12 Dis 2019

Baca Online Novel Tq Kapten Karya Qash Irdina




Novel TQ Kapten, Baca Online Novel TQ Kapten Bab 1 Hingga Bab 10, Novel Online Tq Kapten, Novelis Qash Irdina, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu 2019, Drama Bersiri Astro 2019, Drama TQ Captain, Slot MegaDrama, Astro Ria, Pelakon - Pelakon Drama Tq Captain, Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok, Raf Yaacob, Natrah Khalid, Fadhli Masoot, Harris Annuar, Muntazar Ghani, Nurul Fateha, Jalaluddin Hassan, Safura Ya'cob, Sinopsis Novel Tq Kapten, Cover Depan Novel Tq Kapten,

Novel Tq Kapten Karya Qash Irdina telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod iaitu drama TQ CAPTAIN yang sekarang ini tengah hangat bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria. Hisyam Hamid dan Mawar Rashid akan menjadi teraju utama drama Tq Captain ini. Hisyam Hamid akan memegang watak sebagai Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin manakala Mawar Rashid akan memegang watak sebagai Mikayla Mirza. Selain Hisyam Hamid dan Mawar Rashid, pelakon lain yang turut berlakon dalam drama TQ Captain ini adalah Natrah Khalid sebagai Elle, Tomok sebagai Amsyar, Mark Adam sebagai Zafrel, Raf Yaacob sebagai Leftenan Bazli dan ramai lagi. Jadi sambil - sambil menonton versi dramanya di TV tu, korang juga boleh baca novel Tq Kapten ini secara online juga, caranya korang cuma perlu klik link di bawah tu ye. Tapi tak semua bab ada, kalau nak baca novel penuh, sila beli dan dapatkan novel ini di pasaran okey. Apa pun jom tengok sinopsis novel Tq Kapten di bawah ini ye..




Sinopsis Novel TQ Kapten Karya Qash Irdina


Mikayla Mirza atau Double M, si cantik jelita yang workaholic, aktif dan terkenal kerana kelincahan dan kepetahannya di hadapan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Winfrey. Namun, realiti itu tidak seindah Instagram. Kerjanya bertimbun-timbun sehinggakan ibunya sering memetir di hujung talian memintanya agar selalu pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands. Insiden pertama dan memalukan menemukan dia dengan Kapten Dihya’, mat perang kacak bergaya di RnR. Tidak cukup dengan insiden itu, mat perang itu juga menjadi hero menyelamatkannya. Cerita masam manis Mikayla dan Kapten Dihya’ berlarutan hingga ke Sungai Palas, Cameron Highlands. Semanis-manis aiskrim strawberi, manis lagi memori sewaktu mereka berdua sepanjang di kampung halaman Mikayla. “Kerja nombor satu. Awak nombor dua.”- Kapten Dihya’ Amboi, padu betul ayat dia! “Lupakan saja. Selagi kerja awak nombor satu.”- Mikayla 
Novel TQ Kapten, Baca Online Novel TQ Kapten Bab 1 Hingga Bab 10, Novel Online Tq Kapten, Novelis Qash Irdina, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu 2019, Drama Bersiri Astro 2019, Drama TQ Captain, Slot MegaDrama, Astro Ria, Pelakon - Pelakon Drama Tq Captain, Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok, Raf Yaacob, Natrah Khalid, Fadhli Masoot, Harris Annuar, Muntazar Ghani, Nurul Fateha, Jalaluddin Hassan, Safura Ya'cob, Sinopsis Novel Tq Kapten, Hero dan Heroin Drama Tq Captain,
Ayat orang tak nak kalah. Mikayla menjunjung ego. Kapten Dihya’ angkat kaki. Masa itu, baru kenal erti rindu. Oleh kerana bumi ini bentuknya sfera, mereka asyik sahaja bertemu. Bercakar belum lagi, cuma bertikam lidah. Sekejap sayang, esok membenci. Tapi bila rindu, seorang asyik tengok WhatsApp sambil menangis tak berlagu, seorang lagi tiup seruling lagu Kamelia. Masuk angin keluar asap! “Don’t you dare challenge me, Dihya’. Just because that I confessed my own feelings towards you lately, you buat I rasa macam perempuan murah. Go to hell with your pride and concern.” - Mikayla “Pasal Mikayla, aku memang sayang kat dia. Cuma perasaan sayang ni aku serahkan kepada Allah. Apa yang kita sayang, biar Allah yang jaga.”- Kapten Dihya’ Ada rahsia yang perlu dibongkar. Kerana selagi itu, cinta antara Mikayla dan Kapten Dihya’ tidak akan bersatu sampai bila-bila. Tapi, siapakah yang akan membongkarkan rahsia itu? Bersatukah dua jiwa itu akhirnya?

➔ Baca Online Novel TQ Kapten Bab 1 Hingga Bab 10 ⤌ 

Jom Baca ini juga ➽ Drama Mama Papa Ekspres (Slot Dahlia TV3)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post