2 Feb 2019

Baca Online Novel Dia Menantu Rahsia




Dia Menantu Rahsia, Novel Dia Menantu Rahsia, Karya Indah Hairani, Drama Adaptasi Novel, Drama Dia Menantu Rahsia, Sinopsis Drama Dia Menantu Rahsia, Drama Melayu, Drama Bersiri 28 Episod, Slot Akasia, TV3, 2019, Drama Slot Akasia TV3, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Dia Menantu Rahsia, Novel Online Dia Menantu Rahsia, Baca Online Novel Dia Menantu Rahsia Bab 1 Hingga Bab 11, Poster Drama Dia Menantu Rahsia, Cast, Pelakon Drama Dia Menantu Rahsia, Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Raja Hakim, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Nizam Kama, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Zulhamizam, Wilma Muhammad, Ainaa Azhari, Aida Khalida, Pauline Tan,
Baca Online Novel Dia Menantu Rahsia (Drama Adaptasi Novel)

Novel Dia Menantu Rahsia karya novelis Indah Hairani telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 29 Januari yang lalu. Drama Dia Menantu Rahsia ini disiarkan bagi menggantikan drama Pujaan Hati Kanda. Hero dan Heroin drama Dia Menantu Rahsia ini adalah Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose, rasanya kalau tak silap aku ini kali pertama mereka bergandingan gitu. Apa pun jom tengok Senarai Pelakon Drama Dia Menantu Rahsia serta watak - watak mereka dalam drama ini.
Ashraf Muslim sebagai Syakir
Raysha Rizrose sebagai Melissa
Syazuwan Hassan sebagai Zamer
Mona Allen sebagai Engku Kamelia
Ridzuan Hashim sebagai Tuan Suhaimi
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Sarah
Aida Khalida sebagai Puan Badariah
Raja Hakim sebagai Engku Razzi
Afzan A.Rahman sebagai Syamsul
Wilma Muhammad sebagai Engku Maimunah
Pauline Tan sebagai Jenni
Aisya Hasnaa sebagai Zulaikha
Annie Arifin sebagai Nora
Nizam Kama sebagai Baha
Zulhamizam sebagai Pak Ngah
Reza Hasbi sebagai Danial
Ainaa Azhari sebagai Naida




Pada yang suka baca Novel Online, korang juga boleh baca Novel Dia Menantu Rahsia secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah sekali tu okey. 
Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, korang pun boleh baca novelnya secara online juga, tapi tak semua bablah ada, aku hanya jumpa kat internet sampai bab 11 saja. So kalau nak baca lebih lanjut, sila dapatkan novel ini di pasaran ye. Apa pun sebelum tu, jom tengok sinopsis drama Dia Menantu Rahsia ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Dia Menantu Rahsia

Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?

Read More

30 Jan 2019

Episod Akhir Drama Pujaan Hati Kanda




Pujaan Hati Kanda, Drama Pujaan Hati Kanda, Drama Melayu, Drama Best, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Trending Di Twitter, Ending Drama Pujaan Hati Kanda, Episod Akhir Drama Pujaan Hati Kanda, Cast, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda, Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Azar Azmi, Reen Rahim, Aida Khalida, Dian P. Ramlee, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon,
Episod Akhir Drama Pujaan Hati Kanda (episod 28)

Tamat sudah drama Pujaan Hati Kanda yang menjadi kesukaan ramai penonton, lebih menarik bila 2 drama lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah iaitu drama ini Pujaan Hati Kanda dan drama Lelaki Kiriman Tuhan tamat pada hari yang sama, iaitu pada 28 Januari lalu. Malah populariti Mira Filzah dan Remy Ishak turut melonjak naik, makin popular gitu. Drama Pujaan Hati Kanda ini dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Azar Azmi, Reen Rahim, Aida Khalida, Dian P. Ramlee, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. Ending Drama Pujaan Hati Kanda ini memang happy ending gitu bila semua rahsia dan misteri terungkai sudah. Drama ini berakhir dengan scene majlis sambutan hari lahir Baby Iqy serta babak Tiara dan Danny yang sedang berbual mesra gitu. Agak sayang sedikit bila di episod akhir drama ini tak ada pula scene yang membabitkan kakak Tiara iaitu Suria (lakonan Reen Rahim tu). Teringin juga nak tengok mak dan kakak Tiara datang KL gitu kan, mesti lawak dengan gelagat si Suria tu kalau dia datang KL hehe.




