4 Nov 2018

Telemovie 30 Hari Membunuh Cinta (Astro Citra)

Telemovie, Telefilem, 30 Hari Membunuh Cinta, Telefilem 30 Hari Membunuh Cinta, Telemovie 30 Hari Membunuh Cinta, 2018, Astro Citra, Cast, Poster, Pelakon Telemovie 30 Hari Membunuh Cinta, Fendy Bakry, Amelia Anderson, Amira Othman, Fezrul Khan, Luqman Hafidz, Fazlina Ahmad Daud, Idris Khan, Radin, Sweet, Cinta,
Sinopsis Telemovie 30 Hari Membunuh Cinta Lakonan Amelia Henderson & Fendy Bakry

Telefilem 30 Hari Membunuh Cinta akan disiarkan di Astro Citra, jam 9 malam, pada 3 November 2018 ini. Antara pelakon telemovie 30 Hari Membunuh Cinta ini adalah Fendy Bakry, Amelia Anderson, Amira Othman, Fezrul Khan, Luqman Hafidz, Fazlina Ahmad Daud, Idris Khan, Radin dan ramai lagi. Selain itu telemovie 30 Hari Membunuh Cinta ini diarahkan oleh Faliq Sharif dan diterbitkan oleh Dear Creative Media Sdn Bhd. Nampak menarik juga jalan cerita telefilem 30 Hari Membunuh Cinta ini, apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie 30 Hari Membunuh Cinta - Astro Citra

Mengisahkan Rara (Amelia Henderson) yang baru putus cinta setelah ditinggalkan kekasihnya. Mereka telah bercinta selama 8 tahun dan Rara mendapati bukan mudah untuk melupakan kekasihnya itu. Namun begitu Rara cuba untuk move on dan menumpukan perhatiannya pada kerjayanya saja. Kawan Rara kemudiannya mencadangkan Rara supaya mengupah seorang lelaki untuk menjadi teman lelakinya selama sebulan untuk membolehkan Rara melupakan bekas teman lelakinya sepenuhnya. Mereka juga tidak boleh jatuh cinta antara satu sama lain, tak lama kemudian bermulalah pencarian calon - calon yang sesuai untuk dijadikan teman lelaki selama sebulan oleh Rara dan kawannya.




Manakala Syawal (Fendy Bakry) pula bekerja di Gym, ramai wanita yang datang ke gym tersebut tertarik dan terpikat dengan Syawal. Namun sikap Syawal yang kasar, dingin dan cepat marah membuatkan dirinya sering memarahi mereka. Syawal kemudian telah diberi amaran oleh majikannya supaya tidak bersikap sedemikian. Apa yang berlaku bila Rara dan Syawal bertemu?...
Read More

3 Nov 2018

Episod Akhir Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Cik Reen Encik Ngok Ngek, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Episod Akhir, Ending Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, 2018, Slot MegaDrama, Astro Ria, Cast, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over,
Episod Akhir Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek yang mempunyai 20 episod sudah tamat disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Selepas ini drama Isteri Untuk Disewa akan disiarkan bagi menggantikan drama ini. Barisan pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini terdiri daripada Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over dan ramai lagi. Aku rasa ramai yang suka menonton drama adaptasi novel Cik Reen Encik Ngok Ngek ini disebabkan jalan cerita yang santai dan kelakar, cuma part hujung - hujung tu sedih sikit jela hehe. Ending drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini mestilah happy ending kan, walaupun di permulaan episod akhir drama ini, diorang masih belum berbaik lagi. Apa pun jom tengok sinopsis episod akhir drama ini di bawah ye, selamat membaca.




Sinopsis Episod Akhir Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Azreen / Reen (lakonan Farah Nabilah) yang melarikan diri dan bersembunyi dari suaminya Harris (lakonan Fikry Ibrahim) masih berada di rumah Tok Chik (Ruminah Sidek). Sebelum Reen pergi dari situ, Tok Chik sempat berpesan pada Reen supaya berfikir semasak - masaknya mengenai hubungannya dengan Harris sebelum membuat keputusan. Harris pula masih mencari Reen dan kini dia berada di rumah datuk dan nenek Reen. Harris sebenarnya sudah membuat keputusan untuk memilih Reen dan bukannya Zaza (lakonan Haneesya Hanee) serta nekad untuk tidak menceraikan Reen walau apa pun yang terjadi. Zaza yang masih bersedih dengan sikap Harris itu telah membuatkan ibunya berasa bimbang dan mengugut Reen untuk cepat - cepat bercerai dengan Harris, malah dia juga turut mendesak Harris.




