27 Apr 2017

The Wailing - Korean Movie Review

Review Movie Korea - The Wailing, Filem Korea, Korean Movie, Sinopsis, Seram, Thriller, Misteri, Best, Plot Twist, Menarik, Suspen, Senarai Pelakon Filem The Wailing, Pelakon,Kwak Do Won, Hwang Jung Min, Jun Kunimura, Chun Woo Hee, Kim Hwan Hee, Jang So Yeon, Heo Jin, Horror Movie,
Review Movie Korea - The Wailing

Today aku nak buat review filem Korea yang bertajuk The Wailing, filem ini bergenre seram, thriller dan misteri. Filem ini release pada bulan Mei 2016 dan ditulis serta diarahkan oleh Na Hong Jin. Filem The Wailing ini dilakonkan oleh Kwak Do Won, Hwang Jung Min, Jun Kunimura, Chun Woo Hee, Kim Hwan Hee, Jang So Yeon, Heo Jin dan ramai lagi. Lebih menarik lagi, apabila pelakon berbakat dan terkenal Jepun iaitu Jun Kunimura turut berlakon dalam filem ini. Jun Kunimura ini banyak berlakon dalam filem - filem jepun dan merupakan antara watak penting dalam filem The Wailing ini. Aku paling suka dengan lokasi shooting filem ini iaitu di kawasan pedalaman, penuh dengan kehijauan hutan, air terjun, rumah tradisional, pendek katanya sinematografi filem ini sangat cantik dan indah. Semua pelakon yang membintangi filem ini juga berbakat dan terkenal, malah pelakon kanak - kanak dalam filem ini iaitu Kim Hwan Hee yang memegang watak sebagai Hyo Jin turut memberi lakonan yang cemerlang dan terbaik dalam filem ini. Sebelum ini aku ada menonton drama lakonannya dalam Drama Korea yang bertajuk On The Way To The Airport.

Jalan cerita movie ini sememangnya menarik, terutamanya di penghujung cerita, iaitu ketika dalam 15 minit terakhir bila tiba - tiba ada plot twist yang buatkan aku jadi keliru sikit. Ingatkan ending filem ini dah boleh dijangka bila masuk part pertengahan tapi bila sampai endingnya ada plot twist pula yang membuatkan penonton bertambah teruja, suspen dan confius. Lepas menonton filem ini, aku terpaksa google untuk membaca komen - komen dan pendapat penonton lain bagi memudahkan pemahaman aku pada jalan cerita filem ini terutamanya untuk part ending filem The Wailing ini. Akhirnya setelah aku google dan membaca sedikit sebanyak pendapat penonton - penonton lain yang menonton movie ini, barulah aku bertambah faham. Ikutkan sejak dari awal cerita dah banyak hint / clue yang diberikan, mungkin ramai yang terlepas pandang kan, akhirnya baru faham hint - hint yang diberikan ada kena mengena dengan endingnya dan barulah kita boleh tahu siapa yang benar dan siapa yang jahat. Jalan cerita filem ini bermula dengan wabak penyakit serta kes pembunuhan yang berlaku di kawasan terpencil, kes pembunuhan tersebut sangat unik dan pelik, dimana pembunuhnya akan membunuh seluruh ahli keluarganya sendiri, manakala diri pembunuh akan kelihatan seperti dirasuk, tidak waras, serta mengalami penyakit misteri dan akhirnya mati. Kes pembunuhan yang serupa turut berlaku berulang kali dan menimbulkan panik dikalangan penduduk.

Anggota polis Jong Goo dan rakannya mula menyiasat perkara ini, ramai penduduk mengesyaki yang kes pembunuhan ini ada kaitan dengan kehadiran lelaki Jepun yang baru menetap di kawasan tersebut. Hal ini turut diakui oleh seorang perempuan yang bernama Moo Myeong yang menjadi saksi pada kes pembunuhan itu. Lelaki Jepun itu dikatakan bukan manusia sebaliknya hantu / syaitan yang menyerupai manusia. Ada juga beberapa orang yang terserempak lelaki Jepun itu berubah menjadi makhluk yang menakutkan ketika berada di hutan. Jong Goo awalnya kurang percaya dan akhirnya memutuskan untuk pergi ke rumah lelaki Jepun berkenaan. Di rumah lelaki itu, Jong Goo menemui gambar - gambar semua mangsa / keluarga yang dibunuh. Manakala kasut anak perempuan Jong Goo iaitu Hyo Jin turut ditemui di rumah tersebut. Hal ini amat merungsingkan Jong Goo, ini ditambah lagi dengan perangai dan personaliti anak perempuannya mula berubah dan pelik. Anaknya Hyo Jin mula menjadi kasar dan aggresif. Akhirnya ibu Jong Goo membawa Hyo Jin berjumpa dengan seorang bomoh yang bernama Il Gwang. Bomoh tersebut menyakinkan Jong Goo yang lelaki Jepun itu adalah punca segala kejadian yang berlaku di kampung tersebut. Satu ritual / pemujaan perlu dilakukan untuk menyelamatkan anaknya. Namun dipertengahan ritual tersebut, Jong Goo telah menyuruh mereka berhenti dan membawa anaknya ke hospital.

