17 Okt 2017

Review Drama Korea - Criminal Minds

Review Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama, Drama Korea, Sinopsis, Ending, Pelakon Drama Criminal Minds Versi Korea, Lee Joon Gi, Son Hyun Joo, Moon Chae Won, Lee Sun Bin, Yoo Sun, Go Yoon, Kim Young Chul, Kim Won Hae, Oh Yeon Su, Criminal Minds Korean Version, Aksi, Suspen, Profilers, Criminal Profiling, Review By Miss Banu,
Criminal Minds - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Criminal Minds, drama bersiri 20 episod ini adalah remake Drama Series US yang tajuknya juga adalah sama. Drama ini disiarkan pada 26 Julai 2017 dan tamat pada 28 September yang lalu dan dilakonkan oleh ramai pelakon hebat Korea. Antara pelakon Criminal Minds Versi Korea ini terdiri daripada Lee Joon Gi, Son Hyun Joo, Moon Chae Won, Lee Sun Bin, Yoo Sun, Go Yoon, Kim Young Chul, Kim Won Hae, Oh Yeon Su dan ramai lagi. Apa pun memang teruja sangat bila dapat tahu Lee Joon Gi juga turut berlakon dalam drama ini sebab dia dah terlalu lama berlakon drama - drama yang berkisarkan zaman sejarah dan zaman lampau. Kali ini baru dapat lihat Lee Joon Gi melakonkan watak yang berada di zaman moden ini, last sekali dia berlakon drama yang bergenrekan aksi dan moden adalah drama yang bertajuk Two Weeks. Selain Lee Joon Gi, aku juga suka dengan barisan pelakon drama ini yang best - best belaka dan popular seperti Moon Chae Wan dan Lee Sun Bin. Pada peringkat awal, pelakon Kim A Joong telah ditawarkan watak utama dalam drama ini namun dia menolak dan akhirnya watak tersebut menjadi milik Moon Chae Won.

Setelah tamat drama Criminal Minds ini, ianya akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Avengers Social Club. Drama ini menceritakan tentang beberapa pegawai khas yang dikenali sebagai profilers yang menyiasat kes - kes jenayah berdasarkan perspektif penjenayah untuk menyelesaikan kes berkenaan ( Criminal Profiling ). Ada banyak kes - kes jenayah yang disiasat oleh mereka ini, ada kes jenayah yang suspen dan ada juga yang boring. Ini bermakna tak semua episod drama ini best sebab kadang - kala ada yang membosankan juga. Walaupun dibarisi oleh ramai pelakon hebat tapi jalan cerita drama ini agak lemah dan tidak begitu menarik. Aku sendiri agak sukar untuk menghabiskan menonton drama ini sehingga ke episod 20. Lee Joon Gi menjadi penyebab utama aku terus bertahan menonton drama ini hingga ke penghujungnya. Namun begitu, tak semua episod drama ini boring, ada juga yang best, antara episod yang aku suka adalah ketika diorang menyiasat kes kehilangan kanak - kanak itu. Selain itu episod yang melibatkan watak jahat yang digelar Reaper atau pun Kim Yong Cheol itu juga menarik apabila dia akhirnya membunuh isteri Kang Ki Hyung, malah ending drama Criminal Minds ini juga berakhir dengan kisah reaper itu.


Kalau nak bandingkan drama ini dengan drama - drama Korea yang lain seperti Signal, Voice mahu pun Tunnel memang jauh bezalah kan, sebab drama - drama tersebut memang berada dalam kategori best sangat. Namun begitu drama ini masih menghiburkan dan boleh ditonton. Selain itu aku juga mengalami masalah untuk berasa benci mahu pun gerun dengan watak jahat paling utama dalam drama ini yang bergelar reaper yang dilakonkan oleh Kim Won Hae. Sebabnya aku dah pernah melihat Kim Won Hae ini melakonkan watak komedi dalam drama Chief Kim / Good Manager dan juga dalam Drama Strong Woman Do Bong Soon, jadi susah untuk aku berasa serius mahu pun benci apabila melihat lakonan Kim Won Hae dalam drama ini. Lagu tema / OST Criminal Minds ini not bad juga, manakala ending drama Criminal Minds ini memang happy endinglah kan apabila watak jahat dalam drama ini mati dan watak lain meneruskan hidup mereka seperti biasa. Selain itu tiada kisah cinta langsung dalam drama ini yang membabitkan watak Lee Joon Gi mahu pun Moon Chae Won sebab mereka hanya rakan sekerja saja. 

Agar sukar juga nak tengok Moon Chae Woon tersenyum dalam drama ini, sebab wataknya sentiasa serius dan stress sepanjang masa. Pelakon Yoo Sun turut mencabar diri berlakon dalam drama ini, sebelum ini Yoo Sun pernah berlakon dalam drama Korea Our Gab Soon. Dalam Drama Our Gab Soon, wataknya lemah - lembut saja manakala dalam drama ini wataknya sentiasa ceria dan happy go lucky. Selain itu aku rasa agak pelik sedikit melihat pelakon Kim Young Chul melakonkan watak sebagai ketua NCI yang nampak tegas sebab dah biasa melihat dia berlakon menjadi ayah yang baik dalam drama My Father Is Strange. Secara keseluruhannya aku bagi 6.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.

Gambar diatas credit to demical at Wikimedia Commons

3 ulasan:

  1. Sha suka drama penyiasatan macam ini.. Walaupun banyak kritik mengatakan drama nie tak best tapi masih seronok ditonton..

    BalasPadam
  2. Pilihan terburuk la diorg pilih actor untuk Reapers nh😂😂nmpk mcm bukan thriller..rasa mcm drama komedian, rasa nk gelak jer tgok karakter reapers nh..diorg spptnya x pilih watak yg lawak drsbb diorg pilih storyline boring, hmpir2 x dpt nk hbskn 20 episode..terpksa skip..

    BalasPadam
  3. Tersalah tekan terbit pulak..komen blm hbs lagi, nk edit x reti😅. Smbung komen kjap..Pelakon2 pmbunuh copycat dlm drama nh dah kira boleh tahan..yg x tahannya watak si Reapers tu..apa sal siorg pilih actor lawak yg kt drama sblm nh..x mnjadi rasa thriller tgok..Watak ketua NCS nh pun xtau apa fungsi die..Blm lagi watak Agent si heroin tu, kata agent..xkn nk jd umpan bertumbuk pun x reti..aduii..heran aku..dahlah watak si Genius NCS tu paling byk mghafal skrip sy rasa..Feel tu xrsa..Cerita nh skrip dia pnjg sgt..action kurang, kemahiran berfkir level agent dia x boleh blah..Reapers dia tu boleh pulak watak si komedian tu..Victim2 dlm drama nh masih entry level kot..Xda feel tgok drama murder nh..salah writer kali, ceritanya kurang menarik sgt..maasih juah ketinggaln dr drama murder seangkatan dgnnya sprt "The voice"..apa pun, kes dia mmg berprofil tggi..cuma jln crita kurang menarik

    BalasPadam



My Random Post