23 Mac 2018

Review The Autopsy Of Jane Doe (English Movie)

The Autopsy Of Jane Doe, English Movie, English Film, Movie Review, English Movie Review, Filem, Sinopsis Filem The Autopsy Of Jane Doe, Ulasan Filem The Autopsy Of Jane Doe, 2016, Pelakon Filem The Autopsy Of Jane Doe, The Autopsy Of Jane Doe Cast, Emile Hirsch, Brian Cox, Ophelia Lovibond, Olwen Kelly, Michael Mc Elhatton, Poster Movie The Autopsy Of Jane Doe, My Opinion, My Feeling,
Review The Autopsy Of Jane Doe (English Movie)

Hari ini aku nak buat review English Movie The Autopsy Of Jane Doe, filem ini release pada 21 Disember 2016 dan merupakan filem seram. Antara Pelakon Filem The Autopsy Of Jane Doe ini adalah Emile Hirsch, Brian Cox, Ophelia Lovibond, Olwen Kelly, Michael Mc Elhatton dan ramai lagi. Movie ini berdurasi 86 minit dan diarahkan oleh Andre O Vredal. Tengok dari tajuk filem ini saja dah nampak seram tu dan sesuai dengan tajuk filem ini hehe. Awalnya jalan cerita filem biasa saja, namun bila kejadian pelik dah start berlaku barulah rasa seram sikit hehehe. Jane Doe ini adalah mayat yang akan dibedah siasat, jadi banyaklah scene - scene yang menunjukkan badannya yang dibelah dengan pisau dan sebagainya. Bagi yang geli tu kena prepare awal - awal sebelum tengok Movie The Autopsy Of Jane Doe ini dan jangan juga tengok movie ini sambil makan okey hahaha sebab ada banyak scene - scene yang mengerikan dan mengelikan. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini terlebih dahulu okey.



Sinopsis Filem The Autopsy Of Jane Doe

Mengisahkan Tommy Tilden (lakonan Brian Cox) dan anak lelakinya Austin Tilden (lakonan Emile Hirsch) yang masing - masing merupakan koroner. Mereka berdua akan bekerjasama untuk membuat autopsi / bedah siasat ke atas - atas mayat yang dihantar pada mereka oleh polis untuk mengetahui punca kematian mayat tersebut dan sebagainya. Suatu hari Sheriff Sheldon Burke telah menghantar 1 mayat wanita misteri yang dinamakan sebagai Jane Doe (lakonan Olwen Kelly) kepada Tommy dan menyuruh Tommy untuk membuat autopsi segera ke atas mayat tersebut untuk mengetahui punca kematian dan seterusnya membolehkan Sheriff Sheldon Burke membuat kenyataan pada media. Hal tersebut membuatkan Tommy terpaksa bekerja sepanjang malam untuk membuat autopsi tersebut kerana Sheriff mahukan laporan lengkap keesokkan harinya. Manakala Austin pula sepatutnya keluar dating dengan teman wanitanya Emma, namun Austin berasa kesian dan tak sampai hati melihat ayahnya terpaksa bekerja sepanjang malam secara bersendirian, lalu menangguhkan temu janjinya dengan Emma beberapa jam kemudian dan menolong ayahnya untuk membuat autopsi ke atas mayat wanita cantik yang bernama Jane Doe itu terlebih dahulu.

Ketika melakukan autopsi ke atat mayat Jane Doe itu, Austin dah rasa tak sedap hati dan mengajak ayahnya untuk berhenti dan menyambung kerja tersebut kemudian. Namun ayahnya tak nak berhenti kerana autopsi itu perlu dilakukan segera seperti yang diarahkan oleh Sheriff itu. Di peringkat awal hanya Tommy yang banyak melakukan autopsi ke atas mayat Jane Doe itu, manakala Austin pula hanya membantu untuk mengambil dan menyimpan barang, selain berkongsi pendapat dengan ayahnya itu. Tak lama kemudian, perkara pelik mula berlaku, apabila radio yang di buka oleh Tommy dan Austin itu mula bertukar sendiri, kemudian ada berita mengenai kejadian ribut yang akan berlaku dan semua orang disarankan untuk pulang ke rumah dengan segera. Namun Tommy hanya fokus mengenai autopsi tersebut saja. Ada pelbagai benda pelik yang dijumpai dalam badan Jane Doe ini, seperti lidahnya dikerat, paru - parunya hitam, matanya kelabu dan ada cebisan kain yang dijumpai dalam badannya itu, dimana terdapat tulisan di atas kain tersebut. Tak lama kemudian kucing peliharaan Tommy dan Austin dijumpai mati, bekalan elektrik tiba - tiba terputus, mayat lain yang berada di tempat tersebut boleh bangun dan menyerang Tommy. Makin lama diorang menjalan autopsis ke atas Jane Doe itu, makin banyak perkara pelik dan menakutkan berlaku.

