10 Feb 2018

Episod 24 Hingga 27 Kekasih Paksa Rela

Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 24 Hingga Episod 27, Sinopsis Berepisod, Sinopsis Kekasih Paksa Rela, Ending Drama Kekasih Paksa Rela, Drama Melayu, Slot Akasia, TV3, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Fizz Fairuz, Dayang Areeda, Emelda Rosemila, Fatin Afeefa,
Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 24 Hingga Episod 27

Nampaknya Drama Kekasih Paksa Rela yang disiarkan di Slot Akasia TV3 sudah sampai kemuncaknya. Segala rahsia yang di simpan kini telah terbongkar. Tinggal 1 episod saja lagi iaitu episod 28 yang akan disiarkan pada Isnin ini. Drama Kekasih Paksa Rela ini mempunyai 28 episod saja. Jadi Episod Akhir Drama Kekasih Paksa Rela ini akan memberi jawapan pada penonton, adakah Rosnaida sanggup bermadu dengan Hanan mahu pun bercerai dengan Adham. Tapi aku rasa ending drama ini akan happy ending kot kan, kemungkinan besar Rosnaida tidak akan bercerai dengan Adham dan Adham akhirnya tetap beristeri dua kot hehehe. Dalam episod 24 Hingga 27 ini dapat dilihat Shiqin berpakat dengan Yusman namun Shiqin mendapat balasannya. Tinggal Yusman saja lagi manakala Hanan pula dah pregnant gitu, sekejap saja drama ini dah nak habis kan. Antara Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terdiri daripada Remy Ishak sebagai watak Adham, Ain Edruce sebagai Rosnaida, Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira, Dayang Areeda sebagai Shiqin, Afzan Rahman sebagai Firdaus, Emelda Rosemila sebagai Suraya, Fizz Fairuz sebagai Yusman, Fatin Afeefa sebagai Zilla dan ramai lagi. Apa pun jom tengok Rangkuman Sinopsis Drama ini dari episod 24 hingga episod second last iaitu episod 27 di bawah ini, Selamat membaca ye..
Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 24 Hingga Episod 27, Sinopsis Berepisod, Sinopsis Kekasih Paksa Rela, Ending Drama Kekasih Paksa Rela, Drama Melayu, Slot Akasia, TV3, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Fizz Fairuz, Dayang Areeda, Emelda Rosemila, Fatin Afeefa, Poster Drama,
Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 24 Hingga Episod 27
Yusman tiba - tiba hilang, manakala Ros terjumpa gambar Yusman dan Suraya lalu mula curiga. Hanan pula terserempak dengan Izamil dan berborak sekejap lalu menyebabkan Adham sedikit cemburu. Tak lama kemudian Hanan kelihatan membelek - belek tudung yang dijual disitu, Adham hanya senyum melihat isterinya yang berhasrat ingin bertudung itu, lalu menghadiahkan beberapa helai tudung pada Hanan. Rosnaida curi - curi dengar perbualan mak Senah dengan Adham dan dia terdengar mak Senah sebut nama Hanan manakala Hanan pula mula memakai tudung dan adham suka dengan perubahan Hanan itu. Tak lama kemudian Ros sengaja mempertemukan Izamil dengan Hanan, ketika Ros cuba mengambil gambar Hanan dan Izamil, Ros terjatuh dan kakinya sakit, Hanan kemudian membawa Ros pulang ke rumah dan tinggal semalam di rumah Adham itu. Adham kemudian memarahi Hanan kerana terjumpa foto Hanan bersama Izamil dalam handphone Ros manakala Ros kemudiannya mengajak Izamil datang ke rumah untuk makan tengahari, kebetulan Hanan juga ada bersama. Adham yang balik ke rumah terkejut melihat Izamil dan Hanan ada sekali, dan akhirnya mereka semua makan bersama. Namun selepas Ros menyuruh Izamil hantar Hanan pulang, Adham mula marah dan berlalu pergi, Ros dan Adham kemudian bergaduh.



