30 Okt 2017

Sinopsis 12/24 Karol Bagh Hindi Drama

Sinopsis Drama Hindi - 12/24 Karol Bagh, Drama Hindustan, Hindi Drama, 2009 - 2010, Pelakon Drama Hindi 12/24 Karol Bagh, Smriti Kalra, Neil Bhatt, Hunar Hali, Wasim Mushtaq, Akshay Dogra, Sargun Mehta, Ending Drama 12/24 Karol Bagh, Suspen, Best,
Sinopsis 12/24 Karol Bagh Hindi Drama

Hari ini aku terfikir untuk bercerita dan berkongsi tentang satu drama hindi yang aku suka yang bertajuk 12/24 Karol Bagh, yang pernah disiarkan di Channel Zee TV sekitar tahun 2009 hingga tahun 2010. Memang dah lama drama ini, tapi sampai sekarang aku masih ingat jalan cerita drama 12/24 Karol Bagh ini. Selain itu drama ini juga antara drama hindi yang berjaya aku tonton hingga tamat episodnya ketika disiarkan di TV. Ini ditambah lagi terdapat plot twist dalam drama ini serta ianya bergenre kekeluargaan, cinta dan dendam. 12/24 Karol Bagh ini bermaksud alamat rumah keluarga Sethi dan jalan cerita drama ini turut berkisarkan tentang keluarga Sethi. Pelakon - pelakon Drama 12/24 Karol Bagh ini terdiri daripada Smriti Kalra, Neil Bhatt, Hunar Hali, Wasim Mushtaq, Akshay Dogra, Sargun Mehta dan ramai lagi. Ending drama 12/24 Karol Bagh ini agak tergantung, dan aku teringin nak tahu apa yang jadi seterusnya pada watak Mili Sethi yang perangai berubah 100 peratus dari baik kepada jahat. Drama ini mempunyai 253 episod dan setiap episod hanya berdurasi 30 minit saja, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ya, selamat membaca.

Sinopsis Drama Hindi - 12/24 Karol Bagh

Rajinder Sethi dan isterinya Manju mempunyai 4 orang anak, yang sulung sekali bernama Simran / Simi yang bekerja sebagai seorang guru dan masih belum berkahwin. Anak kedua mereka bernama Anuj yang bekerja di Bank, Anuj sudah mempunyai girlfriend tetapi menunggu kakaknya untuk berkahwin dulu sebelum dirinya. Manakala anak ketiga dan keempat mereka adalah perempuan yang bernama Neetu dan bongsu sekali bernama Mili. Neetu pula seorang yang happy go lucky dan matlamat hidupnya adalah ingin berkahwin dengan orang kaya berbeza dengan Mili yang lebih berani, bijak dan realistik dalam hidupnya. Mili juga sangat rapat dengan kakak - kakaknya dan sentiasa menjadi pendengar setia serta sering menyelesaikan semua masalah kakak - kakaknya itu. Konflik dalam keluarga Sethi bermula apabila anak sulung mereka iaitu Simi sukar untuk mendapat jodoh. Hal ini dirumitkan lagi apabila Girlfriend Anuj mendesak Anuj untuk mereka berkahwin cepat dan akhirnya Anuj berkahwin terlebih dahulu daripada Simi. Ketika tarikh perkahwinan Simi telah ditetapkan, Simi pula jatuh cinta pada studentnya yang bernama Abhinav Tarneja. Awalnya Simi telah menolak cinta Abhinav namun Abhinav tidak mudah putus asa untuk mendapatkan cinta Simi. Lebih rumit kakak Abhinav adalah adik ipar kepada Simi, dan percintaan Simi dan Abhinav ditentang oleh kedua - dua buah keluarga.

Usia Abhinav sebaya dengan adik bongsu Simi iaitu Mili, disebabkan itu mereka juga rapat seperti kawan dan Mili juga gembira kalau Simi dapat berkahwin dengan Abhinav. Akhirnya Simi mengikut kata hatinya dan memutuskan tidak mahu berkahwin dengan orang lain. Setelah melalui pelbagai kesukaran, Abhinav dan Simi berkahwin juga akhirnya, walaupun bapa Simi tidak setuju dengan keputusan Simi. Neetu pula mendapati dirinya mengandung anak luar nikah dan cuba menyembunyikan hal ini dari keluarganya. Namun setelah rahsianya terbongkar, Family Neetu cepat - cepat mengahwinkan Neetu dengan seorang anak orang kaya yang OKU (Orang Kurang Upaya) yang bernama Nakul. Neetu terpaksa berkahwin dengan Nakul, tetapi Nakul kelihatan gembira dan suka pada Neetu. Ketika Mili bergaduh dengan bakal suami tak jadi Simi, Mili telah diculik dan Abhinav berjaya menyelamatkannya dari situasi bahaya itu. Disebabkan hal ini, tanpa Mili sedari dia telah jatuh cinta pada Abhinav yang kini merupakan abang iparnya. Lama kelamaan Mili semakin menyintai Abhinav dan tidak dapat menyembunyikan perasaannya itu serta sentiasa mencari peluang untuk bercakap serta berdua - duaan dengan Abhinav. Perangai Mili yang sentiasa tersenyum dan asyik memandang Abhinav disedari oleh kakaknya Simi lalu menegur Mili.

Mili mula tidak puas hati apabila dia tidak dapat mendekati Abhinav kerana hal ini telah disedari Simi. Bagi Abhinav pula, Simi hanya salah faham, dia dan Mili adalah sekadar kawan baik saja. Malah Abhinav sendiri langsung tidak menyedari tentang cinta mili pada dirinya. Simi menjadi semakin cemburu dan pelik dengan perangai Mili namun Mili berjaya mendapat kepercayaan kakaknya dan Simi tidak lagi cemburu mahu pun syak pada Mili. Akhirnya Mili mula menjadi lebih berani dan meluahkan rasa cintanya pada abang iparnya itu. Abhinav sangat terkejut dengan pengakuan Mili dan mula menjauhkan dirinya pada Mili. Namun Mili tetap berterusan menggodanya dan mengganggunya dengan pelbagai cara, lalu Abhinav bertindak memberitahu tentang hal sebenar pada isterinya Simi. Namun Simi langsung tidak mempercayai kata - kata suaminya kerana Simi yakin Mili tak akan berbuat begitu. Mili akhirnya merancang sesuatu untuk memisahkan Simi dan Abhinav / Abhi serta membuatkan mereka bergaduh besar. Dalam masa yang sama Abhi dan Simi turut menggesa Mili supaya berkahwin, disebabkan terpaksa dan ingin menutup rahsianya Mili terpaksa berkahwin. Namun selepas berkahwin pun, Mili tetap mengejar dan menggangu Abhi. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Abhi dan Simi akan terus bahagia?..

Apa pun sorry kalau sinopsis diatas ini tidak begitu tepat, sebab aku pun ingat - ingat lupa juga hehehe. Aku suka dengan karakter Mili yang boleh berubah sedemikian rupa dari adik yang baik kepada jahat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post