Memaparkan catatan dengan label Fazura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fazura. Papar semua catatan

24 Sep 2019

Sinopsis Filem Dendam Pontianak




Dendam Pontianak, Revenge Of Pontianak, Sinopsis Filem Dendam Pontianak, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Baru Fazura, Filem Baru Remy Ishak, OST Filem Dendam Pontianak Dinyanyikan Oleh Dato Sri Siti Nurhaliza, Sinopsis Dendam Pontianak, Senarai Pelakon Filem Dendam Pontianak, Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din, Poster Filem Dendam Pontianak,
Sinopsis Filem Dendam Pontianak Lakonan Fazura dan Remy Ishak

Filem Dendam Pontianak (Revenge Of The Pontianak) telah pun ditayangkan di pawagam Malaysia pada 12 September 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Dendam Pontianak ini adalah Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din dan ramai lagi. Selain itu filem seram Dendam Pontianak ini diarahkan oleh Glen Goei & Gavin Yap dan diterbitkan oleh Tiger Tiger Pictures & 13 Little Pictures. Nampak menarik filem ini kan, plus ada Fazura dan Remy Ishak gitu. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye...





Sinopsis Filem Dendam Pontianak

1965, Malaysia. Di sebuah kampung terpencil, Khalid (Remy Ishak) dan Siti (Shenty Feliziana) membuat persiapan hari pernikahan mereka dan tak lama kemudian mereka pun bernikah. Setelah pernikahan mereka selesai, anasir jahat mula menyelubungi perkampungan itu apabila berlakunya kematian dan kejadian misteri yang telah mencetuskan ketakutan dan kekecohan di kalangan penduduk kampung. Kejadian tersebut memaksa Khalid untuk mengaku bahawa dia telah membunuh seorang perempuan bernama Mina (Fazura) yang sedang mengandungkan anaknya beberapa tahun lalu, dan kini dia muncul sebagai Pontianak. Khalid telah mengumpulkan semua lelaki di kampungnnya untuk memburu Pontianak itu di hutan akan tetapi adakah pemburuan mereka berhasil?
dam Pontianak, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Baru Fazura, Filem Baru Remy Ishak, OST Filem Dendam Pontianak Dinyanyikan Oleh Dato Sri Siti Nurhaliza, Sinopsis Dendam Pontianak, Senarai Pelakon Filem Dendam Pontianak, Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din, Poster Filem Dendam Pontianak,
Read More

27 Okt 2018

Sinopsis Filem Gol & Gincu Vol 2




Gol & Gincu Vol 2, Filem Melayu, Filem Gol & Gincu Vol 2, Movie, Malay Movie, Sinopsis Gol & Gincu Vol 2, 2018, Pelakon Gol & Gincu Vol 2, Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng, Iezahdiyana Alaudin, Gol & Gincu 2, Cast, 2018, Pelakon Asal Gol & Gincu Versi Asal, Fazura, Ashraf Sinclair, Pierre Andre, Rafidah, Kartini,
Sinopsis Filem Gol & Gincu Vol 2

Setelah sekian lama Filem Gol & Gincu kembali lagi dengan jalan cerita yang baru serta barisan pelakon yang baru, hanya 2 pelakon asal filem Gol & Gincu (2005) iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani dikekalkan. Filem Gol & Gincu Vol 2 sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober 2018 yang lalu, walaubagaimanapun tiada Fazura dalam filem ini ye. Antara pelakon filem Gol & Gincu Vol 2 ini adalah Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng, Iezahdiyana Alaudin dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar dan antara keunikan filem ini bila berjaya mengabungkan elemen fashion, fitness dan friendship dalam filem Gol & Gincu vol 2 ini. 




