6 Feb 2020

Drama Aku Dia dan Pinky Promise (TV Okey)




Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Novel Aku Dia dan Pinky Promise Karya Anna Lee, Drama Adaptasi Novel, TV OKEY, Drama Melayu RTM, Drama Bersiri TV Okey, Sinopsis Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Poster Drama Aku Dia dan Pinky Promise, OST Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Info - Info Mengenai Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud,

Drama Aku Dia & Pinky Promise ini sudah mula disiarkan di TV Okey (Astro 109, UnifiTv 110 dan Myfreeview 110) pada setiap hari, jam 10 malam bermula 25 Januari yang lalu. Antara pelakon drama Aku Dia dan Pinky Promise ini adalah Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Drama 20 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Aku Dia dan Pinky Promise karya novelis Anna Lee. Selain itu drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya Sdn Bhd. Aku memang tengok drama ni sebab jalan ceritanya best, pelakon pun best. Bila tengok drama ni penonton dapat mengimbau kenangan zaman persekolahan dulu gitu. Drama ni masa episod - episod awal memang kelakar sampai aku pun boleh tergelak dan tersengih hahaha. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Aku Dia dan Pinky Promise Lakonan Sweet Qismina, Syafie Naswip dan Adam Lee

Siti Saleha (Sweet Qismina) berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki. Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya. Kedua, cari Daniel (Adam Lee)! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin. Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan Asnan (Iman Zulkarnain), teman lelaki Sal ketika itu terkejut kerana layanan dingin Saleha terhadapnya. Asnan menentang keras tindakan Sal bertukar aliran. Namun, kemunculan Azri (Syafie Naswip) yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara. 
Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Novel Aku Dia dan Pinky Promise Karya Anna Lee, Drama Adaptasi Novel, TV OKEY, Drama Melayu RTM, Drama Bersiri TV Okey, Sinopsis Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Poster Drama Aku Dia dan Pinky Promise, OST Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Info - Info Mengenai Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud,
Azri yang sekelas dengan Sal sering mengganggu Sal sehinggalah berlakulah satu kejadian yang membuat Azri terpaksa berjanji dengan Sal dan mereka mula berkawan baik. Tak lama kemudian Cikgu Ariffin (Ikhram Juhari) menuduh Sal bertukar kelas atas alasan bercinta dengan Azri. Asnan yang cemburu hubungan baik Sal dengan Azri bersemuka dengan Sal namun Azri segera mempertahankan Sal seperti yang dipersetujui dalam ‘pinky promise’. Asnan dan Sal akhirnya putus dan Azri gembira bila Saleha / Sal kini sudah solo. Pertemuan Sal dengan Daniel tunangnya pada masa hadapan membuatkan Azri cemburu dan kecewa. Sal hairan apabila Azri bersikap dingin dengannya. Azri memaklumkan yang dirinya rasa dipergunakan Sal untuk bertemu Daniel. Saleha tertanya - tanya sendiri mengenai Azri yang tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?
Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Novel Aku Dia dan Pinky Promise Karya Anna Lee, Drama Adaptasi Novel, TV OKEY, Drama Melayu RTM, Drama Bersiri TV Okey, Sinopsis Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Poster Drama Aku Dia dan Pinky Promise, OST Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Info - Info Mengenai Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud,
Lagu Tema / OST Drama Aku Dia dan Pinky Promise
⏩ Sekali Lagi nyanyian Naim Daniel
⏩ Bidadari nyanyian Ismail Izzani

Jom Baca ini juga ➔ Top 21 Drama Korea Terbaik 2019

2 ulasan:



My Random Post