Manakala Zaza pula sudah sedar yang Harris sebenarnya sudah membuat keputusan untuk memilih Reen dan Zaza cuba untuk move on. Akibat desakan dari ibu Zaza memaksa Reen untuk menghubungi Zaza tapi dia agak terkejut bila dapat tahu yang Zaza tidak dapat untuk menghubungi Harris. Hal tersebut memaksa Reen untuk menjadi orang tengah antara mereka dan mengatur rancangan supaya Zaza boleh bertemu Harris untuk menyelesaikan masalah mereka bertiga. Harris yang menyangka akan bertemu Reen terkejut bila mendapati Zaza yang berada disitu. Zaza mengambil keputusan drastik untuk memutuskan hubungan mereka dan move on. Manakala Harris pula gembira dan memberitahu yang dirinya sudah bebas pada Reen. Namun Reen tidak gembira dan masih dengan keputusannya untuk bercerai dengan Harris.

Reen kini berada di rumah datuk dan neneknya, manakala Harris pula masih buntu untuk mencari Reen di mana. Namun setelah Harris bertemu dengan 2 kanak - kanak yang merupakan anak murid Reen yang telah memberitahu tempat yang mungkin Reen berada, membuatkan Harris bergegas untuk ke sana. Akhirnya Harris dapat bertemu dengan Reen dan kelihatan Reen terkejut bila Harris dapat mencarinya. Harris cuba memujuk Reen tapi masih tak berjaya. Lalu Harris cuba membuktikan cintanya dengan pergi menuju ke pantai lalu berpura - pura lemas. Reen yang terkejut melihat Harris lemas terus berlari untuk menyelamatkan Harris dan akhirnya dia mendapati dirinya ditipu Harris. Akhirnya Harris dan Reen berbaik - baik semula dan mereka berdua gembira dapat bersama semula. 

Baca Ini juga ➥ Biodata Terkini Farah Nabilah
Read More

2 Nov 2018

Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi

Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi, blogger segmen, blog,

Hari ini aku nak join Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi, tarikh tamat segmen ini adalah pada 3 November 2018. Syarat penyertaan juga sangat mudah, jadi sila join ramai - ramai. Kalau nak join sila klik Banner ye..



Read More

1 Nov 2018

Sinopsis Drama Isteri Dalam Sangkar




Drama Isteri Dalam Sangkar, Novel Isteri Dalam Sangkar, Karya Wardina Aisyah, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri 30 Episod, Sinopsis Isteri Dalam Sangkar, Poster Drama Isteri Dalam Sangkar, Unifi TV, 2018, Saluran Hypp Sensasi 116, Pelakon Drama Isteri Dalam Sangkar, Azrel Ismail, Nina Iskandar, Sherie Merlis, Aishah Azman, Aidil Aziz, Ungku Hariz, Dayang Areeda, Amreen Shukry, Azwan Kombos, Shima Anuar, Nazia Mustafar, Edika Yusof, Elmy Moin, Watak Dalam Drama Isteri Dalam Sangkar,
Sinopsis Drama Isteri Dalam Sangkar (Unifi TV)

Drama Isteri Dalam Sangkar ini adalah drama terbaru di Unifi TV (HyppSensasi 116) yang disiarkan bagi menggantikan drama Yes Sir Nak Pergi Mana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Isteri Dalam Sangkar ini adalah Azrel Ismail, Nina Iskandar, Sherie Merlis, Aishah Azman, Aidil Aziz, Ungku Hariz, Dayang Areeda, Amreen Shukry, Azwan Kombos, Shima Anuar, Nazia Mustafar, Edika Yusof, Elmy Moin dan ramai lagi. Drama 30 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Isteri Dalam Sangkar karya Wardina Aisyah. Selain itu drama Isteri Dalam Sangkar ini sudah disiarkan di Unifi tv sejak 17 Oktober 2018 yang lalu, setiap Rabu dan Khamis, jam 9.30 malam. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Isteri Dalam Sangkar 