Ros kemudiannya ingin pergi ke rumah Hanan dan menyuruh Izamil membawanya, namun Izamil enggan, tapi selepas Ros asyik mendesak, Izamil terus berterus - terang mengatakan yang Hanan sudah berkahwin, Ros amat terkejut mendengar berita tersebut
. Selepas pulang ke rumah, Ros menerima satu kiriman bungkusan dari Indonesia untuk Hanan Khaira, Ros membuka bungkusan tersebut dan mendapati ada baju kahwin di dalam bungkusan tersebut, Ros mengenali baju kahwin itu. Setelah Ros mendapat tahu yang Hanan dah berkahwin, Adham ingin berterus - terang dengan Ros namun di halang oleh Hanan kerana dia belum bersedia, malah dia juga risau dengan penerimaan ibunya nanti. Ros berasa marah dengan Hanan kerana telah menipunya tentang statusnya itu, dia juga turut curiga dengan Hanan dan syak Hanan adalah isteri Adham. Shiqin datang berjumpa dengan Ros dan mereka berdua cuba mencari bukti yang Adham ada isteri lain. Ros akhirnya berjumpa dengan Yusman untuk mengetahui rahsia Adham, Yusman kemudian ,menceritakan segala - galanya pada Rosnaida tapi Yusman turut memburuk - burukkan Hanan pada Ros. Tak lama kemudian Ros dan Shiqin tiba - tiba muncul di depan pintu rumah Adham dan Hanan, Adham begitu terkejut, begitu juga dengan Hanan, rahsia mereka telah pecah.

Adham cuba memujuk Rosnaida dan ingin menjelaskan semuanya namun Ros tak nak dengar penjelasan Adham. Ros memberikan kata dua pada Adham sama ada memilih dia atau pun Hanan. Malah Ros turut menyuruh Adham menceraikan Hanan. Shiqin berpakat dengan Yusman untuk membuatkan Hanan dan Adham bercerai, Yusman kemudian berjumpa dengan Ros dan Adham ternampak mereka berdua. Shiqin berjumpa dengan Hanan dan menyuruh Hanan untuk minta cerai dengan Adham tapi Hanan tak nak. Tak lama kemudian Ros nampak Yusman berjumpa dengan Shiqin dan sedar apa yang Adham beritahunya selama ini mengenai Shiqin adalah benar. Ros terus memutuskan hubungan persahabatannya dengan Shiqin. Kemudian Shiqin bertemu Yusman sekali lagi dan meminta bantuannya untuk bawa dia keluar dari Malaysia. Yusman mula marah dan berkasar dengan Shiqin bila Shiqin gagal membayarnya, Shiqin diselamatkan oleh 2 polis namun polis tersebut mengecam Shiqin dan membawanya ke balai polis. Ros kemudian terserempak dengan Adham dan Hanan namun Ros hanya berlalu pergi dan tidak mempedulikan Hanan dan Adham. Hanan syak yang dirinya mengandung tapi merahsiakan dari Adham, Yusman pergi mencari Hanan dan mereka kemudiannya bertengkar dan Yusman ingin mengambil cincin kahwin Hanan itu.

Apa yang bakal berlaku seterusnya? dapatkah mereka bertiga bahagia bersama - sama?
Bagi yang terlepas nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah klik link di bawah ye..
Read More

7 Feb 2018

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Drama Adaptasi Novel, Lafazkan Kalimah Cintamu, My Review, My Feeling, Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu, Pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Nelydia Senrose, Farid Kamil, Azri Iskandar, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Anne Abdullah, Adibah Noor, Nadia Mustafa, OST Lafazkan Kalimah Cintamu, Lagu Kesilapanku Keegoanmu, Dato Siti Nurhaliza,
Drama Lafazkan Kalimah Cintamu Lakonan Nelydia Senrose & Farid Kamil

Selain Drama Kekasih Paksa Rela dan juga Drama Syurga Yang Kedua, aku juga turut menonton Drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang disiarkan di Astro Ria sejak 15 Januari 2018 yang lalu. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama My Coffee Prince lakonan Fattah Amin dan Janna Nick itu. Sejujurnya aku tengok juga drama My Coffee Prince itu, tapi tak lama kemudian TV dekat rumah aku ini rosak hampir dekat sebulan, jadi tak dapat nak menghabiskan menonton drama tersebut. Walaubagaimanapun aku memang teruja menantikan Drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini kerana dibarisi pelakon hebat serta ianya juga merupakan adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama yang merupakan karya novelis terkenal iaitu Siti Rosmizah Semail. Plus aku suka juga gandingan Nelydia dan Farid Kamil itu, sebab nampak sepadan dan sesuai dengan watak masing - masing. Selain Nelydia Senrose dan Farid Kamil, drama ini turut dilakonkan oleh Azri Iskandar, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Anne Abdullah, Adibah Noor dan ramai lagi.