Watak Pali juga tak ada di episod akhir drama Pujaan Hati Kanda ini, tapi si Fati / Fatimah tu dah nampak normal dan okey di episod akhir ni, nampak baik je si Fatimah ni bila dia dah sembuh dari kemurungan dan gila tu ehehhe. Di episod akhir drama ini, tumpuan lebih diberikan untuk penyatuan keluarga Danny, dimana atuk dan nenek Danny ingin menyatukan keluarga mereka dan pergi memujuk dan meminta maaf pada abang Danny iaitu Danial. Malah Danny juga turut membantu suami Fatimah iaitu Syafik dengan memberinya pekerjaan dan tempat tinggal baru serta tetap menganggap baby Iqy sebagai anaknya. Malah Nadine pula bahagia dengan hidupnya dan sudah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Fikri (lakonan Nabil Mahir). Selepas ini drama ini akan digantikan dengan drama baru iaitu drama Dia Menantu Rahsia lakonan Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose.
Read More

29 Jan 2019

Review Drama Korea Terrius Behind Me




Terrius Behind Me, My Secret Terrius, Korean Drama, Drama Korea 2018, Drama Korea Terrius Behind Me, Korean Drama Terrius Behind Me, Poster Terrius Behind Me, K - Drama, Terrius Behind Me Cast, Pelakon Drama Korea Terrius Behind Me, So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi, Kim Sung Joo, Eom Hyo Seop, Seo Yi Sook, Cho Tae Kwan, Kim Yeo Jin, Kang Ki Young, Nam Gyu Ri, So Ji Sub Drama, Best Drama, Review By Miss Banu, My Opinion, Ulasan Drama Korea Terrius Behind Me,
Terrius Behind Me / My Secret Terrius - Korean Drama Review

Seperti biasa, hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Terrius Behind Me / My Secret Terrius yang release pada 27 September 2018 dan tamat pada 15 November yang lalu. Antara pelakon drama Korea Terrius Behind Me ini adalah So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi, Kim Sung Joo, Eom Hyo Seop, Seo Yi Sook, Cho Tae Kwan, Kim Yeo Jin, Kang Ki Young, Nam Gyu Ri dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 32 episod, setiap episod hanya setengah jam dan disiarkan di channel MBC manakala screenwriter drama ini adalah orang yang sama menulis skrip untuk drama Shopping King Louis. Korean Drama Terrius Behind Me ini juga adalah drama comeback So Ji Sub setelah lama tak muncul dalam drama, kali terakhir dia berlakon drama pada tahun 2015 iaitu menerusi drama popular Oh My Venus bersama Shin Min Ah. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Time dan kemudian akan digantikan dengan drama Korea Children Of Nobody. Lebih menarik bila drama Terrius Behind Me ini turut shooting di luar negara iaitu di Warsaw Poland. 

