28 Okt 2017

Antara Kemenangan Dan Kontroversi Kamal Adli

Kamal Adli, Kontroversi Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Emma Maembong, Zul Ariffin, Juara, Super Spontan Superstar 2017, Hero Remaja, Lawak Spontan, Game, Zizan Razak, Final, Finalis, Pelakon, Drama Duda Pujaan Dara,
Antara Kemenangan Dan Kontroversi Kamal Adli

Di sebalik segala kontroversi yang melanda pelakon Kamal Adli berhubung dengan perhubungan cintanya bersama pelakon Emma Maembong, ternyata rezeki memihak pada Kamal Adli kerana berjaya menjadi Juara Super Spontan Superstar 2017. Di Final Super Spontan Superstar 2017 itu kelihatan juga Emma Maembong berada disitu untuk memberikan sokongan. Mungkin mereka dah berbaik – baik agaknya, yela bercinta bertahun – tahun memang sayanglah kalau putus di tengah jalan kan. Kamal Adli juga berjaya membuktikan bahawa pelakon juga boleh menjuarai pertandingan lawak spontan tersebut, yang sebelum ini didominasi oleh para pelawak saja. Malah kelihatan tidak ramai artis yang dari kalangan pelakon mahu pun penyanyi berani untuk bersaing di pentas Super Spontan ini. Sebenarnya dari Super Spontan musim lalu lagi dah nampak yang Kamal Adli memang pandai bermain game dan permainan yang ada dalam Super Spontan ini. Cuma tahun lalu, rezeki tak memihak padanya apabila tersingkir di semi final.

Berbeza pada tahun ini, title juara menjadi milik Kamal Adli, tahniah buat Kamal Adli. Selain masuk pertandingan Super Spontan Superstar 2017 ini, bekas juara Hero Remaja ini juga memang aktif berlakon. Aku juga suka tengok drama – drama lakonan Kamal Adli ini antaranya drama Pergilah Air Mata dan paling terbaru adalah Drama Duda Pujaan Dara yang dah tamat disiarkan di Astro baru – baru ini. Malah filem lakonannya bersama Tiz Zaqyah turut keluar di pawagam tahun ini iaitu Kolestrol VS Cinta.  Apa pun ketika drama Duda Pujaan Dara tengah hangat disiarkan di Astro, aku menjadi salah seorang penonton setia drama tersebut. Aku suka dengan gandingan Kamal Adli bersama Zahirah Macwilson dalam Drama Duda Pujaan Dara itu kerana gandingan mereka berdua sangat serasi dan sepadan. Tak sangka pula selepas habis drama itu, Kamal Adli terlibat dalam kontroversi, malah nama Zahirah Macwilson juga turut terkait sekali dan akhirnya menyaksikan Kamal dan Zahirah bergaduh.  Nasib baik Zul Ariffin  tak bagi apa – apa statement pada media, kalau tidak keadaan pasti akan jadi lebih teruk.  Zul Ariffin releks dan cool saja.

Aku sebenarnya tak tahu sangat apa punca sebenar yang buatkan hal ini menjadi kontroversi tapi aku harapkan semuanya akan selesai dengan cara baik. Buang yang keruh ambil yang jernih dan semoga kedua – dua pasangan tersebut iaitu Emma dan Kamal serta Zahirah dan Zul akan ke jinjang pelamin nanti. Berbalik pada Super Spontan, aku suka tengok interaksi Kamal Adli dan Zizan Razak, diorang berdua nampak okey, cool dan gila – gila. Sebelum ini ramai yang ingat Kamal dan Zizan tak boleh digandingkan, tapi bila tengok diorang slumber saja main game sama – sama serta bergurau senda di atas pentas itu, seolah – olah tiada apa yang berlaku membuatkan mereka berdua nampak professional dan  sweet together hahaha. Selain Kamal dan Zizan, kehadiran Johan disitu turut mengubat kerinduan peminat yang merindukan Jozan. Kalau bab – bab sweet ini, siapa boleh lawan Jozan, aku harap Jozan juga boleh buat show  sama – sama di TV seperti Jozan Show yang pernah disiarkan dulu, atau pun ala – ala Sepahtu Reunion Live tu. Baru best dapat tengok tiap – tiap minggu, kan. Apa pun tahniah buat semua finalis dan pemenang Super Spontan Superstar 2017.

Gambar di atas credit to Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post