AISYAH (lakonan Nina Iskandar) -  hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin (Sherie Merlis) dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba.
TENGKU ISKANDAR (lakonan Azrel Ismail) - dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria (Nazia Mustafa), membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq (Aidil Aziz) bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga. Pasrah dengan nasib diri, Aisyah melangkah ke kota bersama lelaki yang membencinya. Hidup dalam sangkar serba mewah, tetapi miskin kasih sayang. Dia bagaikan perempuan simpanan. Namun dia tiada pilihan.
Drama Isteri Dalam Sangkar, Novel Isteri Dalam Sangkar, Karya Wardina Aisyah, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri 30 Episod, Sinopsis Isteri Dalam Sangkar, Poster Drama Isteri Dalam Sangkar, Unifi TV, 2018, Saluran Hypp Sensasi 116, Pelakon Drama Isteri Dalam Sangkar, Azrel Ismail, Nina Iskandar, Sherie Merlis, Aishah Azman, Aidil Aziz, Ungku Hariz, Dayang Areeda, Amreen Shukry, Azwan Kombos, Shima Anuar, Nazia Mustafar, Edika Yusof, Elmy Moin, Watak Dalam Drama Isteri Dalam Sangkar,
Hari demi hari, hati Tengku Iskandar kian terpaut. Aisyah yang manis, Aisyah yang lembut, dan Aisyah yang tidak pernah membantah. Dia jatuh cinta. Sungguh, hatinya tidak berbohong! Saat cinta terluah, saat bahagia dikecapi, Tengku Maria datang menuntut janji. Tengku Iskandar perlu berkahwin dengan Puteri Waiduri (Shima Anuar). Tengku Maria mengamuk apabila mengetahui hubungan rahsia mereka. Tanpa belas kasihan, dia menghalau Aisyah dari kondominium anaknya. Dia tidak mahu mendengar sebarang penjelasan. Kehilangan Aisyah menjadikan Tengku Iskandar murung. Sasau dia jadinya. Mengapa dugaan harus terjadi saat hati melakar cinta? Ke mana agaknya Aisyah menghilang? Mampukah dua hati bersatu kembali mengecapi bahagia?
Read More

31 Okt 2018

Segmen Bloglist Akhir Tahun November Hingga Disember 2018 ciklapunyabelog

Segmen Bloglist Akhir Tahun November Hingga Disember 2018 ciklapunyabelog, blogger segmen, blog, 2018, Blogger, Segmen, Blog, 2018,

Hari ini aku nak join Segmen Bloglist Akhir Tahun November Hingga Disember 2018 ciklapunyabelog. Tarikh tamat segmen ini adalah pada hari ini, iaitu 31 Oktober 2018, jam 8 malam nanti. Jadi masih ada masa untuk join ramai - ramai, mana tau kalau terpilih masuk bloglist nanti kan hehe. Apa good luck untuk semua...




Read More

28 Okt 2018

Telemovie Syirik Lakonan Syafiq Kyle & Nad Zainal




Syirik, Telemovie Syirik, Telefilem Syirik, Astro Citra, Slot Citra Exclusive, Arahan Michael Ang & Amor Rizan, Poster Telemovie Syirik, Sinopsis Telefilem Syirik, Syirik Cast, Pelakon Telemovie Syirik, Syafiq Kyle, Nad Zainal, Sarul Kamal, Aman Aziz, Zain Saidin, Sharifah Shahora, Kisah Seram, Hantu,
Sinopsis Telefilem Syirik - Astro Citra

Telemovie Syirik akan disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada 27 Oktober 2018 ini. Antara pelakon telemovie Syirik ini adalah Syafiq Kyle, Nad Zainal, Sarul Kamal, Aman Aziz, Zain Saidin, Sharifah Shahora dan ramai lagi. Selain itu telefilem Syirik ini diarahkan oleh Michael Ang dan Amor Rizan serta diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Kalau tengok dari trailer Syirik yang sering keluar kat Astro Citra tu memang nampak menarik telemovie ini. Ini ditambah lagi dengan para pelakonnya yang best - best gitu, plus ada hero popular masa kini iaitu Syafiq Kyle dan pelakon hebat Nad Zainal gitu. Ada plot twist juga di penghujung cerita, semua persoalan juga mula terjawab di akhir cerita tentang apa sebenarnya yang terjadi pada Mariam dan Syafiq itu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Syirik Lakonan Syafiq Kyle dan Nad Zainal