Awalnya pelakon Lee Yoo Young dan Yoo In Na telah ditawarkan menjadi heroin drama ini namun mereka menolak dan akhirnya watak Go Ae Rin itu menjadi milik Jung In Sun. Terrius yang dijadikan tajuk drama ini merujuk pada nama samaran / nama khas watak Kim Bon ketika dia sedang bertugas sebagai Agent NIS dan ketika berada dalam misi penting. Ternyata So Ji Sub membuat pilihan tepat untuk berlakon dalam drama ini kerana drama Terrius Behind Me ini telah menang besar dalam 2018 MBC Drama Awards. So Ji Sub telah menang Grand Prize, dia juga menang anugerah Best Actor juga menerusi drama ini. Malah heroin drama ini iaitu Jung In Sun turut menang anugerah Excellent Actress, malah Kang Ki Young juga turut menang pelakon pembantu lelaki terbaik menerusi drama ini. Selain itu drama Korea Terrius Behind Me ini juga turut menang Best Screenplay serta Best Drama Selected By Viewers. Jadi drama ini memang menang banyak anugerah, so rugi kalau tak tengok hehehe.
Terrius Behind Me, My Secret Terrius, Korean Drama, Drama Korea 2018, Drama Korea Terrius Behind Me, Korean Drama Terrius Behind Me, Poster Terrius Behind Me, K - Drama, Terrius Behind Me Cast, Pelakon Drama Korea Terrius Behind Me, So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi, Kim Sung Joo, Eom Hyo Seop, Seo Yi Sook, Cho Tae Kwan, Kim Yeo Jin, Kang Ki Young, Nam Gyu Ri, So Ji Sub Drama, Best Drama, Review By Miss Banu, My Opinion, Ulasan Drama Korea Terrius Behind Me,
Agak seronok melihat telatah Kim Bon lakonan So Ji Sub melayan kanak - kanak dalam drama ini. Anak - anak Go Ae Rin tu memang sangat comel dan adorable gitu serta sangat hyper aktif hehe. Aku juga terhibur melihat kerenah semua penghuni King Castle itu terutamanya jiran - jiran Go Ae Rin tu. Ikutkan aku tak minat sangat isu - isu atau masalah yang berlaku dalam NIS tu sebab aku lebih tertarik dengan hal - hal dan masalah Go Ae Rin tu je. Tapi tak sangka ada juga plot twist dalam drama ini terutamanya untuk watak ketua Agent NIS tu. Agak pelik melihat pelakon Im Se Mi berambut pendek dalam drama ini, sebab aku dah terbiasa tengok dia berambut panjang. Walaupun Jung In Sun adalah pilihan ketiga untuk watak Go Ae Rin tu, tapi dia berjaya membawa wataknya dengan baik sekali, siap menang award gitu. Scene ketika Go Ae Rin setuju untuk menyamar jadi orang gaji tu untuk menolong pihak NIS tu agak pelik bagi aku, yela bahaya kot dah lah dia ada anak - anak yang masih kecil lagi tu tapi sanggup buat kerja yang berbahaya.




Selain itu memang nampak yang Go Ae Rin dan Kim Bon saling menyukai antara satu sama lain tapi sampai ke akhir tak tunjuk pula diorang benar - benar bercinta ke apa ke. Cuma selepas itu Go Ae Rin akan bertugas dan melakukan penyamaran sebagai agent NIS juga. Apa pun ending Korean Drama Terrius Behind Me ni stil happy ending juga. Secara keseluruhannya drama ini kira okey juga dan aku bagi 7/10 bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama Korea Terrius Behind Me di bawah ini ye..

Go Ae-Rin (Jung In-Sun) suddenly loses her husband. A mysterious man, Kim Bon (So Ji-Sub), lives next door. Kim Bon is a legendary NIS agent. 3 years ago, he was involved in a failed secret operation and the woman he loved died. He has since become disconnected with the world and lives alone quietly. He helps his neighbor Go Ae-Rin uncover a conspiracy, which her husband became involved with.
Read More

27 Jan 2019

Sinopsis Telemovie Bayang - Cerekarama TV3




Bayang, Telemovie Bayang, Telefilem Bayang, Cerekarama, TV3, Cerekarama Bayang, Sinopsis Telefilem Bayang, AJL33, Cast, Cerekarama 2019, Pelakon Telemovie Bayang, Sufian Suhaimi, Elisya Sandha, Aleza Shadan, Riena Diana, Idzham Ismail,

Telefilem Bayang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 26 Januari 2019 ini, telemovie Bayang ini disiarkan khas sempena AJL33 (Anugerah Juara Lagu Ke - 33) yang akan berlangsung pada awal bulan Februari nanti. Antara pelakon telemovie Bayang ini adalah Sufian Suhaimi, Elisya Sandha, Aleza Shadan, Riena Diana, Idzham Ismail, Zul Huzaimy, Dato Eizlan Yusof dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bayang ini diarahkan oleh Zul Huzaimy dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Rasanya ini first time aku tengok Sufian Suhaimi berlakon gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Cerekarama Bayang TV3

Kisah Pyan (Sufian Suhaimi), seorang lulusan universiti jurusan medic yang tidak meneruskan kerja dalam bidang yang dipelajarinya demi menjaga ibunya yang sentiasa sakit dan adiknya yang masih bersekolah yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Dia mengalas tangungjawab ketua keluarga setelah ayahnya meninggal dunia. Dialah punca pendapatan keluarga. Dia terpaksa membuat dua kerja, siang dia sebagai penghantar surat dan malamnya dia adalah penyanyi kesukaan ramai di tepi jalan atau lebih dikenali sebagai busker. Nyanyiannya yang cukup merdu menarik ramai orang. Termasuklah seorang gadis yang tak akan ‘missed’ mendengar lagu nyanyian Pyan. Dia terpegun dan terhibur. Gadis itu sentiasa akan singgah ketempat Pyan menyanyi setelah habis kelas. Gadis tersebut bernama Maya (Elisya Sandha), tak lama kemudian Pyan dan Maya mula rapat dan Pyan turut mengetahui yang Maya berdepan dengan masalah besar dan nekad ingin membantunya. Apa yang berlaku seterusnya?..
Read More

