19 Mac 2018

Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 1 Hingga 4

Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Sinopsis Episod 1 Hingga Episod 4, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro Ria, Novel Tak Ada Cinta Sepertimu, Slot MegaDrama, Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Syafiq, Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Ardell Aryana, Nazeera Sardi,
Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 1 Hingga Episod 4

Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini tengah hangat bersiaran di Astro Ria sejak 12 Mac yang lalu. Kalau sebelum ini drama lakonan Syafiq Kyle yang bertajuk Mencintaimu Mr Photographer pernah popular di Astro begitu juga dengan Drama lakonan Zahirah Macwilson yang bertajuk Duda Pujaan Dara itu. Kali ini mereka berdua digandingkan sebagai hero dan heroin Drama Tak Ada Cinta Sepertimu yang juga merupakan adaptasi daripada Novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia. Sudah 4 episod disiarkan dan aku sebagai penonton merasakan jalan cerita drama ini menarik dan ada pengajaran gitu. Pelakon - Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini terdiri daripada Syafiq, Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Ardell Aryana, Nazeera Sardi dan ramai lagi. Jadi dalam entry ini aku nak kongsikan rangkuman sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu untuk episod pertama drama ini hinggalah episod 4, manakala episod lain akan bersambung dalam entry baru yang akan datang minggu seterusnya. Jadi selamat membaca, okey.



Rangkuman Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 1 Hingga Episod 4

Pertemuan pertama Athea (lakonan Zahirah Macwilson) dan juga Hazran (lakonan Syafiq Kyle) berakhir dengan kurang baik, apabila masing - masing berasa sakit kepala dan berebut satu pek panadol di sebuah kedai runcit. Namun perebutan mereka selesai apabila Hazran membahagikan pek panadol itu kepada 2 bahagian dan menyerahkan selebihnya pada Athea dan kemudian berlalu pergi. Walaubagaimanapun Hazran makin benggang apabila ada kereta lain telah menghalang keretanya untuk keluar dan rupa - rupanya kereta tersebut adalah kereta Athea. Athea yang sedar akan kesalahannya cepat - cepat meminta maaf pada Hazran dan sempat menghulurkan roti pada Hazran sebagai tanda minta maaf dan berlalu pergi dari situ. Tak lama kemudian, cermin tingkap rumah Hazran pula pecah disebabkan Qayyum yang bermain bola di kawasan sekitar rumah Hazran. Qayyum dan Qaleef adalah anak saudara Athea tapi Athea yang membesarkan mereka berdua selepas ibu bapa Qayyum dan Qaleef meninggal dunia. Malah Qayyum dan Qaleef menganggap Athea seperti ibu mereka sendiri. Athea akhirnya terpaksa datang ke rumah Hazran untuk menyelesaikan isu cermin tingkap rumah Hazran yang pecah itu.

Athea agak terkejut apabila berjumpa Hazran lagi dan tak sangka mereka tinggal di kawasan yang berdekatan. Hazran juga tak sangka yang Athea sudah berkahwin dan mempunyai 2 anak. Athea berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dan menanggung segala kos membaiki cermin tingkap yang pecah itu. Hazran tertanya - tanya dimana suami Athea, kerana hanya Athea yang bersusah payah menyelesaikan hal tersebut. Tak lama kemudian kucing kesayangan Qaleef iaitu Lulu telah terlepas dan masuk ke rumah Hazran. Qaleef ingin mengambil kucingnya semula namun Hazran yakin kucing tersebut adalah kucingnya yang bernama Smokey yang telah hilang sebelum ini. Hazran kemudian membawa Qaleef pulang ke rumah Athea dan memberitahu Athea pasal kucingnya itu. Athea kemudian menyuruh Qaleef memulangkan Smokey semula pada Hazran namun Qaleef agak keberatan, akhirnya Hazran mendapat Smokey semula. Keesokkan harinya Qaleef yang rindukan kucingnya itu pergi ke rumah Hazran dan meminta kebenaran Hazran untuk menjenguk Smokey dan Hazran membenarkan Qaleef bermain - main dengan Smokey di rumahnya itu. Setelah Hazran berborak - borak dengan Qaleef barulah dia tahu yang Qaleef dan Qayyum adalah anak saudara Athea dan Athea masih belum berkahwin.

Sejak dari itu Hazran makin akrab dengan Qaleef, Qayyum dan juga Athea, mereka juga kadang - kadang keluar makan bersama. Malah Hazran sentiasa rajin membantu, jika Athea memerlukan pertolongan. Tak lama kemudian, Athea akhirnya tahu yang Hazran sudah pun mempunyai tunang bernama Bella. Malah Athea juga sempat bertemu dengan Bella beberapa kali bagi membincangkan tentang hal kerja kerana Hazran ingin menggunakan khidmatnya untuk mereka design rumahnya. Walaubagaimanapun kelihatan Bella tidak begitu suka dengan Athea, Bella sering tidak puas hati dengan Hazran kerana sentiasa sibuk dan tidak ada masa dengannya. Namun Bella tidak sedar, majikannya yang bernama Kamarul, sudah lama menaruh hati padanya dan sentiasa mencari peluang untuk rapat dengan Bella. Kamarul juga sentiasa cemburu melihat Bella dan Hazran dan mencari peluang untuk merampas Bella dari Hazran. Kamarul kemudiannya telah meminta bantuan Bella untuk menemaninya pulang ke kampung dan berpura - pura menjadi teman wanitanya disana, kerana ada kenduri kahwin di rumahnya itu. Bella awalnya agak keberatan namun akhirnya bersetuju setelah Kamarul merayu dan memujuknya untuk menolongnya.

Keluarga Kamarul suka dengan Bella namun dalam masa yang sama, tunang Bella iaitu Hazran jatuh sakit dan meminta bantuan Bella untuk menghantarnya ke klinik. Namun Bella tidak dapat menolong Hazran kerana dia kini berada di rumah keluarga Kamarul. Athea yang datang ke rumah Hazran untuk menyiapkan kerjanya sedar yang Hazran sakit dan cuba membantunya.

1 ulasan:

  1. yang dikejar pandang orang lain padahal yang menaruh hati ada depan mata je :P

    BalasPadam



My Random Post