Mengisahkan tentang Syafiq dan isterinya Mariam, Syafiq koma setelah dipukul dengan teruk oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Lan Singa. Tersedar dari koma, Syafiq hilang ingatan dan dia hanya mengingati namanya dan juga nama isterinya Mariam. Tak lama kemudian Mariam menjemput Syafiq dari hospital dan mereka pulang ke rumah mereka. Syafiq banyak bertanya pasal dirinya pada Mariam, Syafiq juga berazam ingin membahagiakan Mariam serta ingin mencari kerja untuk mengumpul duit bagi membolehkan mereka berpindah ke rumah lain. Tak lama kemudian Syafiq mendapat kerja iaitu sebagai pembantu di kedai runcit, malah dia juga bertemu dengan dua kawan lamanya. Walaupun Syafiq tidak mengingati kawan lamanya itu, tapi mereka melayan Syafiq dengan baik sekali seperti sudah kenal lama.

Tak lama kemudian 2 kawan baik Syafiq itu mula perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan isteri Syafiq iaitu Mariam. Mereka merasakan Mariam itu sebenarnya hantu dan cuba memberitahu Syafiq tapi Syafiq tidak mempercayai mereka dan akhirnya memarahi mereka. Salah seorang ahli kumpulan Lan Singa ternampak Syafiq sedang bekerja di kedai runcit lalu memberitahu Lan Singa tentang hal tersebut. Lan Singa yang menyangka Syafiq mencuri duitnya dulu mula berasa marah dan pergi mencari Syafiq untuk memukulnya lagi. Tak lama kemudian salah seorang ahli kumpulan Lan Singa memberitahu Lan Singa tentang Mariam yang telah menjadi hantu serta telah membunuh ahli kumpulan mereka dengan tragis sekali. Awalnya Lan Singa tidak mempercayai cerita mengenai Mariam yang menjadi hantu itu.

Tapi akhirnya dia yakin yang Mariam benar - benar telah menjadi hantu dan mencari jalan untuk menghapuskan hantu Mariam serta membuat hidup Syafiq terus terseksa.
Read More

27 Okt 2018

Sinopsis Filem Gol & Gincu Vol 2




Gol & Gincu Vol 2, Filem Melayu, Filem Gol & Gincu Vol 2, Movie, Malay Movie, Sinopsis Gol & Gincu Vol 2, 2018, Pelakon Gol & Gincu Vol 2, Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng, Iezahdiyana Alaudin, Gol & Gincu 2, Cast, 2018, Pelakon Asal Gol & Gincu Versi Asal, Fazura, Ashraf Sinclair, Pierre Andre, Rafidah, Kartini,
Sinopsis Filem Gol & Gincu Vol 2

Setelah sekian lama Filem Gol & Gincu kembali lagi dengan jalan cerita yang baru serta barisan pelakon yang baru, hanya 2 pelakon asal filem Gol & Gincu (2005) iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani dikekalkan. Filem Gol & Gincu Vol 2 sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober 2018 yang lalu, walaubagaimanapun tiada Fazura dalam filem ini ye. Antara pelakon filem Gol & Gincu Vol 2 ini adalah Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng, Iezahdiyana Alaudin dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar dan antara keunikan filem ini bila berjaya mengabungkan elemen fashion, fitness dan friendship dalam filem Gol & Gincu vol 2 ini. 




Kalau kita imbas kembali / Throwback senarai pelakon asal filem Gol & Gincu tahun 2005 yang lalu terdiri daripada Fazura yang memegang watak Putri yang merupakan seorang yang feminin dan ceria serta sanggup belajar tentang bola dan buat team Futsal sendiri demi memenangi hati bekas kekasihnya. Selain itu filem berkenaan turut dilakonkan oleh Pierre Andre, Ashraf Sinclair, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Kartini, Rafidah Abdullah, Anding dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis movie Gol & Gincu Vol 2 ini di bawah okey.

