17 Sep 2018

Ariff Bahran Gagal Ke Final Big Stage




Ariff Bahran, Penyanyi, Lagu Kata Akhirmu, Peserta Big Stage, Konsert Big Stage, Pertandingan Nyanyian, Artis Malaysia, Semi Final Big Stage, Konsert Big Stage Minggu Ke - 7, Ariff Bahran Tersingkir, Final Big Stage, Finalis Big Stage 2018, Profil Ariff Bahran, Biodata Ariff Bahran,
Ariff Bahran Gagal Ke Final Big Stage

Minggu separuh akhir Konsert Big Stage meriah, ditambah lagi dengan semua peserta cuba memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan mereka, kerana semua ingin layak ke pentas akhir Big Stage yang akan berlangsung pada 23 September 2018 ini. Ariff Bahran, Sarah Suhairi dan Baby Shima berada di kedudukan bottom three. Manakala Syafiq Farhain, Wani Kayrie dan Afieq Shazwan mendapat kedudukan tiga teratas. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi Ariff Bahran kerana tersingkir di minggu ketujuh yang merupakan minggu separuh Akhir konsert Big Stage ini. Namun kelihatan Ariff Bahran memang all out dan memberikan persembahan terbaiknya serta nyanyiannya di puji oleh juri. Apa pun syabas buat Ariff Bahran kerana berani dan sentiasa memberikan yang terbaik sepanjang menyertai Big Stage ini. Mengulas persembahan peserta lain, aku rasa semua pun bagi yang terbaik. 




Tapi minggu semi final ini tidak begitu membawa tuah pada Baby Shima kerana berada di tangga terbawah, berbeza pada minggu - minggu sebelum ini. 
Sejujurnya aku memang menyokong Baby Shima dalam Big Stage ini, tapi pemilihan lagu yang kurang sesuai menjadi punca dia tidak dapat perform dengan baik untuk minggu ini. Dia tak patut bawa dua - dua lagu rancak, apa pun sebut pasal juara Big Stage nanti, susah nak teka siapa yang akan menang, tapi rasanya maybe Syafiq Farhain ada peluang besar untuk menang kalau dia menyerlah di Final nanti. Lagi pun aku tak pernah tengok Syafiq Farhain ni masuk dalam bottom three langsung, selalu dalam top 3 gitu. Apa pun all the best buat semua finalis Big Stage 2018 ini. Jom tengok biodata ringkas Ariff Bahran di bawah ini okey..
Ariff Bahran, Penyanyi, Lagu Kata Akhirmu, Peserta Big Stage, Konsert Big Stage, Pertandingan Nyanyian, Artis Malaysia, Semi Final Big Stage, Konsert Big Stage Minggu Ke - 7, Ariff Bahran Tersingkir, Final Big Stage, Finalis Big Stage 2018, Profil Ariff Bahran, Biodata Ariff Bahran,

Nama Penuh: Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari
Tarikh Lahir: 15 Januari 1998
Asal: Selangor
Umur: 20 tahun
Lagu Popular: Kata Akhirmu
Syarikat Rakaman: RUSA Music

3 ulasan:

  1. selalu nampak ariff bahran ni bottom 3. sedih. minggu ni wani perform best dgn ct sarah. dan afieq pun ok dgn ct nordiana.

    minggu depan kita tengok siapa juara. heheheh

    BalasPadam
  2. tu la dgr kata last week punya best..
    nnt nak tgk ulangan....

    BalasPadam



My Random Post