24 Sep 2018

Sinopsis Telemovie I Heart You Cik Yah




I Heart You Cik Yah, Telemovie, Telefilem, 2018, Poster, Slot Citra Exclusive, Telemovie I Heart You Cik Yah, Sinopsis I Heart You Cik Yah, Pelakon Telemovie I Heart You Cik Yah, Kamal Adli, Siti Saleha, Nasha Aziz, Cinta,
Sinopsis Telemovie I Heart You Cik Yah

Telefilem I Heart You Cik Yah sudah pun disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra dan Mustika HD pada 22 September yang lalu. Antara pelakon telemovie I Heart You Cik Yah ini adalah Kamal Adli, Siti Saleha, Nasha Aziz, Amyza Aznan, Ikhram Ruzzaman, Tiz Zaqyah, Fezrul Khan dan ramai lagi. Manakala Ungku Ismail Aziz menjadi pengarah telemovie ini. Nampaknya kali ini Ungku Ismail tak berlakon sekali sebab hanya mengarah saja, apa pun Siti Saleha dan Ungku Aziz ini dah pernah berlakon sekali dalam drama Bila Aidil Ada Fitri yang disiarkan di Astro Oasis pada bulan puasa yang lalu. Nasha Aziz pegang watak jahat sikit dalam telemovie ini hehehe, manakala jalan cerita telemovie I Heart You Cik Yah ini agak simple tapi bolehlah nak layan tu kan. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie I Heart You Cik Yah

Mengisahkan tentang Kef (Kamal Adli) dan Cik Yah (Siti Saleha) yang tidak sehaluan dan sering bertengkar kerana tak puas hati antara satu sama lain. Namun mereka terpaksa bekerjasama kerana ingin menyelamatkan kilang tempat mereka bekerja daripada ditutup oleh pihak atasan. Keadaan di kilang makin kucar - kacir dan apa yang dirancangkan mereka serba tidak menjadi, ketika wakil pihak atasan iaitu Alexandria (Nasha Aziz) datang melawat kilang berkenaan. Alexandria tidak selesa berada di kilang tersebut tapi dalam masa yang sama terpikat pula dengan kekacakkan Kef. Alexandria menawarkan pekerjaan baru pada Kef di syarikat utama yang terletak di Kuala Lumpur.
I Heart You Cik Yah, Telemovie, Telefilem, 2018, Poster, Slot Citra Exclusive, Telemovie I Heart You Cik Yah, Sinopsis I Heart You Cik Yah, Pelakon Telemovie I Heart You Cik Yah, Kamal Adli, Siti Saleha, Nasha Aziz, Cinta,
Hal tersebut membuatkan Kef berbelah bahagi kerana dia telah mula menyayangi Cik Yah yang merupakan rakan sekerjanya itu. Manakala Cik Yah juga sedih dan tak mampu nak menghalang Kef dari bekerja di KL. Akhirnya Kef bekerja di Kuala Lumpur dan turut bercinta dengan Alexandria, walaubagaimanapun Keif terkejut bila kilang di Muar yang merupakan tempat kerja lamanya akan ditutup juga dan membuatkan Kef cuba mencari jalan untuk menghalang. Cik Yah yang tiba - tiba muncul disitu membuatkan Kef sedikit terkejut. Namun Cik Yah datang dengan persediaan lengkap mengenai rancangannya untuk memajukan kilang tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?.

1 ulasan:



My Random Post