25 Jan 2019

Cara Mendukung & Mengangkat Kucing Dengan Betul




Kucing, Cat, Tips, Cara - Cara, Tips Mengangkat dan Mendukung Kucing Dengan Betul, Cara Mengangkat Kucing Dengan Betul, Video, My Cat, Kucing Kesayanganku, How To Pick Up A Cat Like A Pro,
Cara Mendukung dan Mengangkat Kucing Dengan Betul

Hari ini aku nak share cara mendukung dan mengangkat kucing dengan betul, kucing pun ada banyak perangai, ada yang suka didukung di bahu, ada yang tak suka, jadi kena tahu cara yang betul untuk mengangkat dan mendukung kucing ni. Aku suka juga angkat kucing dan letak diorang atas bahu, tapi diorang duduk elok sekejap jela, dalam seminit, lepas tu dah kecoh nak turun dari bahu hehe. Dulu aku tak tahu cara betul nak angkat kucing ni, tapi lepas tengok satu video ni, baru aku tahu cara yang betul. So aku akan kongsikan video tersebut di bawah ini ye. Selamat menonton dan semoga semua kucing kita happy dan sihat sentiasa, amin...


Read More

24 Jan 2019

Biodata Terkini Azar Azmi




Azar Azmi, Biodata, Profil, Biodata Azar Azmi, Biodata Penuh Azar Azmi, Biodata Lengkap Azar Azmi, Pelakon Malaysia, Biodata Terkini Azar Azmi, Gambar Terkini Azar Azmi, 2019, Senarai Drama Lakonan Azar Azmi, Senarai Telefilem Lakonan Azar Azmi, Foto Terkini Azar Azmi, Media Sosial Azar Azmi,
Biodata Pelakon Malaysia - Azar Azmi

Hari ini aku nak share serba sedikit mengenai biodata pelakon Malaysia yang namanya sedang meningkat naik iaitu Azar Azmi. Aku first kenal dan tengok lakonan Azar Azmi ini dalam telemovie Bayangan Emilia, masa ni dia berlakon dengan Fattah Amin. Terbaru Azar Azmi ini akan melakonkan watak Sabrina dalam drama bersiri Dua Takdir Cinta yang tengah hangat bersiaran di slot Tiara, Astro Prina sekarang ini, Malah dia juga popular dengan watak Juita dalam drama popular TV3 iaitu Nur 2. Rupa - rupanya Azar Azmi ini juga adalah bekas peserta Dewi Remaja 2009 / 2010 satu batch dengan Neelofa, Izara Aishah, Anzalna, Ramona Zam Zam dan Syatilla Melvin. Apa pun jom tengok profil / biodata lengkap Azar Azmi di bawah ini ye..




Biodata Penuh Azar Azmi (Pelakon Malaysia)

Nama Penuh : Siti Azar Ameerah binti Azmi
Nama Komersil : Azar Azmi
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir: 13 Mac 1989
Asal: Rembau, Negeri Sembilan
Kerjaya: Pelakon, Model dan Usahawan (Azar merupakan pengasas yang mengusahakan produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF)
Media Sosial Azar Azmi: https://www.instagram.com/azarazmi/
Azar Azmi, Biodata, Profil, Biodata Azar Azmi, Biodata Penuh Azar Azmi, Biodata Lengkap Azar Azmi, Pelakon Malaysia, Biodata Terkini Azar Azmi, Gambar Terkini Azar Azmi, 2019, Senarai Drama Lakonan Azar Azmi, Senarai Telefilem Lakonan Azar Azmi, Foto Terkini Azar Azmi, Media Sosial Azar Azmi,
Senarai Drama Lakonan Azar Azmi: Dua Takdir Cinta, Dia Adelia, Cetera Hati Diya, Nur 2, Plan Cinta, Pujaan Hati Kanda, Terbaik Dariku, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Tiada Arah Jodoh Kita, Gerak Khas, Red Velvet, Syurgaku Tak Sempurna, Biar Aku Jadi Penunggu, Suri Hati Mr. Pilot, Mukhlis 2, Mr. Boss Miss Stalker.
Senarai Telefilem / Telemovie lakonan Azar Azmi : Mohon Hantuan, Misteri Akil Balik, Kenduri Hari Merdeka, Taubatku, Uniknya Cinta, Bayangan Emilia dan banyak lagi.
Teater : Pawana Isabella
Read More

22 Jan 2019

Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi




Setelah Cinta Itu Pergi, Novel Setelah Cinta Itu Pergi, Karya East Diani, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi Bab 1 Hingga Bab 11, Novel, Drama Setelah Cinta Itu Pergi, Watak dan Senarai Pelakon Drama Setelah Cinta Itu Pergi, Cover Depan Novel Setelah Cinta Itu Pergi, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana Marin, Azrel Ismail, Aprena Manrose, Shah Jaszle, Drama Melayu 2019,
Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi (Drama Adaptasi Novel)

Novel Setelah Cinta Itu Pergi karya East Diani ini telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod yang disiarkan di Slot Samarinda TV3, sejak 17 Januari 2019 yang lalu, iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Watak - watak dan senarai pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi adalah seperti di bawah ini - 
Nina Iskandar sebagai Marina
Fahrin Ahmad sebagai Ikram
Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
Shahz Jaszle sebagai Muiz Lukman
Azrel Ismail sebagai Adam
Fizo Omar sebagai Idlan
Nik Adam Mika sebagai Muiz Danish
Oktovia Manrose sebagai Jehan
Syakilah Rahmad sebagai Zahirah
Faye Kusairi sebagai Shahida
Asry Azizan sebagai Farok




Kalau korang nak baca sinopsis drama Setelah Cinta Itu Pergi boleh klik ➔ SiNi.. dan korang juga boleh baca Novel Setelah Cinta Itu Pergi secara online saja, dengan cara klik link di bawah ini okey, selamat membaca ye.

Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi Bab 1 Hingga Bab 11

➤ Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6
➤ Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11
Read More

20 Jan 2019

Sinopsis Telemovie Lelaki Kelas Sebelah - Cerekarama TV3




Lelaki Kelas Sebelah, Telemovie Lelaki Kelas Sebelah, Telefilem Lelaki Kelas Sebelah, Cerekarama, TV3, Cerekarama 2019, AJL33, Telefilem Khas Sempena Anugerah Juara Lagu Ke - 33, Cast, Pelakon Telemovie Lelaki Kelas Sebelah, Nabila Razali, Ismail Izzani, Adam Shadan, Alya Iman, Najua P. Ramlee, Luqman Hafidz, Sinopsis Telemovie Lelaki Kelas Sebelah,
Sinopsis Telefilem Lelaki Kelas Sebelah Slot Cerekarama TV3

Satu telefilem khas yang bertajuk Lelaki Kelas Sebelah akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 19 Januari 2019 ini sempena AJL33 (Anugerah Juara Lagu Ke - 33) yang akan berlangsung pada bulan Februari nanti. Antara pelakon telemovie Lelaki Kelas Sebelah ini adalah Nabila Razali, Ismail Izzani, Adam Shadan, Alya Iman, Najua P. Ramlee, Luqman Hafidz dan ramai lagi. Kalau tak silap aku, ni kali kedua aku tengok Ismail Izzani berlakon dalam telemovie gitu. Manakala pengarah telemovie Lelaki Kelas Sebelah ini adalah Hadith Omar dan diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Kalau tengok dari iklan kat TV tu memang nampak best telefilem ini, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Lelaki Kelas Sebelah Lakonan Nabila Razali dan Ismail Izzani

Selepas kematian ibu dan ayahnya, Nona (lakonan Nabila Razali) tinggal bersama mak cik dan abangnya, Bawan. Nona meminati Anas (Ismail Izzani), seorang penyanyi instafamous yang juga belajar di kolej yang sama dengannya. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Nona rapat dengan Anas?...
Read More

19 Jan 2019

Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu (TV3)




Jika Masih Ada Rindu, Drama Jika Masih Ada Rindu, Ending Drama Jika Masih Ada Rindu, Episod 15 Drama Jika Masih Ada Rindu, Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu, Cast, Pelakon Drama Jika Masih Ada Rindu, Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Sinopsis Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu,
Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu

Akhirnya tamat sudah drama 15 episod Jika Masih Ada Rindu yang disiarkan di slot Samarinda TV3. ini, drama ini akan digantikan dengan drama Setelah Cinta Itu Pergi. Sekarang ini lebih mudah nak menonton drama - drama TV3 kerana pihak TV3 akan turut mengupload drama - drama mereka di Youtube juga. Secara jujurnya aku memang suka jalan cerita drama Jika Masih Ada Rindu ini, plus gandingan Kamal Adli dan Siti Saleha juga sangat serasi dan best. Aku suka tengok Siti Saleha dalam drama Jika Masih Ada Rindu ni sebab dia cantik sangat especially bila dia dah dapat kerja kat pejabat Johan tu hehe. Drama Jika Masih Ada Rindu ini dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid dan ramai lagi. 

Selain itu drama ini turut shooting di Indonesia gitu, pasni aku akan rindu dengan gandingan Siti Saleha dan Kamal Adli ni. Manakala Ending Drama Jika Masih Ada Rindu ni memang happy ending gitu, bila semua watak menemui kebahagiaan masing - masing. Sweet tengok ending drama ini bila Wahida dan Hisyam berlari - lari anak dalam masjid tu sebab nak cepat dan takut tok kadi balik hehe. Apa pun dalam entry ini aku akan share sinopsis episod akhir drama Jika Masih Ada Rindu di bawah ini, jadi selamat membaca okey.




Sinopsis Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu (episod 15)

Seperti yang dijangka Wahida tak jadi berkahwin dengan Johan apabila Johan membuat keputusan meninggalkan majlis akad nikahnya itu. Namun Wahida langsung tidak marah dan memahami tindakan Johan itu yang berbuat demikian kerana Wahida dapat mengagak yang Johan sebenarnya mencintai Laila. Kemudian Wahida memutuskan untuk pergi honeymoon seorang diri di Bandung Indonesia kerana dia berasa rugi jika tidak pergi kerana Johan sudah membuat tempahan terlebih dahulu. Tambahan lagi tempat tersebut banyak meninggalkan kenangan manis buat Wahida kerana tempat itu juga adalah tempat yang sama dia pergi dengan Hisham ketika honeymoon dulu. Malah secara kebetulan juga Hisham turut berada di Bandung untuk bercuti sekejap selepas urusan kerjanya selesai. 

Mak Hisham iaitu Datin Embun akhirnya mengetahui perkara sebenar dari kawan baik Wahida iaitu Su yang Wahida tak jadi kahwin. Manakala Johan pula pergi mencari Laila di rumah ibu bapa Laila di Johor dan Laila pula masih sukar untuk melupakan bossnya itu iaitu Johan. Laila berasa sangat terkejut bila melihat Johan berada di depan matanya dan Johan turut memberitahu yang dirinya tak jadi kahwin kerana dia mencintai orang lain iaitu Laila. Manakala Laila pula menyuruh Johan untuk pergi berjumpa dengan bapanya jika benar mencintainya. Hisham pula terkejut apabila terserempak dengan Wahida di Bandung, Hisham menyangka yang Wahida tengah berbulan madu dengan Johan disitu. Wahida tak sempat nak menerangkan hal sebenar kerana Hisham ingin cepat beredar dari situ kerana risau jika terserempak dengan Johan kerana risau kalau Johan salah faham dengan kehadirannya disitu.

Akhirnya Wahida hanya membiarkan Hisham berlalu pergi. Selepas itu ada beberapa kali Wahida dan Hisham terserempak. Tak lama kemudian datin Embun menelefon Hisham dan memberitahu Hisham tentang Wahida yang tak jadi kahwin dengan Johan. Hisham kemudiannya bergegas pergi mencari Wahida dan akhirnya menjumpai Wahida. Hisham meminta Wahida untuk memberinya peluang kedua dan berjanji akan membahagiakannya. Hisham hampir putus asa melihat Wahida hanya mendiamkan dirinya. Tapi akhirnya Wahida tersenyum dan bersetuju untuk memberikan Hisham peluang kedua. Setelah kembali ke Kuala Lumpur, Hisham dan Wahida pergi berjumpa dengan mak Wahida untuk meminta restu untuk berkahwin. Akhirnya mak Wahida merestui dan bersetuju untuk Wahida bernikah kembali dengan Hisham. 

