21 Jul 2022

Drama Honey-Moon Lakonan Ben Amir dan Zara Zya Slot Lestary TV3



Drama Honey-Moon, Drama Honey-Moon TV3, Drama Slot Lestary TV3, Drama Honey-Moon Slot Lestary TV3, Poster Drama Honey-Moon, Info dan Sinopsis Drama Honey-Moon, OST Drama Honey-Moon, Drama Honey-Moon Cast, Pelakon - Pelakon Drama Honey-Moon, Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Azizul Ammar, Wanns Ahmad, Neera Azizi, Dynas Mokhtar, Fazlina Ahmad Daud, Rashdan Baba, Drama Baru Zara Zya, Drama Baru Ben Amir,
Drama Honey-Moon Episod 1 Hingga 20 Lakonan Ben Amir dan Zara Zya Slot Lestary TV3

Drama Honey-Moon adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama popular Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqeen dan Anna Jobling yang telah tamat episodnya. Drama Honey-Moon ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 16 Julai 2022 yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Honey-Moon ini adalah Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Azizul Ammar, Wanns Ahmad, Neera Azizi, Dynas Mokhtar, Fazlina Ahmad Daud, Rashdan Baba, Ema Latah, Fiza Thomas, Khalaf Zulkafli dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel Honey-Moon karya Nurharyati Ishak dan mempunyai 20 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, Zara Zya jadi tembam dalam drama ni, tapi muka dia maintain tak tembam pun hehehe. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Honey-Moon ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Honey-Moon

Zara Zya sebagai Moon
Ben Amir sebagai Ilham
Wanns Ahmad sebagai Jiman
Dynas Mokhtar sebagai Hajah Aminah
Rashdan Baba sebagai Haji Shafie
Fiza Thomas sebagai Heffa
Khalaf Zulkafli sebagai Jimmy




Sinopsis Drama Honey-Moon Lakonan Ben Amir dan Zara Zya Slot Lestary TV3

Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri.

Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga…

Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…

Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.

“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - MOON

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.

Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.


Lagu Tema / OST Drama Honey-Moon


👄👄 Hey Honey nyanyian Maria


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Nenda Slot Sakura (TV3)


👉👉 Drama Jodohku Babysitter Lakonan Aliff Aziz dan Intan Najuwa Episod 1 Hingga 20 Di Slot MegaDrama Astro Ria


💝💝 Drama Ratu Ten Pin 2 Shalin Episod 1 Hingga 20 Astro Ria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post