18 Mac 2018

Drama Syurga Yang Kedua Episod 65 Hingga 69

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 65 Hingga Episod 69,pelakon utama drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Dynas Mokhtar, Drama Melayu, Astro,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 65 Hingga Episod 69
Diam tak diam dah masuk minggu akhir dah Drama Syurga Yang Kedua ini, Isnin ini iaitu 19 Mac 2018 akan disiarkan episod akhir drama Syurga Yang Kedua ini. Apalah agaknya kesudahan drama ini ye?. Dalam banyak - banyak scene dalam drama ini, aku tak boleh terima betul dengan bapa Sabrina iaitu Daud yang nekad sungguh nak berkahwin lagi dengan Rozie, geram pun ada juga. Takkanlah dia tak tengok penderitaan Sabrina yang dimadukan tu, ni dia nak madukan pula isterinya si Shidah tu. Aku pun curious juga nak tahu apa yang akan terjadi pada hubungan Shidah dan Daud ini, adakah Shidah akan mengikut prinsipnya yang tak akan berpoligami atau pun redha sajalah serta mengizinkan Daud berkahwin dengan Rozie. Kisah yang paling ditunggu pastilah tentang Sabrina, Daniel dan Vivy, apa yang akan jadi dengan diorang bertiga ini kan?. Adakah Daniel masih berpegang dengan janjinya tak akan menceraikan mana - mana isterinya atau pun sebaliknya berlaku. Hope tak adalah kejutan kan, mana tau tetiba diorang matikan watak Sabrina tu, mahu marah netizen nanti haahaha.  Antara pelakon utama drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini bolehlah try klik label Drama Syurga Yang Kedua yang berada di bawah ini dan kemudian akan keluar semua entry mengenai drama ini. Atau pun korang boleh juga taip dan search di kotak search yang disediakan di sidebar blog ini. Apa pun jom tengok rangkuman sinopsis drama Syurga Yang Kedua untuk episod 65 Hingga episod 69.



Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 60 Hingga Episod 64
Sabrina seperti biasa sentiasa mencari peluang untuk menyindir Vivy, manakala Vivy pula hanya bersabar bila berada di depan Sabrina dan mula mengamuk dan marah pada Sabrina ketika berada di biliknya seorang diri. Vivy juga marah dengan tindakan Daniel yang terlalu manjakan Sabrina ketika Sabrina tengah sarat mengandung berbeza dengan dirinya dulu ketika mengandung. Vivy merasakan hal tersebut tidak adil untuknya. Sabrina mula rasa sakit nak bersalin dan semua orang di rumah Dato Sherry kelam - kabut untuk menghantar Sabrina ke hospital, manakala Vivy pula langsung tidak peduli mengenai hal tersebut. Manakala Rozie pula menyuruh Daud untuk mendapatkan izin isterinya iaitu Shidah, sekiranya ingin berkahwin dengannya, malah Rozie juga turut berhenti kerja dan ingin membantu perniagaan anaknya Mira. Daud berasa berat hati untuk melepaskan Rozie pergi dari syarikatnya. Shidah pula melayan Daud dengan dingin dan dalam masa yang sama berasa tertekan dengan hal suaminya itu. Sabrina akhirnya selamat melahirkan anak lelaki dan anaknya itu dinamakan Darwish. Semua orang sudah melawat Sabrina di hospital cuma Vivy saja yang belum pergi melawat. Sabrina pula berazam untuk mencari tahu siapa ibu bapa kandung baby Alia setelah dia sihat nanti. Daud pula pergi ke butik Mira dan berkongsi berita gembira tentang kehadiran cucu lelakinya yang baru lahir. Rozie pula sengaja mengelak untuk berjumpa dengan Daud. Dato Sherry berat hati untuk berpindah ke rumah baru kerana terpaksa menjual rumahnya sekarang. 

