11 Feb 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Shakira - Slot Akasia TV3



Drama Shakira, Drama Shakira Episod 1 Hingga 28 Full Episode - Slot Akasia TV3, Drama Shakira Full Episod, Sinopsis Penuh Drama Shakira, Info dan Sinopsis Drama Shakira, Poster Drama Shakira, Shakira Cast, Drama Akasia TV3, Pelakon - Pelakon Drama Shakira, Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar,

Drama Shakira adalahd rama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Kisah Cinta Kita yang telah tamat episodnya. Drama Shakira ini sudah mula bersiaran di tv3 sejak 5 Januari 2022 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Shakira ini adalah Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar, Syerinie Myra, Ikhwan Khairudin, Nada Nur Syuhada, Wan Raja, Marisa Yasmin, Edika Yusof, Ramona Zamzam, Wan Nor Azlin dan ramai lagi. Selain itu drama Shakira ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman serta diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus para pelakon utama drama ini popular belaka gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Shakira ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Janna Nick sebagai Shakira 
Shukri Yahaya sebagai Amir
Khai Bahar sebagai Irdi
Syerinie Myra sebagai Anita
Ikhwan Khairudin sebagai Shidi
Nada Nur Syuhada sebagai Hanisah
Wan Raja sebagai Zakuan
Marisa Yasmin sebagai Makcik Aida
Edika Yusof sebagai Tuan Rizal
Ramona Zamzam sebagai Kartini
Wan Nor Azlin sebagai Kalsom
Melissa Wafa sebagai Yanie
Fathil Dani sebagai Dani 
Halimah Naim sebagai Mak Leha 
Aishah Sudin sebagai Kak Zah




Sinopsis Penuh Drama Shakira Lakonan Janna Nick, Shukri Yahaya dan Khai Bahar Slot Akasia TV3

Kehidupan Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) bukan mudah sejak dari kecil. Dua beradik yatim piatu menumpang teduh di rumah Makcik Aida (Marisa Yasmin), adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri dan sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka. Selepas Hanisah tamat pengajian dan baru mula bekerja, dia telah bercinta dengan Zakuan (Wan Raja). Walaupun hanya dua bulan berkenalan, Hanisah telah berkahwin dengan Zakuan atas rancangan Makcik Aida. Makcik Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk biayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan. Apabila Shakira mendapat tahu duit itu telah dijadikan modal perniagaan Zakuan, dia mula menjadi buskers untuk membiayai yurannya. Zakuan terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. 
Drama Shakira, Drama Shakira Episod 1 Hingga 28 Full Episode - Slot Akasia TV3, Drama Shakira Full Episod, Sinopsis Penuh Drama Shakira, Info dan Sinopsis Drama Shakira, Poster Drama Shakira, Shakira Cast, Drama Akasia TV3, Pelakon - Pelakon Drama Shakira, Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar,
Sejak itu, Hanisah mula mengalami gangguan mental. Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej dan menjadi buskers sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar). Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama live band di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Dalam diam, Irdi menyukai Shakira tapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Irdi masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya. Dalam diam, Shakira juga semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya). Amir seorang lelaki yang nampak serius tetapi berubah menjadi ceria setelah berkenalan dengan Shakira. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri. Empat tahun yang lalu, Amir patah hati setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Anita. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan abang iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Shakira

👄👄 Demi Cinta Ini nyanyian Tomok dan Fatin Afeefa 

Tonton Online Drama Shakira Episod 1 - Episod 28 (Akhir)
https://www.iq.com/play/qceoy1zl6p?&lang=ms_my&sh_pltf=4



Read More

10 Feb 2022

Drama Suamiku Lelaki Pendosa Lakonan Aaron Aziz (TV3)



Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Poster Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Drama Suamiku Lelaki Pendosa Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Baca Online Novel Imamku Lelaki Pendosa, Drama Suamiku Lelaki Pendosa Full Episode, Suamiku Lelaki Pendosa Cast, Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Pelakon - Pelakon Drama Suamiku Lelaki Pendosa, Drama Baru Aaron Aziz,

