8 Mei 2018

Sinopsis Telemovie Gerabak Cinta (TV3)




Sinopsis Telefilem Gerabak Cinta TV3, Telemovie Gerabak Cinta, TV3, Sweet, Cinta, Pekerjaan, Ending Gerabak Cinta, Pelakon Telemovie Gerabak Cinta, edza Rosli, Nina Iskandar, Fizo Omar, Man Raja Lawak, Lia Asmizza, Dato Jalaluddin Hassan, 2018, Watak Dalam Telemovie Gerabak Cinta, Luna, Khairul, Remy, Anisa, Man, Rezeki,
Sinopsis Telefilem Gerabak Cinta TV3

Telemovie Gerabak Cinta telah pun disiarkan di TV3 pada 6 Mei 2018 yang lalu, antara pelakon telemovie Gerabak Cinta ini adalah Redza Rosli, Nina Iskandar, Fizo Omar, Man Raja Lawak, Lia Asmizza, Dato Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Gerabak Cinta ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Jalan cerita telemovie ini santai dan kelakar juga tapi still ada mesej positif gitu. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem Gerabak Cinta ini di bawah ye. Selamat membaca..

Sinopsis Telemovie Gerabak Cinta TV3

Mengisahkan Luna (lakonan Nina Iskandar) yang merupakan anak orang kaya serta usahawan yang berjaya namun telah ditipu oleh tunangnya Remy (Fizo Omar). Remy yang tidak tahan dengan perangai panas baran Luna cuba mencari jalan untuk putus dengan Luna. Sementara itu, Khairul (lakonan Redza Rosli) baru saja dibuang kerja dan kini mengganggur. Walaupun awalnya Khairul sedikit kecewa kerana telah kehilangan pekerjaan namun dia tidak putus asa dan cuba mencari kerja lain, dalam masa yang sama, Khairul juga cuba berniaga kecil - kecilan dengan menjual Sandwich yang dibuatnya sendiri di tepi - tepi jalan. Selain itu Khairul turut meminta bantuan kawan baiknya untuk mendapatkannya kerja di bengkel. Suatu hari kereta Luna rosak manakala handphone Luna juga kehabisan bateri dan tiada powerbank di dalam keretanya itu serta kasut tumit tingginya juga patah. Luna pula harus bergegas ke pejabat kerana ada meeting penting namun segalanya yang berlaku memaksa Luna untuk menaiki LRT buat pertama kalinya.



Disitu Luna berjumpa dengan Khairul buat pertama kalinya, namun Luna memandang rendah pada Khairul kerana Khairul hanya seorang penjual sandwich dan Khairul agak benggang dengan sikap sombong Luna itu. Khairul dan Luna bergaduh kecil, Luna makin tak tentu arah bila LRT itu tiba - tiba terhenti seketika dan memaksa semua penumpang untuk menunggu. Luna mendapati Khairul mempunyai powerbank dan ingin meminjam powerbank Khairul itu tapi berasa malu dengan sikapnya terhadap Khairul sebelum ini. Akibat terdesak Luna cuba juga meminjam powerbank Khairul dan ternyata Khairul seorang yang baik hati kerana sanggup memberi pinjam powerbanknya itu, malah Khairul juga turut memberikan sandwich pada Luna secara percuma saja. Selepas itu Khairul dan Luna berborak seketika dan hubungan mereka makin baik. Setelah Khairul pergi, baru Luna sedar yang dia terlupa nak memulangkan kembali powerbank milik Khairul itu.

Siapa sangka Khairul dan bekas tunang Luna iaitu Remy turut berkawan baik, akhirnya Luna dapat mencari Khairul dan akhirnya mereka bercinta. Namun Luna mula marah dan berasa tertipu apabila Khairul menipunya, Luna juga turut marah apabila melihat Khairul keluar dengan perempuan lain, namun perempuan tersebut adalah Anisa yang merupakan sepupu Khairul. Luna yang gemar membuat keputusan terburu - buru cuba menjauhi Khairul dan tak percaya dengan penjelasan Khairul. Malah Remy dan juga Anisa turut datang berjumpa dengan Luna untuk menerangkan keadaan sebenar serta memujuk Luna untuk berbaik semula dengan Khairul. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Lagu Tema / OST Gerabak Cinta

➔ Demi Kita nyanyian Ismail Izzani
➔ Sabar nyanyian Ismail Izzani
➔ Senyum nyanyian As'ad Motawh
➔ Senyum nyanyian Aziz Harun

1 ulasan:



My Random Post