4 Dis 2019

Movie Review : Hush (2016)




Hush, Movie, Filem, English Movie, Hush Movie, Filem Hush, English Movie Hush, Hush Movie 2016, Thriller, Sinopsis Filem Hush, Review, My Opinion, Ulasan Filem Hush, Suspen, Movie Review By Miss Mulan, Senarai Pelakon Filem Hush, Kate Siegel sebagai Maddie Young, John Gallagher Jr. as The Man, Michael Trucco sebagai John Stanley, Samantha Sloyan sebagai Sarah Greene dan Emilia Graves sebagai Max, Hush Movie Poster,

Hari tu berkesempatan tengok movie Hush ni, dah lama nak tengok movie ni tapi baru sekarang ada masa nak layan movie Hush ni. Memang ramai yang recommend movie Hush ni untuk ditonton sebab jalan ceritanya yang suspen dan mendebarkan. Malah movie Hush ini juga telah di remake menjadi filem hindustan dan filem tamil iaitu Khamoshi (2019) dan Kolaiyuthir Kaalam (2019). Berbalik pada filem Hush (2016) ini, memang tak senang duduk tengok movie ni sebab suspen kot, siap terbayang kalau kita mengalami situasi yang sama, apa yang kita akan lakukan?. Movie ni tak memerlukan ramai pelakon, hanya perlu 5 pelakon je iaitu Kate Siegel sebagai Maddie Young, John Gallagher Jr. as The Man, Michael Trucco sebagai John Stanley, Samantha Sloyan sebagai Sarah Greene dan Emilia Graves sebagai Max. Mengisahkan tentang Maddie yang pekak dan bisu yang tinggal di kawasan terpencil di dalam hutan dan merupakan penulis buku. Pada suatu malam, jiran Maddie iaitu Sarah telah dibunuh di depan pintu rumah Maddie oleh seorang pembunuh psiko. Malangnya Maddie langsung tidak sedar ada pembunuh sedang berlegar - legar di kawasan rumahnya serta berjaya masuk ke rumahnya dan mencuri handphone Maddie. 
Hush, Movie, Filem, English Movie, Hush Movie, Filem Hush, English Movie Hush, Hush Movie 2016, Thriller, Sinopsis Filem Hush, Review, My Opinion, Ulasan Filem Hush, Suspen, Movie Review By Miss Mulan, Senarai Pelakon Filem Hush, Kate Siegel sebagai Maddie Young, John Gallagher Jr. as The Man, Michael Trucco sebagai John Stanley, Samantha Sloyan sebagai Sarah Greene dan Emilia Graves sebagai Max, Hush Movie Poster, GIF, Hush Gif,
Walaupun boleh membunuh Maddie dengan mudahnya, pembunuh psiko berkenaan mahu bermain game dengan Maddie terlebih dahulu. Pembunuh psiko itu tidak masuk ke rumah Maddie sebaliknya hanya memerhati gerak - geri Maddie di luar rumah saja. Maddie yang ketakutan itu sedar yang dia perlu keluar dari rumah itu untuk meminta pertolongan. Pelbagai cara yang dilakukannya hingga menyebabkan dia cedera parah dan kehilangan banyak darah tapi dia masih hidup. Maddie sedar yang dia perlu membunuh pembunuh psiko itu dengan cara apa pun, tapi hal itu tidak mudah kerana dia sendiri telah cedera parah. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu serba sedikit sinopsis movie Hush ini. Apa pun si Maddie tu memang berani betul sebab beberapa kali membuat percubaan untuk keluar dari rumahnya itu untuk melarikan diri. Even pembunuh psiko tu pun turut tercedera juga sebab fight dengan Maddie. Tapi pembunuh tu tak cedera seteruk Maddielah kan. Walaupun banyak scene hanya melibatkan Maddie dan pembunuh psiko tu, tapi tu dah cukup intense dan mendebarkan.
Hush, Movie, Filem, English Movie, Hush Movie, Filem Hush, English Movie Hush, Hush Movie 2016, Thriller, Sinopsis Filem Hush, Review, My Opinion, Ulasan Filem Hush, Suspen, Movie Review By Miss Mulan, Senarai Pelakon Filem Hush, Kate Siegel sebagai Maddie Young, John Gallagher Jr. as The Man, Michael Trucco sebagai John Stanley, Samantha Sloyan sebagai Sarah Greene dan Emilia Graves sebagai Max, Hush Movie Poster,
Rumah Maddie tu cantik giler tapi banyak betul pintunya, jenuh Maddie kelam - kabut nak kunci pintu -pintu tu semua dari dimasuki pembunuh tu. Rumah tu dah cantik tapi sayangnya terletak dalam hutan pula tu, rumah jiran pun agak jauh, memang bahaya, tambah - tambah kalau duduk seorang diri. Filem Hush yang berdurasi 81 minit arahan Mike Flanagan ini memang best untuk ditonton dan aku bagi 9.5/10 bintang untuk movie ini.



2 ulasan:

  1. baik, sekarang jugak nak cari pastu tengok masa lunch hour japgi. hehehehee

    BalasPadam
  2. Banyak recommend cerita ni. Kene tengok juga ni

    BalasPadam



My Random Post