Drama Suamiku Lelaki Pendosa akan mula bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 9/2/2022 bagi menggantikan Drama Kau Cipta Kasih setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Antara pelakon Drama Suamiku Lelaki Pendosa ini adalah Dato Aaron Aziz, Sophia AlBarakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Fiza Thomas dan ramai lagi.  Nampak macam best je drama ini kan, selain itu drama 28 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
Sophia AlBarakbah sebagai Cahaya Malaika
Shima Anuar sebagai Anggun Dania
Gambit Saifullah sebagai Izfairin 
Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
Maria Farida sebagai Datin Junaidah
Aleza Shadan sebagai Wahidah
Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
Faez Malek sebagai Jerry
Fiza Thomas sebagai Maya
Kael sebagai Nik Safri
Annie Mosha sebagai Balqis




Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa Lakonan Aaron Aziz dan 
Sophia AlBarakbah (Slot Samarinda TV3)

Mengisahkan Dean Ilyas yang tampak sempurna namun cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika. Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf! Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain? Tiba-tiba ibu Dean Ilyas beriya-iya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah. Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia. 

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam. Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya. Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?

Lagu Tema / OST Drama Suamiku Lelaki Pendosa
👄👄 Fasa nyanyian Hazama Feat Tuju

Tonton Online Drama Suamiku Lelaki Pendosa Full Episode 

Selain dari menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online dengan waktu lebih awal di platform penstriman Disney+ Hostar menerusi www.hotstar.com atau di aplikasi mobile langganan sebanyak RM54.90 untuk 3 bulan.

Baca Online Novel Imamku Lelaki Pendosa Bab 1 Hingga Bab 4

Pada yang suka baca novel online ni, korang boleh baca beberapa bab awal novel karya Umie Nadzimah ini 👉 Disini..



Read More

9 Feb 2022

Telefilem Kasih Yang Ternoda Lakonan Reen Rahim dan Hisyam Hamid (Awesome TV)



Telefilem Kasih Yang Ternoda, Telemovie Kasih Yang Ternoda, Poster Telefilem Kasih Yang Ternoda, Info dan Sinopsis Telefilem Kasih Yang Ternoda, Telefilem Kasih Yang Ternoda Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Kasih Yang Ternoda, Hisyam Hamid, Reen Rahim,

Telefilem Kasih Yang Ternoda akan disiarkan pada 9 Februari 2022 ini, jam 9 malam di Awesome TV saluran 123 atau saluran 112 MyTV. Antara pelakon telefilem Kasih Yang Ternoda ini adalah Reen Rahim, Hisyam Hamid, Aisyah Shahrom, Zain Hamid dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kasih Yang Ternoda ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Kasih Yang Ternoda Lakonan Reen Rahim dan Hisyam Hamid (Awesome TV)

Hanim yang leka dengan kesenangan hidup telah diuji dengan penyakit barah. Kini dia teringat kepada anak yang telah dibuang. Ketika berusaha mendekati si anak dengan kasih sayangnya, muncul orang lain yang merebut anak itu daripada dia.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Turki Astro Prima - Love Of My Life (Hayatimin Aski)


Read More

8 Feb 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Kau Cipta Kasih (TV3)



Drama Kau Cipta Kasih, Drama Kau Cipta Kasih Full Episode, Poster Drama Kau Cipta Kasih, Info dan Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih, Kau Cipta Kasih Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kau Cipta Kasih, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Uyaina Arshad, Drama Melayu 2022, Drama Slot Samarinda TV3,

Drama Kau Cipta Kasih adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 13 Januari 2022 yang lalu. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Kau Cipta Kasih ini adalah Nazim Othman, Uyaina Arshad, Amanda Amry, Fify Azmi, Nafiz Muaz, Amanda Amry, Sherie Merlis, Sahronizam, Ikhram Juhari, Nynaa Harizal, Izuan Razali dan ramai lagi. Drama Kau Cipta Kasih ini mempunyai 15 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Kau Cipta Kasih karya Azilah Wahab. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nazir Jamaludin dan diterbitkan oleh  Ansar Creative Media Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, barisan pelakon pun best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kau Cipta Kasih ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Nazim Othman sebagai Afiq
Uyaina Arshad sebagai Khadijah
Fify Azmi sebagai Ramlah
Nafiz Muaz sebagai Idris
Amanda Amry sebagai Hasnah
Sahronizam sebagai Samad
Sherie Merlis sebagai Sabariah
Ikhram Juhari sebagai Haris
Nynaa Harizal sebagai Nelly
Izuan Razali sebagai Rashid




