5 Nov 2017

Hujan Lebat & Banjir Di Penang

Hujan Lebat dan Banjir Di Pulau Pinang, Ribut, Angin Kencang, Penang, Hujan Tak Berhenti,
Hujan Lebat dan Banjir Di Pulau Pinang

Ketika entry ini ditulis, hujan masih lagi tidak berhenti tapi tidak selebat sebelum ini. Agak merisaukan juga bila hujan turun tidak berhenti - henti sejak dari petang pada 4 November hinggalah sekarang, 5 November 2017 (pagi). Kalau tengok status Facebook kawan - kawan yang lain, semuanya pun update tentang hujan lebat dan banjir yang berlaku di kawasan rumah diorang. Air dah naik paras separuh kereta dah, memang merisaukan tambah - tambah bagi mereka yang tinggal di kawasan yang rendah. Tempat aku pula, di kawasan yang agak tinggi, jadi memang jarang berlaku banjir, tapi mestilah risau juga kan. Sebelum ini dah pernah terjadi hujan lebat di Pulau Pinang dan banjir sana sini, ini kali kedua terjadi. Apa pun Hujan Lebat di Pulau Pinang ketika ini dah sedikit kurang berbanding pada waktu malam tadi. Pada waktu malam tadi, hujan memang lebat betul, ini diikuti dengan angin kencang, habis bumbung - bumbung gerai makanan yang ada di sekitar kawasan perumahan aku ini tercabut, memang part angin kencang itu agak menakutkan, sebab dengan bunyi bumbung tercabutlah, kemudian ada dengar juga bunyi kaca pecah beberapa kali. Tapi aku tak pastilah kaca apa yang pecah tu.

Malah kawan - kawan yang tinggak di kawasan Flat pun turut beritahu yang bahagian bawah flat dah banjir. Aku sendiri tinggal di tingkat paling bawah, moga tak banjirlah disini dan aku harap hujan cepat berhenti dan banjir yang berlaku di semua tempat akan mulai surut tak lama lagi. Kesian pada mereka yang mengalami kesusahan, rumah rosak akibat banjir ini dan terpaksa menumpang di rumah orang lain. Mujur hujan ketika ini dah tidak selebat sebelum ini, Ya Allah kau permudahkan segalanya di Pulau Pinang ini. Doa - doakan kami semua disini ya, aku dengar juga yang di negeri lain turut mengalami hujan lebat dan semoga hujan akan berhenti tidak lama lagi, amin.

Update Terkini!!

Dalam pukul 9 pagi macam tu, hujan dah berhenti, Alhamdulilah, banyak jalan ditutup di Pulau Pinang akibat banjir, tanah runtuh serta pokok tumbang. 

Gambar di atas credit to Pixabay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post