Kalau kita imbas kembali / Throwback senarai pelakon asal filem Gol & Gincu tahun 2005 yang lalu terdiri daripada Fazura yang memegang watak Putri yang merupakan seorang yang feminin dan ceria serta sanggup belajar tentang bola dan buat team Futsal sendiri demi memenangi hati bekas kekasihnya. Selain itu filem berkenaan turut dilakonkan oleh Pierre Andre, Ashraf Sinclair, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Kartini, Rafidah Abdullah, Anding dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis movie Gol & Gincu Vol 2 ini di bawah okey.

Sinopsis Movie Gol & Gincu Vol 2

Mengisahkan tentang Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai yang menjadi tular di media sosial, kedua-dua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain. Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan? Dan apakah punca sebenar pergaduhan mereka?
Read More

21 Nov 2017

Fattah Amin Dan Fazura Dah Bernikah?

Fattah Dan Fazura Dah Bernikah?, Fattzura, Fattah Dan Fazura Dah Bertunang, Fattah dan Fazura Dah Berkahwin, Fattah Amin Dan Fazura Bercinta, Drama Hero Seorang Cinderella, Telefilem Wanita Terindah, Artis Malaysia, Cerita Artis Malaysia, Gosip, Berita Hiburan, Pernikahan Fattzura,
Fattah Dan Fazura Dah Bernikah?

Rasanya dah lama peminat menantikan Nurfazura atau Fazura berkahwin kan? terbaru dikatakan Fazura dan Fattah Amin sudah pun bernikah pada 14 November 2017 yang lalu. Namun begitu, Fattah dan Fazura belum mengesahkan mahu pun membuat pengumuman rasmi mengenai status diri mereka sekarang. Sebelum ini heboh yang pada 13 November yang lalu mereka berdua bertunang, tapi tak sangka pula selepas itu terus bernikah dan kemudian mereka bersama keluarga pergi menunaikan umrah pula. Dengar cerita pada 23 November ini, mereka akan mengadakan sidang media dan mmeberitahu perkara sebenar. Walaupun begitu dah ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik - baik buat pasangan popular ini di Instagram masing - masing. Fattah Amin dan Fazura pertama kali digandingkan dalam drama popular yang bertajuk Hero Seorang Cinderella dan selepas itu ramai yang suka mereka digandingkan dan keluar gosip yang mereka berdua bercinta tapi masa ini aku tak begitu percaya dengan gosip - gosip ini semua. Tapi bermula bulan ini, memang dah heboh pasal isu pertunangan dan pernikahan #Fattzura ini. Jadi pendapat aku, macam betul saja yang sebelum ini diorang bercinta dan kemungkinan besar dah bernikah. 



Alhamdulilah kalau berita ini betul kan, lagipun Fattah Amin dan Fazura ini memang sepadan, sama cantik, sama padan, sama popular. Malah gandingan diorang dalam drama sebelum ini pun dah meletup, kalau benar - benar dah berkahwin memang lagi seronoklah peminat Fazura dan Fattah ini. 
Terbaru mereka berdua digandingkan sekali lagi dalam Telefilem Wanita Terindah yang disiarkan di Astro First  Namun berita pernikahan Fattah dan Fazura ini masih belum sahih, sebab kedua - duanya belum mengesahkannya lagi. Apa pun kita semua harapkan yang terbaiklah kan. Aku sendiri pun memang suka tengok Fazura berlakon, plus suka tengok muka dia, comel sangat, tambah - tambah bila senyum, hope lepas ini ada drama mahu pun filem terbaru Fazura yang keluar. Seandainya benar yang Fattah Amin dan Fazura telah bernikah, maka tahniah aku ucapkan buat pasangan ini, moga jodoh kekal selamanya dan bahagia selalu.

Update! 24/11
- Rupa - rupanya Fazura dan Fattah Amin hanya bertunang tapi pernikahan mereka akan diadakan hujung tahun ini. Tahniah diucapkan buat Fattzura ini.
New Update! 28/11
- Fattah Amin dan Fazura baru saja bernikah pada 27/11/2017
Gambar diatas credit to Ieja Photography at Wikimedia Commons
Read More


My Random Post