Sabrina pula menghabiskan masa berpantang di rumah ibu bapanya. Daniel pula berjanji tak akan menceraikan Vivy mahu pun Sabrina, sekiranya rahsia perkahwinan mereka itu pecah. Azril pula berjaya mendapat maklumat sebenar tentang baby Alia dan telah berjanji akan berjumpa dengan Sabrina tak lama lagi. Azril memberitahu Vivy yang dia telah mengetahui segala rahsia Vivy termasuklah rahsia mengenai baby Alia itu. Vivy berpura - pura seolah - olah tidak kisah dengan rahsianya yang terbongkar itu. Walaubagaimanapun setelah Azril pergi dari situ barulah Vivy mula panik, risau dan takut serta tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dato Sherry telah selesai berpindah ke rumah baru dan Vivy turut tinggal bersamanya. Danial berasa curiga dengan tindakan Sabrina yang keluar rumah tanpa izinnya serta pergi berjumpa dengan lelaki lain, Daniel kemudiannya mengupah seseorang untuk pergi menyiasat dan mengekori Azril kerana Daniel syak Sabrina berjumpa dengan Azril. Sabrina kemudiannya pergi berjumpa dengan Azril dan Azril memberitahu tentang hal sebenar mengenai Baby Alia pada Sabrina dan membuatkan Sabrina menjadi marah dan ingin membongkar segalanya tentang Vivy pada Daniel. Sabrina kemudiannya terkejut melihat Daniel telah menunggunya pulang di rumah mereka. Daniel kemudian bertanyakan pada Sabrina tentang kenapa Sabrina bertemu dengan lelaki tersebut. Sabrina kemudian mendedahkan yang dirinya dah tahu mengenai rahsia perkahwinan Daniel dan Vivy, seterusnya meluahkan rasa kecewanya pada Daniel yang telah menipunya selama ini dan seterusnya membuatkan Daniel terkejut dan terdiam.

Sabrina juga mendedahkan yang baby Alia itu sebenarnya adalah anak kandung Daniel dengan Vivy. Manakala Mastura pula bertemu dengan Dato Sherry dan mendedahkan rahsia tentang baby Yusof. Hal tersebut membuatkan Daniel dan Dato Sherry marah dan Dato Sherry bertindak menghalau Vivy keluar dari rumah tersebut. Vivy terkejut apabila semua rahsianya telah terbongkar namun cuba berlagak tenang dan keluar dari rumah itu kemudian menangis. Sabrina turut menceritakan segalanya pada ibu dan ayahnya sekaligus meluahkan apa yang dirasakan selama ini. Azril mengetahui yang Vivy kini tersepit dan tiada tempat bergantung cuba mengambil kesempatan tersebut dengan menghulurkan bantuan serta mengajak Vivy untuk lari. Dato Sherry bertemu dengan Delaila di hospital, kelihatan Delaila telah sembuh sepenuhnya. Delaila turut menceritakan yang dia tahu apa yang berlaku di rumah Dato Sherry itu dan mengatakan semuanya berpunca dari Dato Sherry sendiri. Dato Sherry insaf dan sedar semuanya berpunca darinya, malah dia juga meminta maaf dan berbaik - baik dengan ibu Sabrina iaitu Shidah. Manakala bapa Sabrina iaitu Daud melamar Rozie untuk menjadi isterinya dan akhirnya Rozie setuju. Ketika Shidah membawa baby Alia bersiar - siar di taman, Vivy kemudian datang dan memaksa Shidah untuk bagi anaknya itu padanya. Sabrina yang sedih menelefon Daniel dan menyuruh Daniel untuk pergi mencari Vivy dan mengambil baby Alia semula.

Daniel menemui Vivy dan menegaskan yang dirinya tak akan menceraikan Vivy, dia juga membiarkan Vivy menjaga baby Alia itu. Sabrina hilang sabar kerana terlalu lama menunggu dan Daniel masih belum mengambil baby Alia daripada Vivy sebaliknya Daniel meminta Sabrina memberikannya sedikit masa lagi. Selain itu, Delaila telah keluar hospital dan tinggal di rumah Dato Sherry, malah Dato Sherry turut menceritakan segalanya pada Delaila mengenai siapa ayah kandungnya dan juga Sabrina. Delaila juga telah mula berbaik - baik dengan Sabrina malah dirinya juga turut berjumpa dengan ayah kandungnya iaitu Daud. Delaila berasa gembira kerana dapat bertemu dengan ayahnya itu. Daniel juga telah mengetahui segala rahsia mengenai Delaila itu yang merupakan kakak tirinya dan juga kakak iparnya. Daniel juga telah berbaik - baik dengan Delaila. Vivy akhirnya menerima pertolongan Azril yang ingin membantunya, malah Vivy juga sempat bertemu dengan Sabrina dan menegaskan yang dirinya tak akan bagi baby Alia pada Sabrina. Hal tersebut telah membuat Sabrina menjadi marah pada Daniel lalu memberi kata dua pada Daniel sama ada mengambil baby Alia tu semula atau pun menceraikan Sabrina. Daniel terkejut dengan keputusan Sabrina, malah Vivy turut melihat, mendengar dan mengetahui apa yang terjadi. 19 Mac ini adalah episod terakhir untuk Drama Syurga Yang Kedua ini iaitu episod 70, selepas ini drama Monalisa akan menyusul untuk menggantikan drama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post