3 Nov 2018

Episod Akhir Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Cik Reen Encik Ngok Ngek, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Episod Akhir, Ending Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, 2018, Slot MegaDrama, Astro Ria, Cast, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over,
Episod Akhir Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek yang mempunyai 20 episod sudah tamat disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Selepas ini drama Isteri Untuk Disewa akan disiarkan bagi menggantikan drama ini. Barisan pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini terdiri daripada Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over dan ramai lagi. Aku rasa ramai yang suka menonton drama adaptasi novel Cik Reen Encik Ngok Ngek ini disebabkan jalan cerita yang santai dan kelakar, cuma part hujung - hujung tu sedih sikit jela hehe. Ending drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini mestilah happy ending kan, walaupun di permulaan episod akhir drama ini, diorang masih belum berbaik lagi. Apa pun jom tengok sinopsis episod akhir drama ini di bawah ye, selamat membaca.




Sinopsis Episod Akhir Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Azreen / Reen (lakonan Farah Nabilah) yang melarikan diri dan bersembunyi dari suaminya Harris (lakonan Fikry Ibrahim) masih berada di rumah Tok Chik (Ruminah Sidek). Sebelum Reen pergi dari situ, Tok Chik sempat berpesan pada Reen supaya berfikir semasak - masaknya mengenai hubungannya dengan Harris sebelum membuat keputusan. Harris pula masih mencari Reen dan kini dia berada di rumah datuk dan nenek Reen. Harris sebenarnya sudah membuat keputusan untuk memilih Reen dan bukannya Zaza (lakonan Haneesya Hanee) serta nekad untuk tidak menceraikan Reen walau apa pun yang terjadi. Zaza yang masih bersedih dengan sikap Harris itu telah membuatkan ibunya berasa bimbang dan mengugut Reen untuk cepat - cepat bercerai dengan Harris, malah dia juga turut mendesak Harris.




Manakala Zaza pula sudah sedar yang Harris sebenarnya sudah membuat keputusan untuk memilih Reen dan Zaza cuba untuk move on. Akibat desakan dari ibu Zaza memaksa Reen untuk menghubungi Zaza tapi dia agak terkejut bila dapat tahu yang Zaza tidak dapat untuk menghubungi Harris. Hal tersebut memaksa Reen untuk menjadi orang tengah antara mereka dan mengatur rancangan supaya Zaza boleh bertemu Harris untuk menyelesaikan masalah mereka bertiga. Harris yang menyangka akan bertemu Reen terkejut bila mendapati Zaza yang berada disitu. Zaza mengambil keputusan drastik untuk memutuskan hubungan mereka dan move on. Manakala Harris pula gembira dan memberitahu yang dirinya sudah bebas pada Reen. Namun Reen tidak gembira dan masih dengan keputusannya untuk bercerai dengan Harris.

Reen kini berada di rumah datuk dan neneknya, manakala Harris pula masih buntu untuk mencari Reen di mana. Namun setelah Harris bertemu dengan 2 kanak - kanak yang merupakan anak murid Reen yang telah memberitahu tempat yang mungkin Reen berada, membuatkan Harris bergegas untuk ke sana. Akhirnya Harris dapat bertemu dengan Reen dan kelihatan Reen terkejut bila Harris dapat mencarinya. Harris cuba memujuk Reen tapi masih tak berjaya. Lalu Harris cuba membuktikan cintanya dengan pergi menuju ke pantai lalu berpura - pura lemas. Reen yang terkejut melihat Harris lemas terus berlari untuk menyelamatkan Harris dan akhirnya dia mendapati dirinya ditipu Harris. Akhirnya Harris dan Reen berbaik - baik semula dan mereka berdua gembira dapat bersama semula. 

Baca Ini juga ➥ Biodata Terkini Farah Nabilah

2 ulasan:

  1. Alamak..sampai ke sudah...x tgk² lagi...
    xpela..nnt tgk online...

    BalasPadam
  2. layan jugak cite ni...jalan cite simple tp best...suka tgk pelakon2 dia..ghhehehe

    btw, jemput singgahblog kite yer sis :)

    BalasPadam



My Random Post