Sinopsis Penuh Drama Kau Cipta Kasih Lakonan Nazim Othman dan Uyaina Arshad - Slot Samarinda TV3

Mengisahkan Samad (Sahronizam) dan Sabariah (Sherie Merlis) yang disatukan atas paksaan keluarga mereka. Perkahwinan paksa ini telah memudaratkan hubungan Sabariah dengan Samad. Sabariah membenci anak-anaknya kerana dia tidak mencintai Samad yang sering mengasarinya. Idris (Nafiz Muaz) dilahirkan dengan kecacatan di kaki. Dia dibenci dan tidak diakui sebagai anak oleh Samad dan Sabariah. Dia dibesarkan oleh Opah Piah dan Atuk Mat setelah dibuang oleh ibu bapa sendiri. Walaupun kaki tempang, Idris diajar berdikari dan bekerja sejak kecil. Dia seorang yang rajin bekerja, taat pada agama dan hormat kepada orang tua. Opah Piah telah menghadiahkan tanah ladang dan tapak rumah pusaka kepadanya. Ramlah (Fify Azmi) seorang yang sangat bijak dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan Idris. Dia amat menyayangi Khadijah, kakak sulung kepada empat beradik ini yang menjaganya sejak kecil. Ramlah tidak pernah berputus harapan untuk merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya.


Hasnah (Amanda Amry), anak bongsu kepada pasangan Sabariah dan Samad sangat naif dan percaya bahawa Samad menyayanginya. Hasnah juga manja dengan Khadijah dan menganggapnya sebagai ibu. Ketika di Tingkatan 5, Hasnah bercinta dengan rakan sekampungnya dan berkeras mahu berkahwin dengannya selepas SPM walaupun mendapat tentangan daripada Samad. Sabariah pula bersetuju dengan perkahwinan Hasnah kerana sudah tidak mahu menanggung anaknya itu. Khadijah (Uyaina Arshad), anak sulung kepada Samad dan Sabariah sanggup berkorban dengan menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika usia masih muda. Khadijah sering menjadi mangsa kemarahan ibunya. Akibat satu kejadian, Khadijah telah dihalau keluar oleh ibunya walaupun Khadijah telah memberitahu apa yang sebenarnya telah berlaku. Khadijah melarikan diri dan terjumpa dengan Afiq (Nazim Othman), anak kepada seorang usahawan yang berjaya. Sejak itu, perjalanan hidup Khadijah mula berubah. Adakah Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah dapat menemui kebahagiaan selepas dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup mereka? 


Lagu Tema / OST Drama Kau Cipta Kasih

👄👄 Pasrah nyanyian Sarah Suhairi 


Sinopsis Novel Kau Cipta Kasih karya Azilah Wahab


Idris - Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah. 
Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.
Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!
Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...
Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

Tonton Online Drama Kau Cipta Kasih Full Episode
Selain di kaca TV korang juga boleh menonton drama ini di platform online Disney + Hotstar



Read More

Drama Turki Astro Prima - Love Of My Life (Hayatimin Aski)



Drama Turki Love Of My Life, Drama Turki Hayatimin Aski, Turkish Drama Hayatimin Aski, Turkish Drama Love Of My Life, Drama Turki Love Of My Life Siaran Astro Prima, Poster Drama Turki Hayatimin Aski, Hayatimin Aski Cast, Hayatimin Aski Synopsis,

Turkish Drama In The House..sekarang ni setiap stesen TV mesti akan tayang satu dua drama Turki kan. Sejujurnya aku jarang tengok drama Turki ni, so nama pelakon pun memang tak kenal. Last drama Turki yang aku tengok adalah Magnificent Century hehehe, tu pun tak tengok semua episod, malas nak sambung gitu. Apa pun memang tak dinafikan para pelakon Turki memang handsome dan cantik belaka kan. So drama Turki Love Of My Life (Hayatimin Aski) ini disiarkan di Astro Prima bermula 31 Januari 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Turki Hayatimin Aski ini adalah Hande Dogandemir, Serkan Cayoglu, Berk Hakman, Zafer Algoz, Hilal Altinbilek, Ilay Erkok, Yonca Evcimik, Zeynep Eronat dan ramai lagi. Drama Turki Hayatimin Aski / Love Of My Life ini bergenre romantik komedi dan jalan ceritanya juga tidak berbelit, simple and sweet gitu hahaha. Jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Turki Love Of My Life (Hayatimin Aski) - Astro Prima

