18 Apr 2017

Review Filem Bollywood Diaries

Sinopsis & Review Filem Bollywood Diaries , Pelakon Utama Filem Bollywood Diaries,  Raima Sen, Salim Diwan, Ashish Vidyarthi,
Sinopsis & Review Filem Bollywood Diaries 

Hari ini seperti biasa aku nak buat review tentang satu filem Hindustan / Bollywood yang bertajuk Bollywood Diaries yang release pada tahun 2016 dan dilakonkan oleh Raima Sen, Salim Diwan, Ashish Vidyarthi dan ramai lagi. K.D Satyam menjadi penulis skrip serta pengarah filem ini. Aku suka dengan tagline dan persoalan yang dikemukakan dalam filem ini iaitu "How Far Can You Go To Achieve Your Dreams!". Filem ini berkaitan 3 individu yang berbeza namun mempunyai impian yang sama iaitu ingin melangkah ke industri Bollywood sebagai pelakon. Walaubagaimanapun impian mereka itu tidak semudah yang disangka, pelbagai rintangan, dugaan dan kekecewaan yang perlu dihadapi mereka. Kalau bernasib baik, dapatlah mereka jadi pelakon tapi kalau sebaliknya memang sukarlah kan. Di India industri perfileman mereka sememangnya berkembang pesat, dalam setahun beribu filem yang mereka keluarkan dan dikatakan juga industri perfileman India mengeluarkan jumlah filem yang banyak di dunia. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang mempunyai impian dan cita - cita untuk bergelar pelakon terutamanya di Bollywood. 

Walaubagaimanapun tidak semua mempunyai bakat dalam lakonan, hanya segelintir yang berjaya mencipta nama di Bollywood dan kebanyakkannya yang lain terpaksa bermula dari bawah. Ada juga yang gagal. Selalunya jika seseorang itu dilahirkan dari keluarga pelakon Bollywood, harapan untuk berjaya di Bollywood akan lebih cerah. Filem Bollywood Diaries ini akan membawa korang untuk memahami lebih dekat lagi tentang kesusahan yang dialami mereka untuk bergelar pelakon Bollywood. Aku juga tidak ada masalah dengan pemilihan pelakon untuk berlakon dalam filem ini. Aku dah biasa tengok Raima Sen ini berlakon, dia juga ada adik perempuan yang turut bergelar pelakon iaitu Riya Sen. Ini adalah kali pertama aku melihat Salim Diwan berlakon manakala Ashish Vidyarthi pula adalah pelakon berpengalaman yang dah banyak kali berlakon dalam filem Bollywood dan juga filem Tamil dan lain - lain lagi. Ashish Vidyarthi sememangnya terkenal dengan watak - watak jahat gitu. Selain itu filem ini juga banyak memenangi Anugerah Khas Juri dalam pelbagai Festival Filem. Jalan cerita filem ini agak unik dan menarik juga yang memfokuskan pada 3 watak utama iaitu Rohit, Vishnu dan Imli.

Rohit bekerja di Call Center di Delhi, manakala Vishnu pula merupakan pekerja kerajaan yang telah bersara manakala Imli pula dari Kolkata. Ketiga - tiga mereka ini tidak mengenali antara satu sama lain tapi mempunyai impian yang sama untuk bergelar pelakon Bollywood. Rohit melakukan pelbagai cara untuk mendapat peluang berlakon tapi tidak berhasil sehinggalah dia menjalani uji bakat lakoanan dalam satu program realiti tv. Disebabkan sikap dan personaliti Rohit yang pelik membuatkan Juri sengaja mengekalkannya dalam program tersebut untuk menaikkan rating program berkenaan dan dirinya dipilih bukan kerana bakat lakonannya. Setelah berjaya ke pusingan seterusnya, Rohit mula berasa yakin dan semakin popular bila dirinya mula dikenali ramai, disebabkan hal ini Rohit mula over confident dan yakin mampu jadi juara sehinggalah juri singkirkannya dan membuatkan Rohit kecewa dan tidak mampu untuk berhadapan dengan orang ramai lagi. Untuk situasi Rohit ini, juri memang tak patut bagi harapan palsu pada Rohit ini, kalau dia tiada bakat lakonan, juri tak patut pilih dia dari awal kan, dan akhirnya Rohit yang merana. Manakala Imli pula merupakan seorang perempuan cantik dan sanggup buat apa saja agar dirinya berjaya menjadi pelakon. Imli sentiasa akan cuba menggoda lelaki - lelaki yang bekerja di belakang tabir di Industri Bollywood dengan harapan dia akan diperkenalkan kepada pengarah mahupun produser filem.

Imli akhirnya bertemu dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu pengarah filem yang tengah mencari idea untuk mengarah dan membuat filemnya sendiri. Imli berusaha memikat lelaki tersebut dan berjaya, malah Imli juga telah memberikan idea pada lelaki tersebut untuk membuat filem tentang kisah hidupnya dan lelaki tersebut berjanji akan menjadikan Imli sebagai heroin filemnya nanti. Walaubagaimanapun, Imli akhirnya dikecewakan apabila tempatnya sebagai heroin telah digantikan dengan pelakon wanita yang popular. Imli yang begitu kecewa mengambil tindakan drastik untuk berhijrah dan bekerja di Dubai. Walaubagaimanapun kelihatan Imli tidak putus asa apabila terjumpa seorang pengarah filem disana dan cuba mencari jalan untuk mendekati pengarah tersebut. Manakala Vishnu pula sememangnya ingin bergelar seorang pelakon ketika dia masih muda lagi, namun komitmen dan tanggungjawabnya pada keluarganya membuatkan dia menangguhkan hasratnya itu. Selepas anak bongsu Vishnu berkahwin, Vishnu membuat keputusan untuk berpindah ke Mumbai untuk bergelar pelakon. Hasratnya itu telah ditentang oleh isterinya disebabkan usia Vishnu sudah lanjut dan tidak sesuai untuk menjadi pelakon. Namun Vishnu tetap dengan keputusannya, sehari sebelum berpindah, Vishnu pengsan dan masuk hospital dan disahkan menghidap penyakit Barah Perut.

Penyakitnya itu menjadi penghalang pada impian Vishnu, malah dirinya juga dikatakan tidak dapat hidup lama lagi. Vishnu menjadi sangat kecewa dan mengambil tindakan drastik untuk berjumpa dengan seorang sami untuk membolehkan dirinya dilahirkan semula dalam keluarga bintang Bollywood untuk memudahkan dirinya menjadi pelakon di kelahirannya yang seterusnya. Okey untuk part Vishnu memang tak berapa logik sikitlah kan, kiranya itu harapan terakhirnya untuk dilahirkan semula dalam keluarga bintang Bollywood, siap dekat biliknya penuh dengan poster artis Bollywood tu. Lagu Tema / OST Filem Bollywood Diaries ini biasa - biasa saja bagi aku manakala ending filem ini agak sedih jugalah kan sebab ketiga - tiga mereka kecewa apabila impian mereka tidak kesampaian namun nampak jugalah yang mereka tidak berputus asa. Aku bagi 5.9 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. 

Gambar diatas credit to Bollywood Hungama

1 ulasan:

  1. rajinnya buat review...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #29. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/04/senarai-url-blog-29.html . Pemenang akan diumumkan pada 19/4/2017. (^_^)

    - Mia Liana

    BalasPadam



My Random Post