4 Ogo 2018

Sinopsis Filem Televisyen - The Hantus




The Hantus, FTV, Filem TV, Filem Televisyen The Hantus, 2018, Astro First, Komedi Seram, Sinopsis The Hantus, Senarai Pelakon Filem TV The Hantus, The Hantus Cast, Alif Satar, Faizal Hussein, Khatijah Tan, Hannah Delisha, Namron, Mimi Lana, Poster, Nabil Ahmad, OST The Hantus, Kugiran Masdo, Lagu Pesta Muda - Mudi, Watak Dalam Filem TV The Hantus, Fami, Dhiya, Kak Pon, Abang Volkswagen Kuning, Cinta,
Sinopsis Filem Televisyen (FTV) - The Hantus

The Hantus adalah Filem TV / Filem Televisyen (FTV) yang sudah disiarkan di Astro First Eksklusif bermula 15 Jun 2018 yang lalu bersempena dengan hari raya Aidilfitri. Antara Pelakon The Hantus ini adalah Alif Satar, Faizal Hussein, Khatijah Tan, Hannah Delisha, Namron, Mimi Lana dan ramai lagi. Manakala Nabil Ahmad menjadi penulis skrip, penerbit dan juga pengarah bersama untuk filem tv The Hantus ini dan filem tv ini bergenre komedi seram. Aku suka dengan semua barisan pelakon filem tv The Hantus ini, semua watak sesuai dengan para pelakonnya dan Nabil sendiri memang menginginkan sangat untuk Alif Satar dan Faizal Hussein berlakon dalam cerita The Hantus ini, malah Nabil juga sanggup menunggu sehingga mereka berdua dapat berlakon dalam FTV The Hantus ini. Di permulaan cerita The Hantus ini akan memfokuskan tentang kisah Din Pekak dan bagi aku kisah Din Pekak ni biasa saja. Jalan cerita mula menarik bila Fami bertemu dengan abang Volkswagen Kuning, Kak Pon, Dhiya dan watak - watak lain. Apa pun agak tragis kisah hidup Dhiya itu yang akan mengalami kemalangan yang teruk bila tiba hari lahirnya. Manakala Fami pula agak sweet, baik hati dan lurus bendul orangnya namun akhirnya dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Cinta. Apa pun jom tengok sinopsis The Hantus ini di bawah okey.




Sinopsis Filem Televisyen (FTV) - The Hantus

‘The Hantus’dihasilkan dalam lima bab yang berhubung kait di antara satu sama lain. 
1. Bab Pertama yang menceritakan kisah seorang individu yang dilahirkan pekak dan bisu, ‘Din Pekak’. Beliau yang bekerja sebagai seorang pemandu bas ekspres telah terlibat dalam kemalangan ngeri ketika membawa penumpang dari Genting Highlands, melalui lebuh raya Karak. Kemalangan tersebut telah menyebabkan semua penumpang termasuk pemandu terkorban di tempat kejadian kecuali Fami (lakonan Alif Satar). Fami, ‘terjaga’ dalam keadaan berlumuran darah dan mendaki bukit menuju ke jalan besar untuk meminta bantuan.


2. Bab Kedua pula menampilkan kisah ‘Abang Volkswagen Kuning’, yang diinspirasikan dari sebuah kisah misteri yang dikatakan sering menganggu pengguna jalan raya yang melalui lebuh raya Karak. Fami yang terlibat dalam kemalangan sebentar tadi telah melambai tangan dan menjerit meminta bantuan kereta-kereta yang memandu melepasi lebuh raya tersebut, namun tiada satu pun berhenti untuk membantu. Sehinggalah sebuah Volkswagen Kuning berhenti di bahu jalan, menghampiri Fami. Pemandu Volkswagen Kuning tersebut (lakonan Faizal Hussein) merupakan jelmaan atau hantu, namun Fami tidak menyedarinya. Sama seperti beliau tidak menyedari yang beliau kini berada di ‘persimpangan’ di antara dua kehidupan; dunia dan alam barzakh.

3. Abang Volkswagen kemudiannya membawa Fami ke satu tempat dan memperkenalkan beliau dengan ‘rakan-rakannya’, yang mana salah seorang darinya adalah ‘Kak Pon’ atau Pontianak (lakonan Khatijah Tan), yang diinspirasikan dari cerita ‘Hantu Kak Limah’. Bab Ketiga menceritakan momen gembira Fami bersama ‘rakan-rakan barunya’ ini di sebuah taman yang digambarkan seakan-akan taman tema pertama di Malaysia, ‘Taman Mimaland’ yang dikatakan berhantu kerana pelbagai perkara misteri berlaku di situ sejak ianya ditutup pada tahun 1994.



4. Di situ, Fami berkenalan dengan ‘Dhiya’ (lakonan Hannah Delisha), Babak Keempat ‘The Hantus’. Dhiya merupakan seorang gadis cantik yang terlibat dalam kemalangan tragik dan mengalami kematian otak. Fami mula menyukai Dhiya dan mereka kemudiannya jatuh cinta. Secara kebetulan, Fami dan Dhiya kini perlu sentiasa bersama kerana Dhiya dilihat akan jatuh pengsan setiap kali Fami berada jauh darinya. Fami juga kerap diserang sakit di bahagian hatinya, tanpa sebarang sebab. Setelah mengenali Dhiya dengan lebih rapat lagi, Fami kini mendapat tahu bahawa Dhiya merupakan penyumbang organ hati untuk beliau. Hati Fami telah mengalami kerosakan sepenuhnya oleh kerana kemalangan nahas yang dialaminya.

5. Babak Kelima pula menyorot kembali kisah ‘Fami’ sendiri dan bagaimana beliau berada di dalam bas ekspres yang dipandu Din Pekak sehingga terlibat dalam kemalangan dan jatuh ke dalam gaung, sehingga bermulalah ‘perjalanan misteri’ beliau ke alam ghaib.


Lagu Tema / OST The Hantus
➔ Pesta Muda - Mudi nyanyian Kugiran Masdo

2 ulasan:



My Random Post