Sinopsis Movie Gol & Gincu Vol 2

Mengisahkan tentang Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai yang menjadi tular di media sosial, kedua-dua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain. Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan? Dan apakah punca sebenar pergaduhan mereka?
Read More

26 Okt 2018

Segment Bloglist by Farah Farhana

Segment Bloglist by Farah Farhana, Blogger Segmen, Bloglist, Blog,

Hari ini aku nak join Segment Bloglist by Farah Farhana, tarikh tamat segmen ini adalah pada 1 November 2018. Jadi pada yang nak join segmen ni juga, bolehlah klik Banner di atas tu ye. Syarat penyertaan juga sangat mudah dan simple gitu.



Read More

18 Okt 2018

Biodata Terkini Mimi Lana




Mimi Lana, Pelakon, Model, Pelakon Mimi Lana, Artis Malaysia, Biodata Mimi Lana, Profil Mimi Lana, 2018, Senarai Drama Lakonan Mimi Lana, Telefilem Lakonan Mimi Lana, Bekas Peserta Dewi Remaja 2014/2015,
Profil / Biodata Pelakon Malaysia - Mimi Lana

Hari ini aku nak share serba sedikit tentang profil dan biodata pelakon cantik manis Mimi Lana ini. Rasanya pertama kali aku tengok Mimi Lana ni berlakon adalah menerusi drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa dan drama terbaru Mimi Lana setakat ini adalah drama Masih Ada Rindu yang kini tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3. Rupa - rupanya Mimi Lana ini juga adalah salah seorang peserta Dewi Remaja 2014 / 2015 seangkatan dengan Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid dan Puteri Aishah. Kerjaya lakonan Mimi Lana telah bermula sejak tahun 2013 ketika dirinya berlakon dalam drama Kisah Cinta dan Cinta Jannah. Namun nama Mimi Lana makin dikenali ramai selepas dia berlakon watak utama dalam drama Sein dan Luna yang disiarkan di TV3 pada tahun 2016. Apa pun jom tengok Biodata Mimi Lana ini di bawah ye..




Biodata Penuh Mimi Lana

Nama Penuh: Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin
Nama Komersil: Mimi Lana
Umur: 23 Tahun
Tarikh Lahir: 21 November 1995
Asal: Taiping, Perak
Kerjaya: Pelakon dan Model
Mimi Lana, Pelakon, Model, Pelakon Mimi Lana, Artis Malaysia, Biodata Mimi Lana, Profil Mimi Lana, 2018, Senarai Drama Lakonan Mimi Lana, Telefilem Lakonan Mimi Lana, Bekas Peserta Dewi Remaja 2014/2015, Biodata Penuh Mimi Lana,
Senarai Drama Lakonan Mimi Lana: Masih Ada Rindu, Hati Yang Tersakiti, Chandelier, Black, Bukan Cinta Aku, Cari Aku Di Syurga, Mawar Murni, Cinta Koko Coklat, Halalkan Hati Yang Kucuri, Ana Kleopatrena, Cinta Samar, Sein dan Luna, Airmata Xinjiang, Sekali Aku Jatuh Cinta, Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa, Papa Chef, Cinta Jannah, Kisah Cinta..
Telefilem / Telemovie: Racun Suami Jahanam, 7 Netizen, Dulang Boy, Viral Alam Maya, The Hantus, Maya Mila, Terlakur Cinta Suci, Wish List Raya, Gadis Kosmos, Menantu Second Class, Dodol Untuk Menantu, Hanya NamaMu, Cinta Viral.
Filem Lakonan Mimi Lana: Pusaka
Read More

16 Okt 2018

Sinopsis Telemovie Rama - Rama (NTV7)




Telefilem Rama - Rama, Telemovie Rama - Rama, NTV7, 2018, Sinopsis Telemovie Rama - Rama, Slot Luna, Cast, Poster, Pelakon Telemovie Rama - Rama, Nabila Huda, Azraff, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Izzat Mushtaq, Anne Abdullah, Watak Dalam Telemovie Rama - Rama, Shahirah, Asmira, Azizi, Luqman,
Sinopsis Telefilem Rama -  Rama Slot Luna NTV7

