8 Feb 2020

Sinopsis Telefilem Ghairah Lakonan Hisyam Hamid dan Sara Ali




Telefilem Ghairah, Telemovie Ghairah, Astro Citra, Sinopsis Telefilem Ghairah, Poster Telefilem Ghairah, Senarai Pelakon Telefilem Ghairah, Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar, Telefilem Astro 2020,

Telefilem Ghairah akan disiarkan di Astro Citra pada 8 Februari 2020, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Ghairah ini adalah Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ghairah ini diarahkan oleh Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Dear Creative Sdn Bhd. Telefilem ini adalah adaptasi daripada Novel Ghairah karya Zura Anwar, nampak menarik telefilem ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye. Sinopsis penuh akan diupdate nanti..




Sinopsis Telefilem Ghairah Lakonan Hisyam Hamid dan Sara Ali (Astro Citra)

Mengisahkan Dani (Hisyam Hamid) yang hilang ingatan selepas mengalami satu kemalangan misteri. Ara (Sara Ali) isteri pada Dani merupakan seorang wartawan mula menjaga Dani dan cuba mengembalikan ingatan Dani. Rakan sekerja Ara iaitu Hafiz (Jay Iswazir) berasa sangsi dengan kejadian yang menimpa Dani. Dia merasakan ada seseorang yang memburu Dani tapi Dani bernasib baik kerana terselamat. Hafiz cuba menyiasat kes Dani namun Ara tidak mahu Hafiz untuk terus menyiasat kes tersebut dan campurtangan dalam hidup Dani. Ara kemudian membawa Dani pulang ke rumah mereka yang terletak dikawasan terpencil dan awalnya semuanya kelihatan baik, namun lama - kelaman Dani mula berasa sangsi dengan perlakuan isterinya Ara. Dipisahkan dari dunia luar membuatkan Dani semakin panik. Siapakah ara sebenarnya? Apa yang berlaku seterusnya?

Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid
➔ Drama Dua Takdir Cinta (Slot Tiara Astro Prima)

1 ulasan:



My Random Post