Review Konsert Ke -3 Gegar Vaganza 2017 : Raja Azura Tersingkir, Liza Hanim Memukau
Minggu Ketiga Konsert Gegar Vaganza Musim Keempat berlangsung meriah dengan temanya berani atau tidak, yang menyaksikan para peserta akan menyanyikan lagu - lagu yang di luar comfort zone masing - masing. Dato Yusof Haslam menjadi juri jemputan untuk minggu ini dan di penghujung rancangan menyaksikan Raja Azura tersingkir, Elyana dan Aqasha turut berada dalam kedudukan bottom three. Liza Hanim memang terbaik, tak sangka dia boleh menyanyikan Lagu Untukmu nyanyian asal Meet Uncle Hussain dengan memukau sekali. Bagi aku, memang sukar nak menyanyikan lagu tersebut dan Liza Hanim turut mendapat standing ovation dari Hetty Koes Endang. Jadi dah masuk 2 minggu, Liza Hanim mendapat markah juri yang tertinggi serta berada di tangga teratas. Kalau Liza Hanim dapat maintain prestasi terbaiknya tiap - tiap minggu, tak mustahil dia boleh merebut gelaran juara itu. Apa pun peserta lain turut memberikan persaingan yang sengit sekali. Tema minggu keempat pula adalah Berdua Lebih Baik yang membawa maksud minggu seterusnya adalah minggu duet dan peserta akan berduet dengan artis - artis lain termasuklah Juara Gegar Vaganza Musim Kedua dan Ketiga iaitu Siti Nordiana dan Azharina.
Aku ingatkan minggu ini Dato Seri Vida tak datang ke Konsert Gegar Vaganza Minggu Ketiga ini, malah Hos Gegar Vaganza iaitu Nabil dan Jihan pun berasa lega hahaha tapi tak lama lepas itu, Dato Seri Vida muncul pula hehe, yela dia penaja tak kan tak datang pula, betul tak. Aishah memenangi Digi Star Of The Week untuk minggu kedua dan berhak memilih nombor giliran persembahan untuk minggu ketiga ini, jadi dia telah memilih untuk membuat persembahan pembukaan dengan lagu Yuna yang bertajuk Terukir Di Bintang. Sesuai juga suara Aishah dengan lagu Terukir Di Bintang ini, malah pakaiannya juga cantik siap ada crown lagi dekat atas kepala ala - ala gaya Dato Seri Vida dah. Firman pula membuat persembahan penutup dengan lagu popular masa kini iaitu Zalikha nyanyian asal Floor 88. Best juga persembahan Firman itu, lagu tersebut juga sesuai dengan suara Firman, jadi tak hairanlah bila Firman berada di tempat kedua selepas Liza Hanim. Nampaklah sisi berbeza serta versatile bila Lan Kristal dan Tia Jinbara menyanyikan lagu - lagu bergenre lain seperti lagu Sayang - Sayang dan juga lagu Bila Resah. Hazami pula menyanyikan lagu Joget Kenangan Manis nyanyian asal Sudirman, tapi tak berapa suprise bila Hazami pilih lagu ini sebab dah pernah tengok dia menyanyikan lagu ini ketika di Sidang Media Gegar Vaganza dulu.
Raja Azura pula menyanyikan lagu Perhaps, Perhaps, Perhaps dari Pussycat Dolls, aku hafal lirik lagu ini, jadi dengan aku sekalilah menyanyi lagu ini hehehe. Apa pun aku setuju dengan komen Tok Ram terhadap suara Raja Azura masa menyanyikan lagu ini. Manakala Haida pula menyanyikan lagu Kenangan Bersamamu nyanyian asal kumpulan Lefthanded. Aku rasa okey je nyanyian Haida ini, tapi rasa macam dia ambil risiko pula untuk minggu keempat nanti, bila dia akan menyanyikan lagu Memori Daun Pisang itu. Tapi mungkin ada kelainan yang akan dibuatnya dalam lagu itu nanti, siapa tahu kan. Syura pula menyanyikan lagu Knock Knock nyanyian asal Elizabeth Tan dan aku rasa best pula Syura menyanyikan lagu rancak ni, berbanding genre balada atau pun irama malaysia. Lagi pun jarang tengok Syura menyanyikan lagu - lagu rancak ini. Syura patut try menyanyikan lagu rancak lebih kerap. Elyana dan Aqasha pula menyanyikan lagu dangdut yang bertajuk Wulan Merindu dan Cinta Tak Keruan. Aku rasa okey je nyanyian Aqasha dan Elyana ini, sedap cuma dekat part Rap masa Aqasha nyanyi tu nampaklah macam kelam kabut sikit. Tak sangka juga diorang bottom three, hope minggu seterusnya, diorang akan buat lebih baik lagi.
Di minggu keempat nanti, semua bintang GV4 ini akan berduet pula dan pasangan duet masing -masing juga memang best - best belaka seperti Ezad Lazim, Hafiz Suip, Tomok, Misha Omar, Aweera, Epul dan lain - lain lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan