4 Dis 2020

Drama Gerak Khas The Finale Kini Di TV3 Bukan Lagi Di RTM



Drama Gerak Khas The Finale, Poster Drama Gerak Khas The Finale, Pelakon - Pelakon Drama Gerak Khas The Finale, Info Drama Gerak Khas The Finale, Drama Gerak Khas RTM, Drama Gerak Khas The Finale Kini Di TV3,

Drama Gerak Khas bukan lagi asing di kalangan penonton drama Malaysia, antara drama yang paling lama bersiaran di Malaysia bermula April 1999 sehingga sekarang. Lebih menarik bila drama Gerak Khas diberikan pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran” pada tahun 2009. Malah siri Gerak Khas ini juga pernah diadaptasi dalam bentuk filem pada tahun 2001, 2002 dan 2005. Antara barisan pelakon asal yang pernah membintangi siri Gerak Khas ini adalah Datuk Yusof Haslam, A. Galak, Farid Amirul, Deen Maidin, AC Mizal dan Abby Abadi. Kini ia turut dibintangi oleh Norman Hakim, C. Kumaresan, Salina Saibi, Zul Ariffin, Sheera Iskandar, Erra Fazira dan ramai lagi. 




Keluargaku juga antara penggemar drama Gerak Khas ini sejak zaman - zaman Ac Mizal ngan Abby Abadi dulu hehehe. Teringin gak nak tengok Dato Ac Mizal muncul sekejap jadi cameo ke dalam drama Gerak Khas The Finale ni, tapi rasa macam tak ada je. 
Kini setelah lebih 21 tahun bersiaran di RTM, Gerak Khas The Finale akan mula ditayangkan di TV3 pula mulai 4 Disember 2020, iaitu setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam. 
Drama yang memaparkan pelbagai kisah dan kes jenayah seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, dadah dan sebagainya itu sehingga kini masih menjadi ikutan para pencinta drama tempatan. Jom tengok Official Trailer Drama Gerak Khas The Finale di bawah ini okey..

3 ulasan:

  1. Tu la td heran gak tgok promo gerak khas di tv3.

    BalasPadam
  2. Setelah sekian lama beralih saluran. Mungkin kerana TV3 lebih agresif mempromosikan drama mereka jadi pembuat drama pun suka dengan usaha TV3 berbanding RTM.

    RTM kena buat perubahan. Kikis imej sebagai saluran kerajaan.

    BalasPadam
  3. Laa..ye ke dah g kat tv3.. suka tgk citer ni.masa movie keluar dulu, guguh beli cd tau.. hehe

    BalasPadam



My Random Post