5 Mei 2019

Sinopsis Telefilem Rengkat - Cerekarama TV3




Rengkat, Telemovie, Telefilem, Telemovie Rengkat, Telefilem Rengkat, Cerekarama, TV3, Cerekarama Rengkat, Sinopsis Telefilem Rengkat, Cast, Pelakon Telemovie Rengkat, Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Indah Emeerlda, Asry Azizan, Kamal Ibrahim, Faezah Elai, Haikal Danial, Haziq Daniel, Shaiful Adam,
Cerekarama Rengkat TV3 

Telefilem Rengkat akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 4 Mei 2019 ini. Antara pelakon telemovie Rengkat ini adalah Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Indah Emeerlda, Asry Azizan, Kamal Ibrahim, Faezah Elai, Haikal Danial, Haziq Daniel, Shaiful Adam dan ramai lagi. Telefilem Rengkat ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Shukri Yahaya dan Aprena Manrose dah pernah bergandingan sekali dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita (2018) yang pernah disiarkan di slot Akasia TV3. Berbalik pada telefilem Rengkat ini, memang nampak menarik jalan ceritanya. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telemovie Rengkat Lakonan Shukri Yahaya dan Aprena Manrose

Rais dan isterinya Yani hidup dalam serba sederhana. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Indah yang rengkat akibat daripada kemalangan semasa kecil. Suatu hari Rais diberhentikan kerja secara mengejut kerana dituduh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Rais buntu memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk menampung keluarganya. Perkenalan yang tidak disengajakan dengan Bard telah mengubah hidup Rais. 
Rengkat, Telemovie, Telefilem, Telemovie Rengkat, Telefilem Rengkat, Cerekarama, TV3, Cerekarama Rengkat, Sinopsis Telefilem Rengkat, Cast, Pelakon Telemovie Rengkat, Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Indah Emeerlda, Asry Azizan, Kamal Ibrahim, Faezah Elai, Haikal Danial, Haziq Daniel, Shaiful Adam,
Tanpa pengetahuan Yani, Rais telah mengikut Bard untuk meragut demi mendapatkan duit. Indah yang juga bisu tahu mengenai aktiviti ayahnya dan cuba untuk membantu ayahnya supaya berhenti daripada meragut. Tanpa pengetahuan Rais, Bard sebenarnya telah merancang segala-galanya kerana mahu membalas dendam terhadap Rais yang pernah membulinya dulu semasa kecil sehingga menyebabkan dia rengkat. 

Jom Baca Ini juga ➔ Review Filem Bollywood Manmarziyaan

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

2 ulasan:

  1. i kinda like watching shukri yahaya's acting so i'm trying to decide whether to watch this or not haha

    BalasPadam
  2. shukri yahya best kalau berlakon.. like sangat !!

    BalasPadam



My Random Post