4 Nov 2017

Sinopsis Drama Saka Sisters (Astro Warna)

Drama Saka Sisters, Slot Skrin Komedia, Astro Warna, Warna HD, Sinopsis, Sinopsis Drama Saka Sisters, OST Saka Sisters, Reshma AF, Gambar Hiasan, Pelakon Drama Saka Sisters, Sara Ali, Cik Manggis (De Fam), Abam Bocey, Luqman Hafidz, Sheila Mambo, Reza Hasbi ,
Sinopsis Drama Saka Sisters (Astro Warna)

Drama Saka Sisters telah mula disiarkan di Slot Skrin Komedia Astro Warna dan Warna HD bermula 25 Oktober 2017 yang lalu, setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam, bagi menggantikan Drama Girlfriend Aku Dari Neraka The Series yang telah tamat episodnya. Antara Pelakon Drama Saka Sisters ini adalah Sara Ali, Cik Manggis (De Fam), Abam Bocey, Luqman Hafidz, Sheila Mambo, Reza Hasbi dan ramai lagi serta drama ini merupakan terbitan KRU Studios. Selain itu aku agak tertarik dan suka dengan lagu tema / OST Saka Sisters ini yang bertajuk Fikir Kamu Siapa nyanyian Reshma AF2016 ini, lagunya rancak habis dan sesuai dengan drama ini. Ini ditambah lagi dengan jalan ceritanya yang bermula dengan menarik sekali. Gambar di atas itu hanya gambar hiasan semata -mata ya, Apa pun jom tengok sinopsis drama Saka Sisters yang bergenre Komedi Seram di bawah ini ye. 

Sinopsis Drama Saka Sisters (Astro Warna)

Mengisahkan tentang dua adik beradik yang bernama Laila dan Suri yang merupakan kembar tidak seiras dan tidak begitu rapat antara satu sama lain. Hal ini terjadi kerana ibu bapa Laila dan Suri dah bercerai, jadi Laila mengikut bapanya dan tinggal di kampung manakala Suri pula mengikut ibunya dan tinggal di Kuala Lumpur. Suri kini merupakan seorang doktor pelatih di sebuah hospital, manakala Laila pula berhasrat untuk mencari kerja di Kuala Lumpur namun hasratnya itu dihalang oleh ayahnya Pak Jaber yang menginginkan Laila bekerja di Kampung dan berkhidmat pada orang kampung juga. Tidak lama kemudian Pak Jaber meninggal dunia akibat kemalangan, dan selepas itu Laila serta Suri mula diganggu oleh Saka yang dibela Pak Jaber yang bernama Jamal. Saka tersebut mendakwa dirinya adalah saka yang baik, malah menginginkan Suri dan Laila menjadi rapat serta meneruskan kerja - kerja ayah mereka untuk menyelesaikan segala kes - kes misteri yang berkaitan paranormal dan hantu.

Suri dan Laila sememangnya membantah dan tidak mahu terlibat dalam kerja - kerja yang berkaitan hantu dan sebagainya. Namun begitu, Jamal berterusan cuba menggangu serta memujuk mereka untuk bersetuju meneruskan kerja - kerja ayah mereka. Kemudian Laila dan Suri pergi berjumpa dengan Taqriz yang agak mahir dalam bidang paranormal dan hantu ini. Laila dan Suri ingin meminta pertolongan Taqriz untuk membuang saka tersebut namun tidak berjaya. Disebabkan satu insiden, Laila, Suri, Taqriz dan Jamal bekerjasama buat pertama kalinya dan mereka berjaya menyelamatkan adik suri dari diganggu oleh hantu. Selepas itu Taqriz juga cuba memujuk Suri dan Laila untuk join dengannya membentuk satu team untuk menangkap hantu dan menyelesaikan segala gangguan mistik yang dialami oleh orang ramai. Namun Suri dan Laila enggan terlibat lagi namun hubungan mereka berdua dah mula baik dan tidak dingin seperti dulu.

Taqriz kemudiannya mendapat satu job dari ketua kampung untuk menghapuskan Pontianak yang sering mengganggu penduduk kampung. Hal ini membuatkan dia terpaksa memujuk Suri dan Laila agar membantunya. Namun masing - masing sukar untuk dipujuk, Laila yang mengalami masalah kewangan mula menukar fikirannya, apabila mengetahui tentang jumlah bayaran yang mereka akan dapat sekiranya berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Namun setelah mereka sampai di kampung berkenaan dan terjumpa pula dengan Pontianak tersebut, mereka pula yang takut dan lari. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Gambar Di atas credit to Pixabay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post