12 Sep 2018

I Can See Your Voice Malaysia (NTV7)




I Can See Your Voice Malaysia, NTV7, Penyiasat, Penyamar Bersuara Sumbang, Penyanyi Sebenar, Hos I Can See Your Voice Malaysia, Shuk Sahar, Alvin Chong, Mark Adam, Jihan Muse, Seelan Paul, Artis Jemputan I Can See Your Voice Malaysia, Chakra Khan, Ayda Jebat, De Fam, Wany Hasrita, Faizal Tahir, Misha Omar, 2018, Rancangan Muzik Misteri, Lawak, Lagu, Menyanyi,
I Can See Your Voice Malaysia NTV7

I Can See Your Voice Malaysia adalah sebuah rancangan muzik misteri yang disiarkan setiap hari sabtu, jam 8.30 malam di ntv7. Rancangan I Can See Your Voice Malaysia yang disiarkan di channel ntv7 ini adalah versi bahasa Melayu sebab ada lagi satu versi tapi ianya dalam bahasa Cina. Ikutkan aku tak pernah tengok langsung versi original iaitu dari Korea tu dan first time aku tengok I Can See Your Voice Malaysia ni, rasa best dan lawak pula hehe. Setiap episod artis jemputan perlu meneka dan menyingkirkan beberapa peserta yang dirasakan penyamar yang bersuara sumbang dengan bantuan penyiasat dan mengekalkan penyanyi sebenar hingga ke pusingan akhir, kemudian peserta akhir yang dipilih oleh artis jemputan itu dapat berduet bersama - sama. Hos I Can See Your Voice Malaysia ini adalah Shuk Sahar dan Alvin Chong, manakala penyiasat tetap pula adalah Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul. 




Memang lawak bila artis jemputan tersalah pilih dan memilih penyamar bersuara sumbang untuk berduet dengan mereka hahaha. Hal ini telah terjadi pada kumpulan De Fam, Faizal Tahir, Hazama dan lain - lain lagi. 
Interaksi para penyiasat dengan hos bersama artis jemputan pun lawak dan menarik juga, kadang - kadang komen diorang boleh buat aku tergelak. Bila artis jemputan dah singkirkan peserta yang disangka penyamar tapi sebenarnya adalah penyanyi, memang nampaklah rasa bersalah tu hahaaha. Manakala semua peserta I Can See Your Voice Malaysia ni nampak sporting betul walaupun dikritik dan digelakkan, especially penyamar yang bersuara sumbang ketika menyanyi. Tapi diorang cool dan slumber gitu. Apa pun jom tengok senarai artis jemputan untuk I Can See Your Voice Malaysia musim pertama (NTV7) di bawah ini okey.

Minggu Pertama - Chakra Khan
Minggu Kedua - Ayda Jebat
Minggu Ketiga - De Fam
Minggu Keempat - Wany Hasrita
Minggu Kelima - Faizal Tahir
Minggu Keenam - Misha Omar
Minggu Ketujuh - Hazama
Minggu Kelapan - Kaka Azraff
Minggu Kesembilan - Black
Minggu Kesepuluh - Ziana Zain
Minggu Kesebelas - Dayang Nurfaizah
Minggu Keduabelas - Altimet
Minggu Ketigabelas - Pasha

2 ulasan:

  1. Layan rancangan ni dari first episode lagi...best utk santai-santai malam minggu

    BalasPadam



My Random Post