24 Jun 2018

Sinopsis Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga (TV3)

Pendosa Ingin Ke Syurga, Telemovie, Telefilem, TV3, Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga, Sinopsis Telefilem Pendosa Ingin Ke Syurga, Kisah Sedih, Telemovie Raya, Pelakon Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga, Dato Rosyam Nor, Sherie Merlis, Raysha Rizrose, Fauziah Nawi, Alex Yanz, Poster, 2018, Pengajaran,
Sinopsis Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga (TV3)

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga telah pun disiarkan di TV3 pada 22 Jun yang lalu, telemovie ini membariskan ramai pelakon hebat tanah air. Antara pelakon telemovie Pendosal Ingin Ke Syurga ini adalah Dato Rosyam Nor, Sherie Merlis, Raysha Rizrose, Fauziah Nawi, Alex Yanz dan ramai lagi. Selain itu telefilem Pendosa Ingin Ke Syurga ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Jalan cerita telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga ini agak berat juga tapi tetap menarik sebab jarang cerita melayu mengupas isu sebegini. Tambahan lagi agak jarang tengok Dato Rosyam Nor berlakon dalam telemovie sebab dia selalu terbitkan je dan selalu berlakon filem kan. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye, selamat membaca.



Sinopsis Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga

Abdullah (Rosyam Nor) berkahwin dengan Aishah (Sherie Merlis), namun disebabkan pendapatan bekerja di kampung tidak sebanyak mana, dia memutuskan untuk mencari rezeki di bandar pula. Abdullah ingin membawa isterinya Aishah mengikutnya ke bandar namun di halang oleh ibunya (Fauziah Nawi). Aishah kemudian terpaksa tinggal dengan ibu mertuanya di kampung itu, ibu mertua Aishah tidak begitu menyukai Aishah dan melayan Aishah dengan kasar namun Aishah hanya bersabar dengan kerenah ibu mertuanya itu. Abdullah yang berjanji akan kerap pulang ke kampung sudah tiada khabar berita, Aishah kemudiannya mengandung dan berharap Abdullah akan pulang secepat mungkin, namun sehinggalah anak mereka yang bernama Murni (Raysha Rizrose) dah besar pun, Abdullah tetap tidak balik ke kampung. Aishah terus membenci suaminya itu dan langsung tidak pernah menceritakan tentang Abdullah pada anaknya Murni. Murni yang makin dewasa mula memberontak dan akhirnya melarikan diri dari rumah untuk bekerja di bandar. Manakala Abdullah pula telah lupa diri setelah kaya dan dirinya kini dikenali dengan gelaran Shawn dan melakukan kerja - kerja haram.



Murni kemudian berkerja di kelab malam dan bertemu Shawn / Abdullah di situ tanpa mengetahui yang Shawn itu adalah bapa kandungnya. Begitu juga dengan Shawn yang langsung tidak pernah menyangka yang Murni adalah anak kandungnya. Mereka kemudiannya bercinta dan akhirnya berkahwin serta dikurniakan seorang anak lelaki. Tak lama kemudian Murni terkejut melihat perubahan Abdullah / Shawn yang mula mendekati agama dan ingin bertaubat. Disebabkan perubahan Abdullah, Murni juga mula insaf dan turut mengikut tindakan Abdullah untuk turut berubah dan mendekatkan diri dengan tuhan, malah Murni juga sudah berhijab. Abdullah juga sudah berhenti melakukan kerja - kerja haram dan berniat ingin meminta maaf pada isterinya dan ibunya yang berada di kampung. Murni juga teringat dan merindukan ibu dan neneknya di kampung, Murni kemudian mengajak Abdullah untuk pulang beraya di kampung nanti. Tak lama kemudian Abdullah terjumpa gambar Murni bersama ibunya Aishah yang tercicir di rumah, Abdullah terkejut melihat gambar itu dan mula berasa tidak sedap hati. Abdullah mengagak kemungkinan Aishah sudah berkahwin lain, tapi dia juga risau jika Murni adalah anaknya.

Ketika sampai di kampung, Abdullah pergi mencari Aishah dan Aishah terkejut melihat suaminya tiba - tiba muncul selepas 20 tahun menghilangkan diri. Abdullah menunjukkan gambar Murni dan Aishah dan menanyakan sama ada Aishah sudah berkahwin lain, namun Aishah mengatakan yang Murni adalah anak mereka berdua. Abdullah sangat terkejut dan merasa sangat berdosa, Abdullah kemudian pergi berjumpa dengan ustaz di kampung itu dan menerangkan segalanya, Abdullah menangis dan sangat menyesal, namun ustaz tersebut menyuruh Abdullah untuk pergi meminta maaf pada Ibunya, Aishah dan juga Murni. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

3 ulasan:



My Random Post