24 Feb 2017

Review Goosebumps & The Intern (English Movie)

Sinopsis, Movie, Filem, English Movie, Ulasan Filem, Review, Goosebumps, The Intern, Senarai Pelakon Filem Goosebumps, Jack Black, Dylan Minnette, Odeya Rush, Ryan Lee, Senarai Pelakon The Intern, Robert De Niro, Anne Hathaway, Rene Russo, Anders Holm, Andrew Rannells, Adam Devine,
Review Goosebumps & The Intern (English Movie)

Hari ini aku nak review secara ringkas tentang kedua -dua filem ini, so lets check it out :-

Filem Goosebumps

Dilakonkan oleh Jack Black, Dylan Minnette, Odeya Rush, Ryan Lee dan ramai lagi. Permulaan cerita filem Goosebumps ini mungkin agak perlahan  dan sedikit boring. Agak stress juga dengan perangai Zach yang menyibuk betul tentang hal jirannya yang pelik iaitu Stine dan anaknya Hannah, Zach mensyaki yang Stine telah mendera Hannah siap panggil polislah, lepas itu pecah masuk rumah jirannya itu dan secara tidak sengaja telah melepaskan segala raksasa / makhluk pelik, ganas dan jahat dari sebuah buku yang dikunci. Jalan cerita mula menjadi semakin menarik bila raksasa mula keluar dari buku tersebut dan mencetuskan huru hara di bandar kecil itu. Aku rasa paling best sekali masa mereka semua kena serang dengan raksasa kecil yang banyak tu, siap dah pukul sampai pecah pun, raksasa kecil / orang kerdil itu boleh bercantum semula. Terdapat juga twist dalam filem ini yang mana Hannah itu juga bukan manusia tapi hantu dan menyebabkan dirinya juga terpaksa pergi tapi endingnya masih hapy ending juga. Cara untuk menghapuskan semua raksasa tersebut adalah dengan menulis semula jalan ceritanya menggunakan mesin taip yang ajaib itu. Di ending filem ini macam tergantung juga sebab mungkin ada sequel kot sebab The Invisible Man itu masih terlepas dan dia pula yang menaip jalan ceritanya sendiri menggunakan mesin taip tesebut. Apapun aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk filem Goosebumps

Filem The Intern

Dilakonkan oleh Robert De Niro, Anne Hathaway, Rene Russo, Anders Holm, Andrew Rannells, Adam Devine dan ramai lagi. Permulaan cerita filem ini sangat baik, sebab boleh nampak yang syarikat Fesyen Online tersebut sememangnya sangat sibuk terutamanya orang penting dalam syarikat fesyen tersebut iaitu Jules Ostin. Bila muncul beberapa pekerja baru (Intern) dari program Senior Internship Program membuatkan syarikat tersebut makin meriah. Walaubagaimanapun Jules Ostin tidak begitu suka bekerja dengan orang tua yang dirasakannya tidak dapat mengikut rentaknya. Kehadiran Ben yang berumur 70 tahun untuk menjadi Intern kepada Jules Ostin membuatkan Jules tidak begitu mempedulikan Ben. Malah Jules juga jarang memberikan kerja pada Ben membuatkan Ben terpaksa berdikari sendiri dan mencari jalan untuk berbaik - baik dengan Jules. Apapun aku suka dengan watak Ben yang sangat peramah, ceria dan senang didekati dan membuatkan semua orang dalam syarikat tersebut senang dengan kehadiran Ben disitu. Ben juga pandai mencari peluang untuk menolong Jules Ostin dengan melantik dirinya sendiri menjadi pemandu Jules, sekaligus secara tak langsung dapat berkenalan dengan suami dan anak Jules. Ben yang ringan tulang mengemas barang - barang yang berselerak tanpa disuruh membuatkan Jules senang hati. 

Malah Ben juga tidak akan pulang ke rumah selagi Jules tidak pulang dan teruskan bekerja. Hal ini sekaligus merapatkan mereka, kerana Jules mula berborak - borak dan makan bersama -sama dengan Ben. Aku juga suka scene Ben dan 3 orang pekerja syarikat yang lain pecah masuk ke rumah ibu bapa Jules untuk mencari laptop dan memadamkan email yang Jules tersalah hantar itu. Lama - kelamaan Jules Ostin mula terbuka untuk berkongsi masalahnya dengan Ben, dimana Jules telah mencerita masalahnya dimana suaminya telah curang dan Ben telah menasihatinya. Aku rasa masalah Jules pasal rumah tangganya itu macam tak perlu je dalam movie ini, sebab aku lebih suka kalau masalah tentang suaminya itu lebih serius, misalnya mereka bercerai dan kemudian Jules bertemu dengan lelaki lain yang lebih baik dan kacak hehehe. Apa pun aku bagi 7.7 Bintang untuk filem The Intern ini dari 10 Bintang.

Gambar diatas credit to https://www.flickr.com

4 ulasan:

  1. goosebump KG dah tengok...boooooleh la

    BalasPadam
  2. wahhh.. rajinnya review


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html .pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    BalasPadam



My Random Post