Mengisahkan Gokce Senkal (Hande) yang sudah berusia 30-an namun masih lagi bujang. Rakan - rakannya kebanyakkannya sudah pun berkahwin mahu pun mempunyai teman lelaki. Berbeza dengan dirinya yang selesa bujang dan tak kisah pasal semua itu. Dalam masa yang sama Gokce sebenarnya ada hati dengan Demir Cerrahoglu (Serkan Cayoglu) yang merupakan bossnya serta pemilik Agensi 275 iaitu syarikat tempatnya bekerja. Ketika berjumpa dengan kawan - kawannya, dirinya dijadikan bahan sindiran dan ejekan mereka kerana dirinya masih belum berkahwin. Gokce yang berasa marah terus menipu mereka yang dirinya sudah pun mempunyai kekasih bernama Demir. 
Drama Turki Love Of My Life, Drama Turki Hayatimin Aski, Turkish Drama Hayatimin Aski, Turkish Drama Love Of My Life, Drama Turki Love Of My Life Siaran Astro Prima, Poster Drama Turki Hayatimin Aski, Hayatimin Aski Cast, Hayatimin Aski Synopsis,
Sejak dari itu Gokce berazam untuk memikat dan mengorat Demir Cerrahoglu yang juga majikannya. Walaubagaimanapun semua usaha Dokce untuk menambat hati Demir gagal. Tak lama kemudian Gokce mula rapat dengan Kaan (Berk Hakman) dan Gokce mula meminta nasihat dan tips dari Kaan untuk memikat Demir. Namun Gokce tak tahu yang Kaan juga meminati dirinya dalam diam, malah Kaan juga turut mengenali Demir. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Berjayakah Gokce dengan misinya untuk memikat Demir itu? apa hubungan Demir dan Kaan?, adakah Kaan akan meluahkan perasaannya pada Gokce?.



Read More

7 Feb 2022

Telefilem Sebalik Hati Lakonan Nazeera Sardi (TV2)



Telefilem Sebalik Hati (TV2), Telemovie Sebalik Hati, Telefilem TV2, Slot Drama On 2, Info dan Sinopsis Telefilem Sebalik Hati, Telefilem Sebalik Hati Full, Sebalik Hati Telemovie, Sebalik Hati Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Sebalik Hati, Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Shiqin Kamal,

Telefilem Sebalik Hati akan disiarkan di slot Drama On 2 TV2 pada 7/2/2022 hari Isnin ini, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Sebalik Hati ini adalah Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Shiqin Kamal, Mahmud Alibashah, Nadia Kesuma, Nur Atika, Rahim Jailani dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sebalik Hati ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Pacific Intermax Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Sebalik Hati Lakonan Nazeera Sardi dan Mustaqim Bahadon (TV2) 

Mariam seorang pekerja yang rajin dan baik hati. Jamil amat berterima kasih pada Mariam kerana dengan bantuan Mariam dia mendapat kepercayaan Tuan Haji Rosli. Cadangan Mak Wan untuk menjodohkan Mariam dengan seorang duda anak dua ditolak oleh Mariam. Mariam juga menolak lamaran Wahid Borneo rakan baik Tuan Haji Rosli. Jauh dibenak hati Mariam dia amat mengharapkan Jamil sebagai calon suaminya. Jamil melantik Diana, seorang gadis cantik sebagai setiausahanya di pejabat. Harapan Mariam pada Jamil semakin pudar apabila dia diberitahu yang Jamil akan bertunang dengan Nurazlina. Nurazlina juga mendesak Jamil supaya memecat Mariam. Mariam mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung. Jamil hanya sedar yang Mariam menaruh hati padanya apabila diberitahu oleh Diana, anak saudaranya. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

Drama Tumpang Lalu Bang Episod 1 Hingga 28 (Akhir) Di TV9



Drama Tumpang Lalu Bang, Drama Tumpang Lalu Bang tv9, Drama Slot Diandra TV9, Info dan Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang, Sinopsis Penuh Drama Tumpang Lalu Bang, Poster Drama Tumpang Lalu Bang, Drama Tumpang Lalu Bang Full Episode, Drama Tumpang Lalu Bang Episod 1 Hingga 28 Di TV9, Pelakon - Pelakon Drama Tumpang Lalu Bang, Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Aidil Aziz, Raja Afiq, Afzan A.Rahman, Danial Dashuki, Dalimawati, Amanda Misbun, Mahmud Alibashah, Ziana Zain, Ozlynn, Drama Tumpang Lalu Bang Cast,

