Sinopsis Telefilem Bawa Aku Ke Syurga (TV9) Lakonan Tiz Zaqyah dan Hafidz Roshdi
Telemovie Bawa Aku Ke Syurga ini telah pun disiarkan di Slot Skrin Di 9 (TV9) pada 13 November 2017 yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Bawa Aku Ke Syurga ini adalah Tiz Zaqyah, Hafidz Roshdi, Ben Laden, Syazuwan Hassan, Allana Amir, Jasmin Hamid, Razak Ahmad, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. Telefilem Bawa Aku Ke Syurga ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. Apa pun jalan cerita telemovie ini yang penuh pengajaran serta menarik dan sememangnya berlaku di zaman sekarang ini, selain itu aku juga suka dengan barisan pelakon telemovie Bawa Aku Ke Syurga ini. Rasanya ini kali pertama aku tengok Tiz Zaqyah bergandingan dengan Hafidz Roshdi dalam satu telemovie yang sama. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ya, selamat membaca.
Sinopsis Telemovie Bawa Aku Ke Syurga Slot Skrin Di 9 (TV9)
Mengisahkan tentang konflik yang berlaku dalam keluarga Nizam, isterinya Yana dan anak lelaki mereka Syafiq. Nizam sangat menyayangi isterinya dan anak lelakinya itu, Nizam juga terlalu memanjakan Yana dengan harta benda dan kemewahan, setiap keinginan dan kehendak Yana akan dituruti oleh Nizam tanpa banyak soal. Disebabkan sikap Nizam yang terlalu menurut kehendak Yana membuatkan isterinya itu makin terpengaruh dan terikut - ikut dengan kemewahan dan gaya hidup kawannya. Malah hasutan Ibu Yana turut memburukkan lagi keadaan, serta menyebabkan Yana berubah menjadi materialistik dan mata duitan. Konflik mula berlaku apabila Nizam diberhentikan kerja apabila kilang tempatnya bekerja bertindak membuang pekerja akibat kegawatan ekonomi. Nizam merahsiakan perkara ini dari isteri dan anaknya, kehidupan Nizam terus berubah serta - merta dan mula berhutang sana - sini kerana dia ingin terus memberikan kemewahan pada Yana.
Konflik dan masalah dalam rumahtangga Yana dan Nizam menjadi semakin buruk apabila Yana tanpa sengaja bertemu semula dengan bekas kekasihnya yang bernama Farouk. Yana akhirnya curang dengan Nizam dan betapa hancurnya hati Nizam apabila melihat sendiri kecurangan isterinya di depan matanya. Nizam akhirnya menceraikan Yana dan kemudian dirinya pulang ke kampung bersama dengan anaknya Syafiq. Ketika berada di kampung, Syafiq sangat merindui ibunya, namun Nizam enggan berjumpa lagi dengan Yana mahu pun memaafkannya. Tak lama kemudian Farouk juga meninggalkan Yana kerana isterinya sedang hamil manakala Yana pula tidak mahu menjadi isteri kedua Farouk. Hidup Yana mula berubah menjadi tidak tentu arah, hal ini diburukkan lagi dengan penyakit kulit yang dihadapinya. Yana dan kawannya mula berubat cara kampung untuk mengubati penyakit kulit Yana itu dan secara kebetulan mereka pergi berubat di kampung Nizam.
Setelah mengetahui yang Nizam tinggal di kampung berkenaan, Yana dan kawannya pergi menemui Nizam untuk meminta maaf namun Nizam masih marah dan tidak mahu memaafkannya. Anaknya Syafiq pula sentiasa berdoa agar keluarganya menjadi normal semula dan ayah dan ibunya akan berbaik semula. Apa yang berlaku seterusnya?, termakbulkah Doa Syafiq itu? adakah Nizam akan memaafkan Yana dan menerimanya semula?.
Tengok pd permulaan cerita je semalam..
BalasPadamP.S. Jemputlah join SPM Fever Giveaway yang sedang berlangsung di blog Abam Kie sehingga 30 Nov 2017. Terima kasih.
http://www.zukidin.com/2017/11/spm-fever-giveaway.html