19 Nov 2017

Ending While You Were Sleeping (Korean Drama)

Drama Korea, Korea Drama, While You Were Sleeping, Drama Korea While You Were Sleeping, Ending, Sinopsis, Review, Ending While You Were Sleeping, Pelakon Drama Korea While You Were Sleeping,  Lee Jong Suk, Suzy, Lee Sang Yeob, Jung Hae In, Go Sung Hee, Shin Jae Ha, Kim Won Hae, Min Sung Wook, Bae Hye Sun, Lee Ki Young, Park Jin Joo, Peguam, Pendakwaraya, Perbicaraan, Mahkamah, Kes,
Ending While You Were Sleeping (Korean Drama)

Drama Korea yang bertajuk While You Were Sleeping sememangnya sangat popular, diminati ramai serta dilakonkan oleh 2 pelakon terkenal Korea iaitu Bae Suzy dan Lee Jong Suk. Jalan cerita yang menarik serta seimbang dengan scene - scene happy, sedih dan lawak. Konsep drama ini juga menarik apabila diorang menggunakan mimpi sebagai petunjuk tentang sesuatu yang akan berlaku di masa depan dan bagaimana seseorang itu boleh mengubah apa yang akan terjadi di masa depan. Antara Pelakon Drama While You Were Sleeping ini adalah Lee Jong Suk, Suzy, Lee Sang Yeob, Jung Hae In, Go Sung Hee, Shin Jae Ha, Kim Won Hae, Min Sung Wook, Bae Hye Sun, Lee Ki Young, Park Jin Joo dan ramai lagi. Sepatutnya drama ini 16 episod saja tapi bila dah dipendekkan setiap episod menjadi setengah jam, maka ianya menjadi 32 episod kesemuanya. Lee Sang Yeob memberikan lakonan cemerlang dengan watak jahatnya itu, tapi aku dah biasa juga melihat dia berlakon watak komedi juga seperti dalam Drama My Wife Is Having An Affair This Week.


Aku perhatikan sejak dua menjak ini dalam kebanyakan Drama Korea pasti ada Kim Won Hae ini, laku dan laris dia ini, dekat mana - mana pun ada dia. Serba boleh gitu, dan boleh melakonkan pelbagai watak, sama ada watak komedi, watak serius mahu pun watak jahat. Kemuncak drama ini adalah pada episod 30 dan episod 31 yang sangat suspen, yang mana kali ini Lawyer Lee Yoo Beom lakonan Lee Sang Yeob menjadi suspek dan defendent manakala Prosecutor untuk kes tersebut adalah Jung Jae Chan lakonan Lee Jong Suk dan Lee Ji Gwang lakonan Min Sung Wook. Manakala Nam Hong Joo (lakonan Suzy), Han Woo Tak (lakonan Jung Hae In) dan Choi Dam Dong (lakonan Kim Won Hae) menjadi saksi utama kes tersebut. Kejutan berlaku ketika perbicaraan apabila Han Woo Tak sebenarnya buta warna dan tak boleh nak memberitahu warna 2 payung yang dia nampak di tempat kejadian dan seseorang yang buta warna atau colour blind tidak boleh menjadi anggota polis. Disebabkan hal itu, dia akan meletakkan jawatan sebagai polis dan hal ini turut memberi kesan kepada Jung Jae Chan yang merasa dirinya bersalah kerana secara tidak langsung menyebabkan Han Woo Tak hilang pekerjaan.

Namun Han Woo Tak dapat memberi keterangan dengan baik sekali mengenai gambaran kedua - dua payung itu secara jelas sekaligus membantu kes berkenaan. Ketika team pendakwaraya hampir menang, Lee Yoo Beom menjadi tidak tentu arah kerana dia semakin hampir untuk dipenjarakan. Hal ini menyebabkan dia menyerang Choi Dam Dong kerana dia merasakan dirinya dikhinati. Namun Choi Dam Dong cuba menenangkan Lee Yeo Beom. Ketika Jung Jae Chan dalam perjalanan menuju ke arah Choi Dam Dong, dia melihat Choi Dam Dong dilanggar kereta yang dipandu oleh Lee Yoo Beom dan akhirnya Lee Yoo Beom diberkas tapi Choi Dam Dong mati dipangkuan Jung Jae Chan. Memang sedih betul scene ini. Episod 32 adalah episod akhir Drama While You Were Sleeping ini dan episod ini lebih releks kerana ianya penghujung kan jadi Lee Yoo Beom akan dipenjarakan seumur hidup, dalam episod ini juga akan ada babak perkahwinan gitu. Manakala Jung Jae Chan dan Nam Hong Joo cuba membantu Han Woo Tak sedaya mungkin kerana Han Woo Tak akan study semula untuk menjadi seorang peguam. Apa pun episod akhir drama Korea While You Were Sleeping ini memang happy ending.

Setelah tamat drama ini, Drama Nothing To Lose lakonan Park Eun Bin, Yeon Woo Jin, Dong Ha, Na Hae Ryung dan ramai lagi akan menyusul bagi menggantikan drama While You Were Sleeping ini. 

Gambar diatas credit to Bean Pole blog at Wikimedia Commons

2 ulasan:



My Random Post