Telefilem Rama - Rama sudah pun disiarkan di slot Luna, NTV7 pada 14 Oktober yang lalu (Ahad, jam 8.30 malam). Antara pelakon telemovie Rama - Rama ini adalah Nabila Huda, Azraff, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Izzat Mushtaq dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Rama - Rama ini adalah Ungku Ismail dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Aku tertarik nak tengok telemovie ini sebab ada Nabila Huda gitu dan jalan ceritanya juga menarik. Uniknya telemovie ini, sebab ada macam puisi atau pun monolog yang diucapkan oleh para pelakon setiap kali sebelum iklan, unik dan rare betul hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye, selamat membaca.




Sinopsis Telemovie Rama - Rama Lakonan Nabila Huda & Kaka

Mengisahkan kehidupan Shahira / Ira (lakonan Nabila Huda) yang sering dikongkong oleh keluarganya sejak dari kecil. Setelah dewasa Shahira bekerja dengan sepupunya Asmira / Mira (lakonan Kaka Azraff). Namun setelah Asmira memarahinya dengan teruk, Shahira nekad untuk berhenti kerja. Asmira sedar akan kesilapannya cuba meminta maaf tapi Shahira nekad dengan keputusannya. Shahira cuba membuat pinjaman bank untuk membuka perniagaannya sendiri tapi pinjamannya itu tidak diluluskan. Hal ini diburukkan lagi dengan kekasihnya Azizi (lakonan Izzat Mushtaq) yang meninggalkan dirinya untuk berkahwin dengan sepupunya iaitu Asmira yang merupakan usahawan berjaya dan kaya - raya. Segala hal ini membuatkan Shahira makin membenci sepupunya itu. Namun sikap Asmira yang baik hati dan sudi memberikan duit untuk dirinya membuka perniagaan, melembutkan hati Shahira.
Telefilem Rama - Rama, Telemovie Rama - Rama, NTV7, 2018, Sinopsis Telemovie Rama - Rama, Slot Luna, Cast, Poster, Pelakon Telemovie Rama - Rama, Nabila Huda, Azraff, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Izzat Mushtaq, Anne Abdullah, Watak Dalam Telemovie Rama - Rama, Shahirah, Asmira, Azizi, Luqman,
Tak lama kemudian produk kecantikan jenama Miracle keluaran syarikat Shahira mula popular dan mendapat sambutan. Hal ini membuatkan perniagaannya makin maju dan kini bergelar jutawan. Asmira pula seorang sepupu yang baik dan sentiasa menyokong Shahira walaupun Shahira sengaja menjauhkan dirinya setelah berjaya dan kaya - raya. Dalam masa yang sama perniagaan Asmira pula makin teruk dan Shahira pula langsung tidak mempedulikan mahu pun menolong Asmira. Hal ini diburukkan lagi dengan Azizi yang memutuskan pertunangannya dengan Asmira kerana perniagaan Asmira hampir bankrup. Manakala Shahira pula makin lupa diri dan Azizi pula cuba kembali pada Shahira kerana Shahira sudah kaya raya. Luqman (lakonan Ellyas Abdullah) yang merupakan kawan sekolah Shahirah cuba mendekati Shahirah. Namun Shahira menganggap Luqman hanya inginkan duitnya sahaja, sedangkan Luqman ikhlas sayangkannya.

Awalnya Shahirah tidak mempedulikan Azizi yang datang merayu untuk bersamanya kembali. Tapi setelah melihat kesungguhan Azizi yang merayu dan melutut padanya membuat hatinya mula terbuka buat Azizi dan akhirnya mereka berkahwin. Namun setelah berkahwin, Azizi dan Shahira tidak bahagia, masing - masing ada skandal lain. Manakala Asmira pula makin rapat dengan Luqman dan mereka cuba menolong Shahirah ketika dirinya berada dalam kesusahan dan cuba menyedarkan Shahirah yang kawan baiknya Sofia (lakonan Dayana Roza) adalah tidak wujud. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

