bong Sang Pil dengan memfitnah Bong Sang Pil dan segala hal yang berlaku membuatkan Ha Jae Yi semakin keliru dan dia menginginkan Bong Sang Pil menunjukkan bukti terhadap tuduhannya pada hakim Cha Moon Sook itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Dapatkah Cha Moon Sook yang banyak muslihat itu dikalahkan?
Read More


My Random Post