5 Dis 2017

Sinopsis Drama Korea - Save Me

Korean Drama Synopsis - Save Me, Sinopsis Drama Korea - Save Me, Pelakon - Pelakon Drama Korea Save Me, Taecyeon, Seo Ye Ji, Woo Do Hwan, David Lee, Ha Hoe Jung, Cho Seong Ha, Jung Hae Kyun, Yun Yoo Sun, Park Ji Young, Jo Jae Yun, Son Byung Ho, Ending Save Me,
Korean Drama Synopsis - Save Me

Kali ini aku nak share Sinopsis Drama Save Me pula, Drama Korea Save Me ini mempunyai 16 episod dan habis disiarkan pada 24 September 2017 yang lalu. Pelakon - Pelakon Drama Korea Save Me ini adalah Taecyeon, Seo Ye Ji, Woo Do Hwan, David Lee, Ha Hoe Jung, Cho Seong Ha, Jung Hae Kyun, Yun Yoo Sun, Park Ji Young, Jo Jae Yun, Son Byung Ho dan ramai lagi. Drama Save Me ini merupakan antara drama favorite aku pada tahun 2017 ini disebabkan jalan ceritanya yang unik, menarik dan suspen. Apa pun jom tengok sinopsis K - Drama Save Me ini dibawah ye, Selamat Membaca.

Sinopsis Save Me (Korean Drama)

Mengisahkan Sang Mi (Lakonan Seo Ye Ji) dan keluarganya yang terdiri daripada ayahnya, ibunya serta abang kembarnya yang tak seiras yang bernama Sang Jin baru saja berpindah dari Seoul ke Moojin. Mereka orang susah, namun merupakan keluarga yang bahagia. Bapa Sang Mi iaitu Im Joo Ho mendapat kerja di ladang haiwan ternakan dan mereka sekeluarga tinggal di kawasan berkenaan. Baek Jung Ki (lakonan Cho Seong Ha) merupakan ketua / orang penting dalam gereja di kawasan tersebut, dia juga sangat dipuja dan dihormati oleh masyarakat di situ. Namun tiada siapa tahu yang Baek Jung Ki ini sebenarnya sangat jahat, dia mempunyai niat yang tidak baik pada Sang Mi serta cuba berbuat baik dengan keluarga Sang Mi supaya mereka semua terhutang budi padanya dan membolehkan dirinya untuk memiliki Sang Mi yang cantik itu. Selain itu abang Sang Mi iaitu Sang Jin sentiasa dibuli oleh pelajar nakal dan jahat di sekolah baru mereka. Sang Jin juga tempang dan sentiasa rendah diri membuatkan dirinya lebih mudah menjadi mangsa buli



Sang Jin dibuli dengan sangat teruk dan secara terbuka, ketika dirinya dan Sang Mi dibuli di kantin sekolah, Han Sang Hwan lakonan (Taecyeon) dan juga Seok Dong Cheol lakonan (Woo Do Hwan) menolong mereka. Dengan campurtangan Han Sung Hwan, pelajar jahat tersebut terpaksa berhenti dari membuli Sang Jin itu buat seketika, kerana mereka tidak mahu mencari masalah dengan Han Sang Hwan, kerana Han Sang Hwan adalah anak Gabenor di tempat mereka itu. Sang Mi berasa tidak sedap hati dan dapat mengagak niat jahat Baek Jung Ki itu namun dia tidak dapat berbuat apa - apa kerana ibu bapanya dah begitu terhutang budi. Tak lama lepas itu Sang Jin dibuli lagi dengan lebih teruk lagi di atas bangunan sekolah. Sang Mi cuba meminta bantuan Hang Sang Hwan dan Dong Cheol sekali lagi. Namun Han Sang Hwan enggan menolong Sang Mi kerana ayahnya telah memintanya untuk tidak berbuat masalah lagi di sekolahnya itu, dan mencalarkan reputasi ayahnya, kerana ayahnya akan bertanding dalam pilihanraya tidak lama lagi. Walaubagaimanapun Dong Cheol tetap cuba membantu Sang Mi. 

Dalam pergelutan dan pergaduhan mereka di atas bangunan sekolah berkenaan, Sang Jin akhirnya cuba membunuh diri dengan terjun dari atas bangunan sekolah terbabit. Sang Jin koma kemudiannya mati. Hal ini membuatkan keluarga Sang Mi sedih, manakala Mak Sang Mi menjadi kemurungan serta menjadi tidak waras kerana tidak dapat menerima kematian Sang Jin. Han Sang Hwan berasa sangat bersalah pada Sang Mi dan juga pada Dong Cheol kerana tidak membantu mereka. Bapa Sang Mi yang terdesak mula terpengaruh dengan ideologi ajaran sesat Baek Jung Ki itu, lalu mula menjadi obses dan juga fanatik pada ajaran tersebut. Sang Mi juga dipaksa untuk berkhidmat di gereja itu, Sang Mi cuba lari dari tempat berkenaan namun sentiasa tidak berjaya kerana dirinya dikawal ketat. Selama 3 tahun Sang Mi terpaksa bersabar dengan kelakuan ayahnya yang jadi obses pada ajaran sesat tersebut, manakala ibunya pula sentiasa lemah dan meracau. Suatu hari secara tidak sengaja, Van yang dinaiki Sang Mi mengalami kemalangan kecil dengan motor Han Sang Hwan serta rakan - rakannya. Han Sang Hwan tahu dan yakin Sang Mi berada dalam van berkenaan dan meminta pertolongannya dalam diam.

Melihat pada situasi dan gelagat Sang Mi, dia yakin yang Sang Mi sedang meminta pertolongannya, hal ini membuatkan Hang Sang Hwan dan rakan - rakannya cuba menyiasat seluruh geraja berkenaan. Akhirnya Han Sang Hwan mula sedar ada benda yang tak kena di situ dan cuba membuat rancangan untuk menyelamatkan Sang Mi. Keadaan makin menarik bila Dong Cheol juga turut join membantu Sang Mi nanti. Apa yang bakal berlaku seterusnya?,

1 ulasan:

  1. menarik jalan ceritanya....lain dari yg lain, ada ajaran sesat..

    BalasPadam



My Random Post