Majlis akad nikah diadakan di masjid, namun kelibat Wahida masih tidak muncul. Hal tersebut membuatkan Datin Embun dan Hisham berasa tidak sedap hati dan bimbang. Hisham kemudian cuba menunggu Wahida di depan pintu masjid namun Wahida masih tidak muncul. Hisham hampir - hampir ingin membatalkan majlis akad nikah tersebut, sehinggalah ada seseorang memberitahunya yang pengantin perempuan sudah sampai. Wahida pula agak kelam kabut dan bergegas ke dalam masjid kerana sedar dirinya dah datang lambat sangat. Wahida kemudian berlari dan akhirnya terserempak dengan Hisham dan akhirnya mereka bernikah buat kali kedua dan bahagia.  
Read More

17 Jan 2019

Biodata Haneesya Hanee - Bekas Juara Dewi Remaja 2018 / 2019




Haneesya Hanee, Biodata Haneesya Hanee, Biodata Lengkap Haneesya Hanee, Juara Dewi Remaja 2018 / 2019, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Kontroversi Haneesya Hanee, 2019,
Biodata Lengkap Bekas Juara Dewi Remaja 2018 / 2019 - Haneesya Hanee

Model dan pelakon Haneesya Hanee akhirnya dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja Edisi 2018 / 2019. Ikutkan sebelum Haneesya Hanee ni join Dewi Remaja lagi, ramai yang dah kenal dia sebab dia ada berlakon sebagai Zaza dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek. Kemudin dia juga ada muncul dalam muzik video Andi Bernadee untuk lagu popular Satu Peluang yang juga OST untuk drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek itu. Rasanya ramai finalis Dewi Remaja, especially juara - juara Dewi Remaja edisi terdahulu dah berjaya dengan karier lakonan masing - masing. Apa pun jom tengok profil / biodata Haneesya Hanee ini di bawah ye.




Biodata Terkini Haneesya Hanee

Nama Penuh: Sharifah Haneesya Binti Sayed Sahlan
Nama Komersil : Haneesya Hanee
Umur: 19 Tahun (2019)
Tarikh Lahir: 11 Februari 2000
Asal : Kuala Lumpur
Berat : 60 kg
Tinggi : 170 cm
Kerjaya : Model dan juga Pelakon
Anugerah: Juara Dewi Remaja 2018 / 2019
Senarai Drama Lakonan Haneesya Hani : Cik Reen Encik Ngok Ngek
Muzik Video : Satu Peluang (Andi Bernadee)
Media Sosial Haneesya Hanee : https://www.instagram.com/haneesyahanee/
Fakta Menarik Mengenai Haneesya Hanee
- Haneesya ingin mewujudkan kesedaran tentang isu yang dihadapinya seperti Disleksia, Scoliosis & Thalassemia.
Kontroversi: Baru saja menang dah ada satu video yang kurang best dah viral mengenai Haneesya Hanee dan beberapa budak Dewi Remaja yang lain. Adakah kejuaraannya akan ditarik balik?..
Update! - 17/1/2019
➤ Gelaran Dewi Remaja 2018 / 2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee telah ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak Dewi Remaja. Selain itu tempat Haneesya Hanee sebagai Dewi Remaja tidak akan diganti oleh penyandang kedua. Ini bermakna Dewi Remaja 2018 / 2019 tiada pemenang.
Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik, Dewi Remaja, Dewi Remaja 2018 / 2019, Majalah Remaja, Haneesya Hanee, Tiada Pemenang Untuk Dewi Remaja 2018 / 2019,
Gelaran Dewi Remaja 2018 / 2019 telah ditarik balik
Read More

15 Jan 2019

Review Drama Korea Lovely Horribly




Lovely Horribly, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea 2018, Korean Drama Lovely Horribly, Sinopsis Drama Korea Lovely Horribly, Song Ji Hyo Drama, Channel KBS World, Poster Drama Lovely Horribly, Lovely Horribly Cast, Pelakon Drama Korea Lovely Horribly, Park Si Hoo, Song Ji Hyo, Lee Gi Kwang, Ham Eun Jung, Choi Yeo Jin, Hwang Sun Hee, Jang Young Nam, Sung Doo Sub, Lovely Horribly Review, Horror Romantic Comedy,
Lovely Horribly - Korean Drama Review

