30 Jun 2022

Drama Tarik Aku Ke Syurga Episod 1 Hingga 28 Di Slot Samarinda TV3



Drama Tarik Aku Ke Syurga, Drama Tarik Aku Ke Syurga TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Info dan Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga, Drama Tarik Aku Ke Syurga Full Episode, Drama Tarik Aku Ke Syurga Episod 1 Hingga 28, Poster Drama Tarik Aku Ke Syurga, Tarik Aku Ke Syurga Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tarik Aku Ke Syurga, Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Keith Foo, Hafreez Adam, Izzendra,

Drama Tarik Aku Ke Syurga adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang telah tamat episodnya. Drama ini disiarkan bermula 23 Jun 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Tarik Aku Ke Syurga ini adalah Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Keith Foo, Izzendra, Lisdawati, Hafreez Adam, Khairil Anwar, Aleeza Kasim, Esma Daniel, Zila Bakarin, Mahmud Ali Bashah, Afzan A Rahman, Idzham Ismail, Ayra Messi, Nada Nursyuhada, Sean Lee dan ramai lagi. Selain itu drama ini diinspirasikan daripada Novel Tarik Daku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman. Drama Tarik Aku Ke Syurga ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Malek Rahman serta diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Ini merupakan drama pertama Nelissa Nizam menjadi watak utama iaitu sebagai heroin. Sebelum ni dia banyak berlakon sebagai watak pembantu saja. Apa pun nampak menarik kan drama ini, cuma ada sikit perbezaan je antara versi novel dan drama ni, contohnya watak utama dalam novel ni adalah seorang gay manakala versi drama pula ianya ditukar apabila watak utama digambarkan seorang playboy gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tarik Aku Ke Syurga ini beserta sinopsisnya sekali dibawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Tarik Aku Ke Syurga

Zul Ariffin sebagai Zamri
Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
Keith Foo sebagai Shawn
Lisdawati sebagai Hajah Raudah
Izzendra sebagai Natasha
Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad
Aleeza Kasim sebagai Datin Maria
Esma Daniel sebagai Dato Azman
Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah
Mahmud Alibashah sebagai Haji Nizam
Hafreez Adam sebagai Kashaf
Nada Nursyuhada sebagai Che Pah
Afzan A.Rahman sebagai Doktor Bakri
Idzham Ismail sebagai Dahlan
Ayra Messi sebagai Julia
Nabil Aqil sebagai Aidil
Khafizah Hanafie sebagai Puan Zaimah
Zizi Hazirah sebagai Rahila 
Sean Lee sebagai Dr Chin




Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga Lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam - Slot Samarinda TV3

Zamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan penceramah bebas yang sangat berpengaruh. Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam. Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?
Drama Tarik Aku Ke Syurga, Drama Tarik Aku Ke Syurga TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Info dan Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga, Drama Tarik Aku Ke Syurga Full Episode, Drama Tarik Aku Ke Syurga Episod 1 Hingga 28, Poster Drama Tarik Aku Ke Syurga, Tarik Aku Ke Syurga Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tarik Aku Ke Syurga, Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Keith Foo, Hafreez Adam, Izzendra,
Sinopsis Novel Tarik Aku Ke Syurga 

Tuduhan anak derhaka oleh Hajah Raudah bagai membenam diri Zamri ke dasar bumi yang gelap dan menyeksakan.
“Umi, ampunkan Zam. Berilah Zam peluang untuk betulkan kesilapan diri Zam…”
Akhirnya, Zamri yang tiada pilihan, terpaksa menurut sahaja kemahuan keluarga walaupun hatinya tertutup untuk wanita.
 “Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya. Kalau syarat umi ini tak dapat kamu patuhi, anggap sajalah yang umi ini sudah mati.”
 Ternyata wanita yang halal itu belum dapat disentuh Zamri. Saat itu,  Zara bagaikan dapat meneka perangai pelik Zamri yang tidak pernah memandangnya sebagaimana selayaknya seorang suami memandang isterinya.
“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walau pun setelah tahu awak tak normal….”
Tidak semudah itu Ricky mahu melepaskan Zamri yang sudah banyak termakan budinya. Demi sebuah dendam, Ricky tekad memisahkan kedua pasangan suami isteri itu dengan sihir pemisah?
“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.”
Adakah Zamri mampu berubah?
Berjayakan Ricky melunaskan dendamnya kesumatnya?
Zara pula menjadi mangsa keadaan demi menyelamatkan maruah keluarga Zamri.
Perlukah dendam dan kesakitan ini dibawa sehingga ke penghujung nyawa?
Atau adakah cinta mengatasi segalanya?

Runut Bunyi / Lagu Tema / OST Drama Tarik Aku Ke Syurga

👄 Bukti Cinta nyanyian Wanie Ooi
👄 Kekasih nyanyian Aiman Sidek, Aniq Muhai & Aliff Azhari
👄 Teristimewa nyanyian Aiman Sidek

Drama Tarik Aku Ke Syurga Full Episode

Drama ini boleh ditonton di slot Samarinda TV3 serta turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post