Drama Tumpang Lalu Bang sudah mula bersiaran di slot Diandra TV9 sejak 2/2/2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Antara pelakon drama Tumpang Lalu Bang ini adalah Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Aidil Aziz, Raja Afiq, Afzan A.Rahman, Danial Dashuki, Dalimawati, Amanda Misbun, Mahmud Alibashah, Ziana Zain dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakonnya semuanya best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tumpang Lalu Bang ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini yer..

Tomok sebagai Nizam
Kilafairy sebagai Sofiah
Black Hanifah sebagai Sobri
Aidil Aziz sebagai Sufian
Raja Afiq sebagai Syahrin
Afzan A.Rahman sebagai Syamil
Danial Dashuki sebagai Shuib
Ziana Zain sebagai Emma
Mahmud Alibashah sebagai En Latif




Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang Lakonan Tomok, Kilafairy dan Black Hanifah

Mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah. Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian (Aidil Aziz), Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki). 
Drama Tumpang Lalu Bang, Drama Tumpang Lalu Bang tv9, Drama Slot Diandra TV9, Info dan Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang, Sinopsis Penuh Drama Tumpang Lalu Bang, Poster Drama Tumpang Lalu Bang, Drama Tumpang Lalu Bang Full Episode, Drama Tumpang Lalu Bang Episod 1 Hingga 28 Di TV9, Pelakon - Pelakon Drama Tumpang Lalu Bang, Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Aidil Aziz, Raja Afiq, Afzan A.Rahman, Danial Dashuki, Dalimawati, Amanda Misbun, Mahmud Alibashah, Ziana Zain, Ozlynn, Drama Tumpang Lalu Bang Cast,
Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam. Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma (Ziana Zain) menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah?



Read More

5 Feb 2022

Telefilem Dunia Kita Berbeza (TV1)



Telefilem Dunia Kita Berbeza, Telemovie Dunia Kita Berbeza, Sinopsis Telefilem Dunia Kita Berbeza, Slot Panggung RTM TV1, Pelakon - Pelakon Telefilem Dunia Kita Berbeza, Raja Atiq, Neera Azizi, Reza Hasbi, Zulkifli Ismail, Aishah Atan, Telemovie TV1,

Telefilem Dunia Kita Berbeza Lakonan Atiq Azman dan Neera Azizi (TV1)


Telefilem Dunia Kita Berbeza akan disiarkan di slot Panggung RTM TV1 pada 5/2/2022 jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Dunia Kita Berbeza ini adalah Raja Atiq Azman, Neera Azizi, Reza Hasbi, Arfan Rashid, Zulkifli Ismail, Aishah Atan, Rahim Omar, Zainal Hayat, Zaher Lazek dan ramai lagi. Selain itu telemovie Dunia Kita Berbeza ini diarahkan oleh Malek Rahman dan diterbitkan oleh All Media Creation Sdn Bhd. Nampak macam best saja telemovie ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Dunia Kita Berbeza Lakonan 
Atiq Azman dan Neera Azizi (TV1)


Mengisahkan Azrul, seorang pemuda yang rajin bekerja dan suka membantu penduduk kampungnya. Namun dia dimusuhi oleh Man, anak ketua kampung disebabkan kebaikannya. Dalam masa sama, Azrul menaruh hati terhadap Wafa yang juga diminati oleh Man. Disebabkan itu juga Man dan kawannya Midin sering mengganggu dan memfitnah Azrul. Apa yang berlaku seterusnya?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Puaka Janda Lakonan Elly Mazlein (Astro Citra)

 ⏩⏩ Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion)

👉👉 Drama Bunga Hati Lakonan Intan Najuwa dan Redza Rosli (Astro Ria)

Read More

3 Feb 2022

Info dan Sinopsis Drama Maryam Qistina (TV Okey)



Drama Maryam Qistina, Drama TV Okey, Sinopsis Drama Maryam Qistina - TV Okey, Drama Maryam Qistina Full Episode, Maryam Qistina Cast, Pelakon Drama Maryam Qistina, Drama Baru Eleena Sui,

