20 Mac 2018

Episod Akhir Drama Syurga Yang Kedua



Drama Syurga Yang Kedua, Final Episode, Episod 70 Drama Syurga Yang Kedua, Ending Drama Syurga Yang Kedua, Watak, Vivy, Sabrina, Daniel, Azril, Dato Sherry, Daud, Delaila, Astro Prima, Sinopsis Episod Akhir Syurga Yang Kedua, Pelakon, Syurga Yang Kedua Cast, Siti Elizad, Zarul Husin, Fasha Sandha, Beego, Azizah Mahzan, Dynaz Mokhtar,

Berakhir sudah drama 70 episod Syurga Yang Kedua ini, episod terakhir iaitu episod 70 telah pun disiarkan pada 19 Mac yang lalu, drama Monalisa akan menyusul untuk menggantikan drama ini. Berdasarkan komen di Twitter yang aku baca, ramai juga yang tak puas hati dengan Ending Drama Syurga Yang Kedua ini sebab tergantung, banyak persoalan yang tidak terjawab dan penonton perlu membuat kesimpulan sendiri tentang apa yang berlaku pada watak - watak tertentu. Apa pun happy ending buat watak Sabrina dan Daniel, namun sad ending buat watak Vivy sebab dia akhirnya jadi gila, sayang betul pula, sebab Vivy tu cantik, doktor pula tu tapi akhirnya jadi gila, sebelum jadi gila, Vivy tu sempat bagi anaknya Alia pada Sabrina dan siap minta maaf pada Daniel dan Sabrina lagi. Rasanya kalau Vivy tu tak jumpa dengan Dato Sherry, maybe Vivy tu masih waras kot hahaha, tapi bila dia jumpa saja Dato Sherry terus mental dia tak stabil. Tak sangka juga Vivy jadi mcam tu, rasa kesian juga pada Vivy ni. Aku tak puas hati juga scene Vivy dengan Dato Sherry tu macam tergantung betul, tahu - tahu dah habis haha, baru nak suspen dah habis.



Selain itu, ramai juga yang memuji Azril sebab setia dengan Vivy walaupun Vivy dah jadi gila, aku ingatkan Azril akan tinggalkan Vivy selepas Vivy jadi gila, tapi rupanya tak, malah dia setia, cuma aku teringin nak tahu apa jadi dengan hubungannya dengan Delaila tu, dah bercerai ke?, anak yang Vivy kandung tu macam mana pula kan? dan adakah Vivy bercerai dengan Daniel?Tapi scene Vivy jadi gila tu comel pula hahaha. Bila dah tengok episod terakhir drama Syurga Yang Kedua ini barulah aku faham kenapa drama ini bertajuk Syurga Yang Kedua, awalnya aku ingatkan tajuk drama ini ada kaitan dengan watak Vivy sebab dia isteri kedua kan. Satu lagi aku agak terkejut bila Daud tu nak kahwin juga dengan si Rozie tu, seriously. Paling mengejutkan bila Shidah buat keputusan untuk redha dan menerima Rozie jadi madunya. Memang mengejutkan jugalah sebab Shidah ini awalnya memang garang dan tak suka dimadukan, tapi akhirnya terus berubah seratus peratus, siap boleh senyum dan beramah mesra dengan bakal madunya itu, nak tergelak pun ada juga bila tengok scene Shidah, Rozie dan Daud tu. Keluarga bahagia sangat okey haha.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Janji Pada Hati Slot Qalbu TV Alhijrah


7 ulasan:

  1. mcm sekejap jer cerita ni.. hehe

    BalasPadam
  2. Vivy mangsa keadaan.. kesian dia. Daniel juga yg untung.. kawin je kerja dia..untung ler. Dia buang vivy mcm tu je.. x patut. Apapun ending mmg hanging. Sy pun x puas hati

    BalasPadam
  3. teruk betul emding,tergantung..sambung dari 69 ke 70 alih2 daniel benci sgt kat vivi..sedap betul watak daniel vivi dah obviousy sedar salah dia bagi anak dia siap nak kerek pulak..scene hospital 'betul kata sabrina azril cinata sejati'? wtf? so daniel saja2 la masa pujuk vivi kat hotel ep 69 tu???sbb nak ambik alia?elise lagi,takda perasaan betul daniel ni selfish padahal org yg dia kawin tu pun semua victim jgk..

    BalasPadam
  4. pelakon ok je semua kena ikut skrip..skrip la hampeh kejap cmni kejap mcmtu kejap baik selang 2-3 scene dah tak baik pulak..mcm caca marba..awal tgh jalan cite ok lagi..stress tgk ending..

    BalasPadam
  5. apa terjadi kat baby yusuf?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sure, maybe mak kandung baby Yusof tu ambik balik anak die kot..

      Padam
  6. Iyelah. Sy pon kesian sgt dgn vivy. Jadi gila lak last2 tu. Tapi takpala apa2 pon azril setia abis kat vivy. Kelakar. Tapi itula ending dia. Hihi

    BalasPadam



My Random Post