29 Sep 2018

Episod Akhir Drama Alamatnya Cinta

Alamatnya Cinta, Drama Aamatnya Cinta, Astro Ria, Slot MegaDrama, Adaptasi Drama Korea Full House, Ending Drama Alamatnya Cinta, Episod Akhir, Sinopsis Episod 24 Drama Alamatnya Cinta (Episod Akhir), Cast, Pelakon Drama Alamatnya Cinta, Hisyam Hamid, Hannah Delisha, Alicia Amin, Yusry Abdul Halim, Cik Manggis, Fahad Iman, Jasmine Suraya, Dian P. Ramlee, Lisa Surihani, Watak Dalam Drama Alamatnya Cinta, Faliq, Ellie, Omar, Damon Degawan, Dian, Poster Drama Alamatnya Cinta,
Episod Akhir Drama Alamatnya Cinta (Astro Ria)

Tamat sudah drama 24 episod, bertajuk Alamatnya Cinta yang merupakan adaptasi daripada Drama Korea Full House. Hisham Hamid dan Hannah Delisha adalah pelakon utama drama Alamatnya Cinta ini dan merupakan kali pertama diorang bergandingan. Ini juga kali pertama aku melihat Yusry Abdul Halim berlakon dalam drama sebab sebelum ini dia selalu berlakon dalam filem mahu pun jadi pengarah saja. Paling sweet bila Lisa Surihani pun ada jadi cameo dalam drama ini sebagai watak Dian. Sebut pasal watak Dian teringat pula dekat filem Istanbul Aku Datang yang mana Lisa turut memegang watak Dian juga dalam filem tu hehe. Pelakon lain dalam drama ini adalah Alicia Amin, Jay Hidhir, Cik Manggis, Fahad Iman, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Manakala Ending drama Alamatnya Cinta ini memang happy ending gitu, apa pun jom tengok sinopsis episod akhir drama Alamatnya Cnta di bawah ini okey. Selamat membaca..




Sinopsis Episod 24 Drama Alamatnya Cinta (Episod Akhir)

Setelah bercerai, Faliq Assad (Hisham Hamid) berusaha untuk memujuk Ellie Farhana (Hannah Delisha) untuk kembali padanya, manakala Ellie pula sudah berjanji akan berkahwin dengan Damon Degawan (Yusry). Ellie memujuk Damon untuk tidak menarik pelaburannya dalam filem lakonan Faliq itu dan Damon bersetuju untuk meneruskannya, manakala Faliq pula ingin melabur dalam filemnya itu dengan duitnya sendiri. Tak lama kemudian Ellie tiba - tiba tidak dapat meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan Damon dan meminta maaf pada Damon lalu pergi dari situ. Damon berasa kecewa kerana Ellie telah meninggalkannya dan Damon berterus terang pada ibunya bahawa Ellie mengingatkannya tentang Dian (Lisa Surihani). Tak lama kemudian Ibu Damon sengaja menyuruh Dian untuk pergi berjumpa dengan Damon dan kemudian mereka sering bertemu dan makin rapat. Manakala Faliq berasa gembira bila Ellie tidak jadi berkahwin dengan Damon dan berusaha pelbagai cara untuk memikat Ellie semula.




Namun Ellie sengaja tidak menghiraukan Faliq, tapi Faliq tidak berputus asa dan cuba terus - terusan untuk berkahwin semula dengan Ellie. Namun Ellie masih lagi jual mahal dan sentiasa mengelak dari bercakap soal kahwin, Faliq juga turut meminta bantuan Omar (Fahad Iman) untuk menolongnya. Akhirnya Faliq cuba mengajak Ellie untuk berkahwin buat kali terakhir dan Ellie akhirnya bersetuju untuk berkahwin tapi bersyarat. Syaratnya Faliq harus membantu Ellie untuk membuat kerja - kerja rumah, tak lama kemudian Ellie dan Faliq menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan menjempat rakan - rakan mereka ke rumah. Kemudian Ellie membuat kejutan pada Faliq dengan memberitahu yang dirinya kini mengandung dan membuatkan Faliq berasa sangat gembira.

5 ulasan:



My Random Post