1 Jun 2019

Movie Review - Look Away




Look Away, Movie, English Movie, Film, Look Away Movie, Look Away Film, Movie Review, Sinopsis English Movie Look Away, Poster Filem Look Away Lakonan India Eisley, Ending Movie Look Away, Pelakon Filem Look Away, India Eisley, Mira Sorvino, Jason Isaacs, Penelope Mitchell, Harrison Gilbertson, John C. MacDonald,
Review Look Away - English Movie

Hari ini aku nak buat review english movie yang bertajuk Look Away lakonan India Eisley. Antara sebab utama aku tengok movie Look Away ni adalah kerana pelakonnya. Aku agak familiar dengan pelakon India Eisley ni sebab pernah tengok telemovie lakonannya kat TV dulu dan dia pegang watak psiko dalam cerita tu. Jadi aku rasa kemungkinan besarlah movie ni akan best, tambah - tambah bergenre seram gitu, tapi tak adalah seram mana pun hehe. Antara pelakon movie Look Away ini adalah India Eisley, Mira Sorvino, Jason Isaacs, Penelope Mitchell, Harrison Gilbertson, John C. MacDonald dan ramai lagi. The film is written and directed by Assaf Bernstein and release 12 October 2018. India Eisley memegang watak Maria dalam movie ini, dia ni anak tunggal, cantik tapi tak ada keyakinan diri, tidak suka bersosial dengan orang lain dan sering dibuli oleh rakan sekolahnya. Maria hanya ada seorang saja kawan yang bernama Lily (Penelope Mitchell) tapi Lily ni boleh dikatakan kawan masa senang saja, masa susah dia pun lari entah kemana. Maria ni menyimpan perasaan pada boyfriend Lily iaitu Sean (Harrison Gilbertson) sebab Sean seorang yang gentleman dan sanggup mempertahankan dirinya ketika dia dibuli. Maria berasa cemburu dengan Lily yang mempunyai hidup yang sempurna. 




Maria sentiasa hidup tertekan tambah - tambah bila berada di rumah, dia juga merahsiakan tentang dirinya dibuli di sekolah dari pengetahuan ibu bapanya. Maria juga stress dengan sikap ibu bapanya yang berpura - pura menjadi pasangan bahagia sedangkan mereka semua tidak bahagia. Maria tahu bapanya telah curang dengan ibunya tapi ibunya pula berlakon seperti tidak tahu apa - apa. Kejadian misteri dalam hidup Maria bermula apabila dia terjumpa satu sonogram gambar anak kembar dan selepas itu dia mula dihantui dengan seorang wanita bernama Airam yang mirip dengannya yang berada di sebalik cermin. Walaupun awalnya dia takut tapi lama - kelamaan dia mula rapat dengan Airam kerana Airam sangat memahaminya dan tahu apa yang dia rasakan. Maria sering berborak dengan Airam dengan berdiri di depan cermin di biliknya. Setelah Maria dimalukan dengan teruk di prom sekolah dan Lily juga memulaukannya, Maria akhirnya bersetuju untuk bertukar tempat dengan Airam dan Maria kini berada di sebalik cermin. Airam memulakan misinya untuk membalas dendam bagi pihak Maria. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu adalah serba sedikit sinopsis filem Look Away ini.
Look Away, Movie, English Movie, Film, Look Away Movie, Look Away Film, Movie Review, Sinopsis English Movie Look Away, Poster Filem Look Away Lakonan India Eisley, Ending Movie Look Away, Pelakon Filem Look Away, India Eisley, Mira Sorvino, Jason Isaacs, Penelope Mitchell, Harrison Gilbertson, John C. MacDonald,
Ikutkan memang kesian tengok Maria kena buli tu, terutamanya ketika dia datang kat majlis Prom tu. Dah la tema prom tu kena berkasut roda, bila Maria terjatuh, sorang pun tak tolong tau, siap yang kaki buli tu boleh gi heret dan seret si Maria ni atas lantai. Kesian betul kat Maria masa ni sebab dia merayu jangan buat dia macam tu, geram betul dengan Lily tu juga sebab buat - buat tak kisah. Aku tak sure kenapa Sean tak tolong Maria masa ni, maybe Lily halang kot. Satu lagi aku juga tak faham kenapa Maria perlu rasa rendah diri, sedangkan dia anak orang kaya juga, cantik lagi dari Lily tu tapi mungkin personaliti dia macam tu kot. Bila tengok movie ni memang penonton akan tertanya - tanya dan perlu buat andaian sendiri mengenai siapa Airam dan Maria ni serta apa kaitan mereka berdua. Ending movie Look Away ini juga open ending, sila buat kesimpulan sendiri ye hehe. Walaupun aku suka dengan semua pelakon movie Look Away ni, sayangnya jalan ceritanya terlampau slow dan tak banyak scene - scene suspen. Malah review - review terhadap filem ini juga kebanyakannya adalah negatif. Selain itu filem ini juga tak sesuai ditonton oleh kanak - kanak kerana ada banyak scene - scene yang seksi dan seksa terlampau.

Secara keseluruhannya aku bagi 5.9/10 bintang untuk english movie Look Away ini.

< Blog Dari Hati Miss Mulan >

2 ulasan:

  1. watched something similar but i hate the ending

    BalasPadam
  2. bagus review ni... jadi kite bole tahu nak tgk ke tak movie ni.. sy masih baru dalam dunia blogging.. baru berjinak2 review filem/ drama. hobi sy menonton filem dan drama luar negara... jom datang ke web sy http://www.adnifatem.com/

    BalasPadam



My Random Post