Drama Maryam Qistina sudah pun bersiaran di TV Okey sejak 4 Januari yang lalu setiap Selasa hingga Sabtu, jam 2.30 petang. Antara pelakon drama Maryam Qistina ini adalah Eleena Sui, Ikhram Juhari, Akhmal Nazri, Aisyah Ilias, Aida Khaleeda dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Saiful Zul - Aried Mohd Karib dan diterbitkan oleh Lockframe Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Maryam Qistina - (TV Okey)

Mengisahkan Qistina (Eleena Sui) yang merupakan seorang wanita yang kuat dalam mengharungi kehidupan sebagai wanita bekerjaya bersama suami dan anak - anaknya. Namun begitu, perjalanan hidup Qistina tidka seindah yang disangka apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan disebabkan ketamakkan dan nafsu manusia di sekelilingnya. Berjayakah Qistina menyelamatkan keluarga dan kerjayanya?,,
Drama Maryam Qistina, Drama TV Okey, Sinopsis Drama Maryam Qistina - TV Okey, Drama Maryam Qistina Full Episode, Maryam Qistina Cast, Pelakon Drama Maryam Qistina, Drama Baru Eleena Sui,
Lagu Tema / OST Drama Maryam Qistina

👄👄 Takkan Merubah nyanyian Sufian Suhaimi dan Amira Othman

Tonton Online Drama Maryam Qistina Full Episode

Selain menonton drama ini di RTM TV Okey Channel146 (Astro) dan Channel 110 (Myfreeview). Korang juga boleh menonton drama ini di portal rasmi RTM 👉👉 rtmklik

Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Info dan Sinopsis Drama Cinta Asyifa TV2

👉👉 Drama Life Lila Slot Lestary TV3

Read More

2 Feb 2022

Telefilem Forget Loving You (TV2)



Telefilem Forget Loving You (TV2), Telemovie Forget Loving You TV2, Telemovie TV2, Info dan Sinopsis Telefilem Forget Loving You, Pelakon - Pelakon Telefilem Forget Loving You,

Telefilem Forget Loving You akan disiarkan pada hari Rabu ini iaitu pada 2/2/2022, jam 9 malam di TV2 sempena sambutan Tahun Baru Cina. Antara pelakon telefilem Forget Loving You ini adalah Angeline Tan, Wilson Lee Wai Sang, Daniel Wong Chee Hong, Jacky Kam, Angel Eng Yi Yuen, Annie Chew dan ramai lagi. Selain itu telemovie Forget Loving You ini diarahkan oleh Daniel C.H. Tan. Nampak menarik kan telemovie ini, penuh dengan pengajaran gitu. Jadi jom baca sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Forget Loving You (TV2)

Lim Kang Boon dibesarkan oleh seorang ibu tunggal Wang Yi Fang yang terpaksa bekerja keras demi membesarkannya dan membahagiakannya. Oleh sebab mereka miskin, Lim Kang Boon sering diejek oleh rakan sekolah dan membuatkan dirinya memberontak, ponteng sekolah dan kerap bergaduh. Namun begitu, dia mempunyai seorang ibu, Wang Yi Fang yang sanggup berkorban demi anaknya. Tetapi, Lim selalu memburukkan ibunya sehingga ibunya berkecil hati. Akhirnya Wang Yi Fang terlibat kemalangan dan koma akibat penat bekerja. Sejak dari itu segalanya berubah, Lim Kang Boon mula sedar mengenai kasih sayang dan pengorbanan ibunya. Lim Kang Boon bertekad akan berubah dan menjadi anak yang baik pada ibunya itu dan menunggu Wang Yi Fang sedar dari koma. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

Info dan Sinopsis Drama Cinta Asyifa TV2 (Sinetron Indonesia)



Drama Cinta Asyifa, Sinetron Indonesia Cinta Asyifa, Poster Drama Cinta Asyifa, Sinopsis Drama Cinta Asyifa, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Asyifa, Cinta Asyifa Cast, Drama Cinta Asyifa Full Episode, Watak - Watak Pelakon Drama Cinta Asyifa,