Okey hari ini aku nak buat review drama Korea Lovely Horribly yang mula disiarkan di channel KBS2 / KBS World pada 13 Ogos  2018 dan tamat episodnya pada 2 Oktober yang lalu. Drama Korea Lovely Horribly ini dibintangi oleh Park Si Hoo, Song Ji Hyo, Lee Gi Kwang, Ham Eun Jung, Choi Yeo Jin, Hwang Sun Hee, Jang Young Nam, Sung Doo Sub dan ramai lagi. Selain itu drama ini bergenre seram dan romantik komedi dan disiarkan bagi menggantikan drama Korea Are You Human dan kemudian akan digantikan dengan drama Matrimonial Chaos. Park Si Hoo sebelum ini popular dengan drama My Golden Life dan kali ini bergandingan pula dengan Song Ji Hyo, ramai yang tak sabar nak menonton drama terbaru Song Ji Hyo kali ini. Lebih menarik bila Ha Dong Hoon / HaHa Running Man turut membuat special appearance dalam drama ini yang menjadi boyfriend pada Oh Eul Soon yang dilakonkan oleh Song Ji Hyo dan nak minta putus sebab tak tahan dengan nasib malang Oh Eul Soon yang turut kena pada dia hehe. Di permulaan cerita, memang drama ini kelihatan menyakinkan dan jalan ceritanya juga nampak best dan unik.




Tapi bila dah sampai di pertengahan cerita, storyline dia mula jadi serabut dan huru- hara sebab semua elemen nak dimasukkan. Selain itu ramai pula orang jahat pula dalam drama ini yang terdiri daripada manusia dan juga hantu hehe. Dah la Oh Eul Soon dan Yoo Philip (lakonan Park Si Hoo) ni sering bernasib malang dan bertukar - tukar giliran untuk mengalami nasib malang. Kemudian mereka diganggu pula dengan hantu Kim Ra Yeon dan hantu mak kandung Yoo Philip tu. Ni belum masuk lagi orang - orang jahat yang dengki dan berdendam dengan Yoo Philip serta Oh Eul Soon itu. Kemudian ada pula cerita pasal pokok bagai yang buat aku jadi keliru hahaha. Memang konfius dan serabut drama ini sampai rasa bosan pula nak tengok sampai habis. Malah Song Ji Hyo juga kelihatan serabut dalam drama ini hehehe mungkin sebab wataknya yang sering bernasib malang, jadi penampilannya juga sentiasa messy dan kelam - kabut. 
Lovely Horribly, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea 2018, Korean Drama Lovely Horribly, Sinopsis Drama Korea Lovely Horribly, Song Ji Hyo Drama, Channel KBS World, Poster Drama Lovely Horribly, Lovely Horribly Cast, Pelakon Drama Korea Lovely Horribly, Park Si Hoo, Song Ji Hyo, Lee Gi Kwang, Ham Eun Jung, Choi Yeo Jin, Hwang Sun Hee, Jang Young Nam, Sung Doo Sub, Lovely Horribly Review, Horror Romantic Comedy,
Lee Gi Kwang memang mencuri tumpuan gitu, dalam banyak - banyak watak, aku paling suka wataknya iaitu sebagai Lee Sung Joong yang sangat sweet dan adorable gitu. Wataknya sangat caring dan sentiasa protect Oh Eul Soon dari sebarang bahaya. Tapi nak buat macam mana bila watak si heroin lebih tertarik dengan hero utama bukan hero kedua hehehe. Ending drama ini happy ending tapi secara keseluruhannya aku tak begitu suka dengan jalan cerita drama ini terutamanya di bahagia pertengahan hingga ke akhir. Jadi aku bagi 5.7/10 bintang untuk Korean Drama Lovely Horribly ini. Sedikit sinopsis drama Korea Lovely Horribly ➔ Philip (Park Si-Hoo) and Eul-Soon (Song Ji-Hyo) were born at the same time and they seem to share fate. If one person is happy, the other person is unhappy. Philip has all the good luck in their fate and he is a top star. On the other, hand, Eul-Soon has all the bad luck and she works as a drama series screenwriter. They begin to work together for a drama series and mysterious things take place around them.
Read More


My Random Post