14 Okt 2018

Sinopsis Telemovie Setan Dalam Poket




Setan Dalam Poket, Telemovie, Telefilem, Telemovie Setan Dalam Poket, Telefilem Setan Dalam Poket, Cast, Pelakon Telemovie Setan Dalam Poket, Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad, Wan Hanafi Su, Melisa Saila, Rashidi Ishak, 2018, Arahan Melissa Saila, Astro Citra, Kisah Seram, Hantu, Slot Citra Exclusive, Sinopsis Setan Dalam Poket,
Sinopsis Telemovie Setan Dalam Poket - Astro Citra

Telefilem Setan Dalam Poket akan disiarkan di slot Citra Exclusive di Astro Citra pada 13 Oktober 2018 ini, jam 9 malam. Antara pelakon telemovie Setan Dalam Poket ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad, Wan Hanafi Su, Melissa Saila, Rashidi Ishak dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Melissa Saila serta diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor Sdn Bhd. Aku memang suka menonton semua telemovie arahan Melissa Saila ini sebab semuanya best - best dan unik gitu. Kalau tengok dari trailer telemovie Setan Dalam Poket ini memang nampak menarik jalan ceritanya, part tak boleh blah bila tiba - tiba diorang menari lagu Pop Yeh Yeh tu haha, nak tergelak gak tapi jalan cerita serius. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telemovie Setan Dalam Poket Lakonan Ungku Ismail dan Siti Elizad

Mengisahkan tentang duit yang asalnya dari hasil rompakan yang menyebabkan malapetaka dan sial kepada pemiliknya setiap kali bertukar tangan. Amran (lakonan Ungku Ismail) menjumpai sejumlah duit dalam guni serta seutas kalung lalu membawa duit dan kalung tersebut pulang ke rumah. Isteri Amran iaitu Yati (lakonan Siti Elizad) tidak setuju Amran membawa pulang duit dan kalung berkenaan lalu menyuruh Amran memulangkan semula duit dan kalung tersebut. Amran tidak mahu dan mula mengira duit - duit berkenaan, Amran juga menyuruh Yati untuk memakai kalung berkenaan. Kemudian Amran mula leka mengira duit - duit tersebut dari pagi hingga ke malam. Malah perangai Amran juga berubah dengan drastiknya, Amran mula panas baran, selalu memarahi isterinya dan suka mendengar dan menari bila mendengar lagu Pop Yeh Yeh di radio.
Setan Dalam Poket, Telemovie, Telefilem, Telemovie Setan Dalam Poket, Telefilem Setan Dalam Poket, Cast, Pelakon Telemovie Setan Dalam Poket, Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad, Wan Hanafi Su, Melisa Saila, Rashidi Ishak, 2018, Arahan Melissa Saila, Astro Citra, Kisah Seram, Hantu, Slot Citra Exclusive, Ending Telemovie Setan Dalam Poket,
Amran juga sering memaksa Yati untuk menari bersamanya, Yati berasa pelik dan tidak sedap hati melihat perangai suaminya yang berubah secara tiba - tiba. Pak Awang (lakonan Wan Hanafi Su) juga hairan dengan perubahan Amran dan merasakan ada sesuatu yang tak kena. Tertekan dengan perangai suaminya yang seperti tidak waras, serta kejadian - kejadian aneh yang berlaku di rumahnya, memaksa Yati untuk berjumpa dengan Pak Awang dan menceritakan masalahnya. Pak Awang berjanji akan membantu Yati untuk memulihkan suaminya semula. Tak lama kemudian Yati pula seperti dirasuk dan cuba membunuh suaminya itu tapi tak berjaya. Pak Awang akhirnya berjaya memulihkan Amran dan juga Yati. Amran yang mula sedar dan menjadi dirinya semula menyuruh Pak Awang untuk membuang semua duit - duit berkenaan serta kalung yang dijumpainya itu.

Pak Awang bersetuju lalu membawa duit - duit berkenaan ke rumahnya kerana ingin mengira jumlah duit tersebut dan barulah membuang duit berkenaan. Namun sejak Pak Awang mula mengira duit tersebut dirinya pula mula berubah menjadi seperti Amran. Pak Awang juga mula berkasar dengan isterinya yang sakit dan lumpuh itu. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More


My Random Post