Mengambil tempat menggantikan drama bersiri Korea, “Black” yang bakal berakhir pada 17 Januari depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menambah pilihan program luar negara dalam slot Asean Screen On 2 di TV2 dengan sinetron kekeluargaan Indonesia bertajuk “Cinta Asyifa”.Menemui penonton mulai 18 Januari ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 8.00 malam di TV2. Drama Cinta Asyifa ini mempunyai 26 episod dan pelakon - pelakon drama Cinta Asyifa ini adalah Dea Annisa, Eza Gionino, Queen Gendis, Citra Anggun, Rommy Sulastyo, Aldy Taher, Cemen, Merdianti Oktavia, Wawan Wanizar, Nabila Bintang, Adinda Putri dan ramai lagi. Nampak menarik juga Sinetron Indonesia Cinta Asyifa ini kan, Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cinta Asyifa ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Dea AnnisaAsyifa
Eza GioninoTristan
Queen GendisNabila
Citra AnggunNatasya
Rommy SulastyoPrabu
Aldy TaherFaizal
Merdianti OktaviaRachel
CemenCemen
Wawan WanizarMarbun
Firdha KusslerSaidah
Tahta PerlawananKarim
Nabila BintangSyahrani
Adinda PutriNaysilla



Sinopsis Drama Cinta Asyifa (TV2) 

Mengisahkan tentang seorang gadis cantik bernama Asyifa yang sentiasa ditemani sahabat karibnya, Cemen (Mas Cemen) yang rupa-rupanya dalam diam menaruh hati padanya.Setiap hari Syifa keluar memungut barang yang dianggap masih berguna ditempat pelupusan sampah untuk dijual. Segalanya dilakukan demi memenuhi keperluan untuk membiayai perubatan ibunya yang sakit juga menanggung adiknya yang masih kecil iaitu Nabila. Syifa mempunyai pak cik iaitu Faizal dan adiknya Syahrani yang hakikatnya bukan mahu membantu kehidupan mereka sebaliknya selalu menyusahkan Syifa. Suatu hari, Asyifa bertemu dengan Tristan anak hartawan yang sedang patah hati kerana dikhianati kekasihnya, Rachel. Pertemuan pertama mereka menimbulkan salah faham antara Tristan dan Syifa yang membuat Tristan sangat membenci Syifa. Namun, takdir menentukan Syifa akhirnya masuk ke dalam keluarga Tristan. Ayah Tristan iaitu Pak Prabu sangat ingin menjadikan Syifa sebagai anak angkatnya. Namun, keinginannya itu mendapat tentangan hebat daripada isteri Pak Prabu dan juga Tristan sendiri. 

Drama Cinta Asyifa, Sinetron Indonesia Cinta Asyifa, Poster Drama Cinta Asyifa, Sinopsis Drama Cinta Asyifa, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Asyifa, Cinta Asyifa Cast, Drama Cinta Asyifa Full Episode, Watak - Watak Pelakon Drama Cinta Asyifa,

Masa berlalu Tristan mula menyedari dirinya tertarik dan jatuh cinta pada Syifa. Tristan pun mula berusaha mendekati dan memberi perhatian pada Syifa. Hal ini membuat Ibu Tristan sangat marah dan berusaha menghalang hubungan mereka kerana mereka orang kaya dan Syifa adalah orang miskin. Namun, rupanya Syifa juga menyimpan perasaan terhadap Tristan. Di lain sisi rupanya Zidan, adik Tristan pun juga memendam perasaan kepada Syifa. Bermula dari rasa simpati melihat Syifa yang selalu menjadi mangsa hinggalah timbul rasa cinta. Namun apakah daya, cinta Syifa kepada Tristan sangat kuat, meskipun berkali-kali Tristan menyakitinya. Syifa berada dalam dilem cinta tiga segi. Namun dia tidak mahu menyerah. Dia berusaha untuk  memperjuangkan cintanya meskipun dia tahu semua itu akan menyakitkan. Apa yang berlaku seterusnya?..dan bagaimanakah kesudahan kisah cinta Syifa kepada Tristan? Bagaimana pula dengan cinta terpendam Zidan kepada Syifa? Apakah pula nasib Faizal dan Syahrani setelah Syifa tinggal bersama Tristan?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama 4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria)

⏩⏩ Drama Bunga Hati Lakonan Intan Najuwa dan Redza Rosli (Astro Ria)

👉👉 Drama Life Lila Slot Lestary TV3

Read More


My Random Post