Tommy dan Austin akhirnya cuba membakar mayat Jane Doe itu, namun sebaliknya yang berlaku bila tempat tersebut yang terbakar tapi mayat Jane Doe tetap tidak terbakar dan sama seperti biasa. Tidak dapat melakukan apa - apa menyebabkan Tommy dan Austin membuat keputusan meneruskan juga kerja mereka untuk membuat autopsi ke atas Jane Doe itu, kali ini mereka membuat autopsi di bahagian otak Jane Doe pula. Mereka amat terkejut apabila mengetahui yang otak Jane Doe itu seolah - olah hidup dan normal. Austin kemudiannya mula menyiasat mengenai cebisan kain yang dijumpai dalam badan Jane Doe itu dan akhirnya mereka mengetahui siapa sebenarnya Jane Doe dan apa sebenarnya yang berlaku. Semakin lama autopsi itu dilakukan maka semakin banyak bahaya yang menanti Tommy dan Austin itu. Ikutkan Jane Doe dah memberi amaran untuk Tommy dan Austin untuk berhenti menjalankan autopsi ke atas dirinya, melalui berita dalam radio, tentang ribut bakal melanda dan mereka perlu pulang ke rumah itu, namun Tommy tidak mengambil serius mengenai berita radio itu. Jadi apa yang belaku seterusnya? dan siapakah sebenarnya Jane Doe ini?
The Autopsy Of Jane Doe, English Movie, English Film, Movie Review, English Movie Review, Filem, Sinopsis Filem The Autopsy Of Jane Doe, Ulasan Filem The Autopsy Of Jane Doe, 2016, Pelakon Filem The Autopsy Of Jane Doe, The Autopsy Of Jane Doe Cast, Emile Hirsch, Brian Cox, Ophelia Lovibond, Olwen Kelly, Michael Mc Elhatton, Poster Movie The Autopsy Of Jane Doe, My Opinion, My Feeling,
Ulasan Filem The Autopsy Of Jane Doe

Scene ketika Austin dan Tommy tahu siapa sebenarnya Jane Doe itu memang suspen, agak menakutkan juga scene itu sebab Jane Doe ini tak bergerak pun tapi macam - macam yang berlaku. Terpikir gak senang betul pelakon yang melakon watak Jane Doe ini buat duit, hanya berlakon jadi mayat saja tapi dah cukup menimbulkan rasa seram. Tapi agak kurang sesuai jugalah bila badan Jane Doe itu terdedah sepanjang masa, patutnya diorang tutuplah dengan kain ke apa ke bila autopsi tersebut dihentikan buat seketika. Ending Movie The Autopsy Of Jane Doe ini agak tergantung dan rasanya diorang boleh buat sambungan lagi sebab ending untuk watak Jane Doe itu agak menarik sebenarnya dan aku teringin juga nak tahu lebih lanjut mengenai Jane Doe itu. Mungkin diorang boleh buat prequel atau pun sequel sebab jalan ceritanya pasti akan lebih menarik lagi sebab Jane Doe ini ala - ala hidup dalam mati gitu hehe. Walaubagaimanapun aku berasa kasihan pada Tommy dan Austin ini sebab diorang ini ikutkan tidak bersalah pun pada Jane Doe ini sebab diorang hanya melaksanakan tugas mereka sebagai koroner saja. Namun Tommy dan Austin ini berada pada tempat dan masa yang salah dan akhirnya bertemu dengan mayat Jane Doe ini.

Jane Doe ini boleh tahan kejam juga sebab bila dia dah marah, tiada siapa dapat menghalangnya lagi. Austin ini boleh dikatakan anak yang baik gitu sebab sanggup tolong bapanya walaupun dia awalnya nak pergi dating. Scene ketika kucing Tommy dan Austin itu mati amat menyedihkan aku juga, sebab aku memang sensitif sikit bab - bab binatang kena aniaya, kena pukul, mati dan sebagainya. Ikutkan agak mengelirukan juga scene ketika diorang reveal mengenai siapa sebenarnya Jane Doe ini, kena fokus betul - betul dekat scene tersebut. Selain itu agak unik juga bila filem ini tidak memerlukan pelakon yang ramai, mahu pun watak hantu yang mempunyai wajah yang menyeramkan untuk membuatkan penonton rasa takut dan seram. Manakala dari segi OST mahu pun muzik latar pula agak biasa - biasa saja bagi aku. Jadi keseluruhannya aku bagi 6.5/10 Bintang untuk english movie ini.

Poster Filem di atas credit to Wikipedia & IMDb

1 ulasan:

  1. Sakit hati dengan movie ni. Habis semua orang dia nak bunuh padahal takde kaitan pun dengan dia. Kejam!

    BalasPadam



My Random Post