Aku awalnya ingatkan bomoh Il Gwang ini memang baik tapi bukan, pandai betul bomoh tersebut berlakon baik. Jong Goo yang marah terus membawa kawan - kawannya untuk mencari lelaki Jepun itu di rumahnya, namun dia tiada disitu. Masa Inilah yang buat aku keliru sedikit sebab nampak lelaki Jepun ini seperti lemah dan cedera, aku pun konfius sekejap sebab kalau dia hantu dan bukan manusia, macam mana pula dia boleh cedera kan?. Kemudian kalau tak silap aku, ketika Jong Goo memandu kereta, dia telah terlanggar lelaki Jepun dan yakin yang lelaki tersebut telah mati. Ini ditambah lagi dengan keadaan anaknya bertambah baik di hospital itu. Bomoh Il Gwang pula terserempak dengan Moo Myeong yang berada berdekatan dengan rumah Jong Goo, Bomoh tersebut muntah darah ketika terlihat perempuan yang berpakaian putih yang bernama Moo Myeong itu. Setelah pergi dari situ Bomoh tersebut menelefon Jong Goo dan menyakinkan Jong Goo yang Moo Myeong adalah punca segalanya dan bukannya lelaki Jepun itu. Aku pun masa ini, dah confius betul, siapa yang jahat sebenarnya ni? lelaki Jepun itukah? atau pun Moo Myeong? dan apa motif bomoh Il Gwang yang bersungguh - sungguh menyakinkan Jong Goo bahawa Moo Myeong itu bukan manusia dan jahat. Aku masa ini pun rasa macam suspen gitu sebab aku tak tahu sama ada Moo Myeong ini baik atau jahat. Bomoh tersebut menyuruh Jong Goo untuk cepat - cepat pulang ke rumah untuk menyelamatkan keluarganya kerana anaknya Hyo Jin akan membunuh seluruh keluarga.

Suspen sungguh masa ini sebab Jong Goo memberanikan diri pergi berjumpa dengan Moo Myeong, Jong Goo yakin yang Moo Myeong bukan manusia. Manakala Moo Myeong pula cuba menyakinkan Jong Goo agar jangan pulang ke rumah, sebaliknya menunggu sampai ayam berkokok sebanyak 3 kali baru pulang ke rumahnya kerana Moo Myeong telah memasang perangkap untuk menangkap hantu lelaki Jepun itu, Jika Jong Goo terus pulang ke rumahnya, perangkap tersebut tidak akan berhasil.. Ayam telah berkokok / berbunyi sebanyak 2 kali, Jong Goo mula berasa tidak sedap hati kerana tidak mempercayai Moo Myeong lalu memutuskan untuk pulang ke rumah tanpa menunggu ayam berbunyi buat kali ketiganya, Moo Myeong cuba menghalang namun Jong Goo tetap dengan keputusannya dan segalanya berakhir dengan tragedi. Sinopsis yang aku bagi dalam entry ini tidak lengkap ye, sebab aku tak ceritakan semua yang berlaku, kalau nak tahu lebih detail kenalah tengok movie ini nanti. Ending filem ini memang terbaik sebab banyak twist, Moo Myeong itu sebenarnya baik, dia boleh diibaratkan sebagai angel / roh pelindung kawasan tersebut, namun dia gagal untuk menyakinkan Jong Goo. Manakala Bomoh Il Gwang itu bersubahat dan bekerjasama dengan lelaki Jepun itu, tapi aku tak tahulah bila masa diorang berjumpa semua tu hehe.

Scene ketika lelaki Jepun itu berubah menjadi makhluk yang menakutkan dan bermata merah itu memang scary habis, siap boleh pegang kamera lagi untuk mengambil gambar mangsanya yang seterusnya. Scene anak Jong Goo iaitu Hyo Jin yang macam kena rasuk tu pun menakutkan. Aku juga tak berapa pasti kenapa Jong Goo dan keluarganya menjadi mangsa, adakah lelaki Jepun itu memilih mangsanya secara random atau pun ada sebab - sebab tertentu yang menyebabkan Jong Goo dan keluarganya menjadi mangsa. Paling geram sekali mestilah pada bomoh Il Gwang itu, boleh pula dia bersubahat dengan lelaki Jepun itu. Apa pun aku suka plot twist dalam filem The Wailing ini yang berjaya membuatkan filem ini menjadi semakin menarik.Aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post