24 Nov 2017

Cult Of Chucky (English Movie)

English Movie Review - Cult Of Chucky, Ending Cult Of Chucky, Sinopsis Cult Of Chucky, Pelakon Filem Cult Of Chucky, Fiona Dourif, Michael Therriault, Adam Hurtig, Alex Vincent, Elisabeth Rosen, Zak Santiago, Jennifer Tilly, Brad Dourif (Voice Of Chucky), Scary, Review, My Feeling, My Opinion, Pendapatku, Anak Patung Chucky, Filem Orang Putih,
English Movie Review - Cult Of Chucky

Rasanya semua pun pernah menonton filem Chucky ini kan yang mengisahkan tentang Chucky yang merupakan anak patung yang sangat scary habis dan boleh membunuh. Filem Cult Of Chucky ini adalah filem ketujuh dalam sirinya dan merupakan sambungan kepada filem Curse Of Chucky (2013). Antara Pelakon Filem Cult Of Chucky ini adalah Fiona Dourif, Michael Therriault, Adam Hurtig, Alex Vincent, Elisabeth Rosen, Zak Santiago, Jennifer Tilly, Brad Dourif (Voice Of Chucky) dan ramai lagi. Ada juga beberapa watak dalam filem siri ini yang terdahulu turut muncul dalam filem ini. Chucky dalam filem ini kejam dan lebih banyak sebab dia dah menguasai satu ilmu hitam yang mampu menghidupkan anak patung Chucky yang lain dan menimbulkan lebih banyak huru - hara. Kadang - kadang geram juga dengan Chucky ini, tak padan dengan kecil tapi jahatnya bukan main lagi, kerja dia nak bunuh orang saja. Malah Chucky juga mampu masuk dan mengambil alih badan manusia. Ending filem Cult Of Chucky ini memang tergantung sebab seperti biasa, Chucky sentiasa berjaya dalam misinya dan hampir pasti akan ada sambungan filem ini nanti.



Dalam filem ini watak Andy Barclay (lakonan Alex Vincent) yang berdendam dengan Chucky ini, berazam untuk menghapuskan kesemua Chucky yang wujud. Namun rancangannya agak kurang berjaya di penghujung cerita dan aku yakin dia tidak akan berputus asa untuk terus memburu Chucky and The Geng di filem - filem yang akan datang. Latar Tempat filem ini banyak di Pusat Mental / Institut Mental yang menunjukkan Nica Pierce dirawat dan semakin sembuh. Cuma doktor yang merawat Nica itu juga sangat jahat, apabila dalam diam dan tanpa disedari Nica, dirinya telah dicabul oleh doktor berkenaan ketika Nica di Hypnotized. Apa pun memang kesianlah dengan Nica ini sebab sekelip mata keluarga bahagianya musnah disebabkan Chucky, dirinya yang tidak bersalah dituduh sebagai pembunuh keluarganya itu. Satu - satunya anak saudaranya yang masih hidup juga turut mati di akhirnya disebabkan Chucky juga. Selama bertahun - tahun Nica di pusat mental itu dan akhirnya Chucky datang ke tempat tersebut dan menganggunya. Paling teruk bila badan dan diri Nica dikuasai oleh Chucky. Teringin nak tengok Nica dan Andy fight habis - habisan menentang Chucky nanti di filem - filem akan datang.

Secara keseluruhannya filem ini memang suspen tapi lokasi dan latar tempat yang terlalu banyak di Institut Mental itu membuatkan filem ini nampak kosong. Maksud aku sinematografi filem ini kurang menarik sebab banyak fokus kat satu tempat saja. Apa pun filem ini masih menarik untuk ditonton dan aku bagi 7.4 Bintang dari 10 Bintang untuk filem Cult Of Chucky ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post