30 Jul 2020

Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri Lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil




Drama Pelindung Seorang Puteri, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff, Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri, Drama Baru Lisa Surihani, Drama Baru Farid Kamil, Poster Drama Pelindung Seorang Puteri,

Drama Pelindung Seorang Puteri adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang mula bersiaran sejak 28 Julai yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara yang menarik bila drama ini menggandingkan kembali Lisa Surihani dan Farid Kamil yang last berlakon sekali dalam filem popular Lagenda Budak Setan. Manakala Yusri Abdul Halim yang juga suami Lisa Surihani menjadi pengarah drama ini. Antara pelakon drama Pelindung Seorang Puteri ini adalah Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed, Hafidzuddin Fazil, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Haris Ismail, Juliana Evans, Jasmine Suraya, Norreen Iman, Farah Wahida, Faez Nick dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 16 episod dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Seperti drama lain, drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Pelindung Seorang Puteri karya novelis Mia Kiff. Manakala lagu tema / OST Drama Pelindung Seorang Puteri ini bertajuk Terlanjur Cinta nyanyian Hael Husaini dan Cakra Khan. Nampak menarik drama ini kan, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri 
Lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil (Astro Ria)

Mengisahkan Rose (Lisa Surihani) yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah, Rose juga sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut. Adakah Firdaus (Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh. Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut? Lebih tragis bila Rose dah berkahwin barulah dia sedar yang suaminya serta ibu mertuanya bermasalah dan berperangai pelik. Apa yang berlaku seterusnya?.
Drama Pelindung Seorang Puteri, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff, Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri, Drama Baru Lisa Surihani, Drama Baru Farid Kamil,
Sinopsis Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff

Mahunya tak terkejut, tiba-tiba muncul seorang lelaki menuntut janji nak berkahwin dengan dia? Katanya mereka pernah berjanji satu ketika dulu? Bila? Semasa kecil? Rose mana ingat? Melihat kesungguhan Saiful, akhirnya Rose terbuka hati menerima Saiful sebagai suami.
Selepas berkahwin, ibu mentua, Mak Dak Liza (Haleeda Mazlin)masih tetap membenci Rose atas satu punca yang dia sendiri bingung. Salahnya dicari dan aibnya dicanang. Saiful pula, sentiasa membuatkan Rose tertekan dengan sikapnya yang aneh dan tak disangka-sangka. Sekejap penyayang, sekejap menyakitkan dan Rose cuba untuk bersabar.
Drama Pelindung Seorang Puteri, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff, Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri, Drama Baru Lisa Surihani, Drama Baru Farid Kamil,
Tak sangka, Saiful berahsia yang dia merupakan pesakit mental Obsessive-compulsive disorder (OCD) yang perlu bergantung pada ubat. Bagi Saiful, Rose penyembuh dan bagi emaknya, Rose punca.
Adakah alasan itu menghalalkan kelukaan buat Rose atau Saiful cuma gunakan alasan sakit itu demi melindungi sisi jahatnya?
Muncul Hazril menjadi pelindung buat dirinya. Mampukah Rose menempuhi alam berumah tangga yang penuh onak duri ini atau Rose berundur akhirnya? Bahagiakah Rose dengan jalan yang dipilih? Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?

Jom Baca Ini juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Sinopsis Drama Filipina Until We Meet Again (TV3)

4 ulasan:

  1. menariknya tp syg xleh tgk..rumah ni xde astro :D

    BalasPadam
  2. wah menarik ni , palin suka gabungan lisa surihani farid kamil

    BalasPadam
  3. alahaiiii legend belaka barisan pelakon... nak tengok takde astro pulak dekat rumahhh

    BalasPadam
  4. Dah siap downloaded, tapi belum tgk lagi... but pelakon best2 so kenaaaa cepat tgk ni

    BalasPadam



My Random Post