Sebelum ini aku pernah dengar cerita yang Uqasha Senrose turut berlakon dalam drama ini tapi mungkin tak jadi kot kan. Bila tengok drama ini memang akan rasa kesian pada watak Tengku Aqilah tu kerana dibenci oleh bapa dan kakak kandungnya sendiri, malah dia juga dibenci oleh suaminya sendiri sebab mereka terpaksa kahwin disebabkan wasiat. Tapi nasiblah suami Aqilah itu iaitu Tengku Ryan akan berubah sikap selepas sedar akan kesalahannya. Di permulaan drama ini hingga sekarang, Nelydia Senrose yang memegang watak Tengku Aqilah sentiasa dimakeup kan dengan makeup yang tebal dan huru - hara hahaha tapi aku fahamlah kenapa dia kena makeup seperti itu sebab dia sengaja berwajah seperti itu kerana tidak mahu ayahnya membenci melihat wajahnya yang seiras ibunya. Watak Tengku Natasha itu memang annoying habis dan mengundang kebencian penonton. Apa pun aku tak sabar nak tengok Ryan berbaik - baik dengan Aqilah tu. Drama Adaptasi Novel Lafazkan Kalimah Cintamu ini mempunyai 32 episod, jadi masih ada konflik yang perlu dihadapi oleh Tengku Aqilah itu. 

Selain itu, aku juga suka dengan Lagu Tema / OST Lafazkan Kalimah Cintamu ini, sebab diorang menggunakan lagu lama yang best iaitu lagu yang bertajuk Kesilapanku Keegoanmu nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Lagu tersebut memang sesuai dengan jalan cerita drama ini, setiap kali keluar lagu ini, aku pun akan menyanyi sekali, maklumlah memang dah lama hafal pun lagu Kesilapanku Keegoanmu ni, pendek kata memang layan drama ini.

Read More

6 Feb 2018

SEGMEN BLOGWALKING BY ZATI

SEGMEN BLOGWALKING BY ZATI, Segmen Blogger, 2018, Blog,

Okey hari ini aku nak join Segmen Blogwalking By Izati pula, tarikh tamat segmen blogwalking ini adalah pada 15 Februari 2018. Jadi masih ada masa lagi untuk join segmen ini ramai - ramai. Bagi yang nak join segmen ini, bolehlah klik Banner di atas ye. Apa pun selamat berblogwalking okey dan salam perkenalan untuk semua.
Saya tag
1.. & 2..




Read More

5 Feb 2018

Sinopsis Episod 20 Hingga 23 Kekasih Paksa Rela

Kekasih Paksa Rela, Drama Kekasih Paksa Rela, Sinopsis Kekasih Paksa Rela Episod 20 Hingga 23, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Dayang Areda, Fizz Fairuz, Emelda Rosemila, Watak, Adham, Hanan Khaira, Rosnaida, Daus, Shiqin, Yusman, Suraya,
Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 20 Hingga Episod 23

Drama Kekasih Paksa Rela dah nak masuk episod 24 dah, ini bermakna dah dekat - dekat nak habis drama ini sebab Drama Kekasih Paksa Rela ini mempunyai 28 episod saja. Rosnaida pula hampir - hampir nak tahu dah tentang perkara sebenar mengenai Adham dan Hanan itu. Entah apa lagi yang Yusman dan Shiqin nak buat untuk ganggu rumahtangga Adham dan Hanan itu. Tinggal lagi 5 episod saja lagi Drama ini, macam manalah agaknya ending Drama Kekasih Paksa Rela ini kan?. Happy ending or sad ending?. Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terdiri daripada Remy Ishak sebagai watak Adham, Ain Edruce sebagai Rosnaida, Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira, Dayang Areeda sebagai Shiqin, Afzan Rahman sebagai Firdaus, Emelda Rosemila sebagai Suraya, Fizz Fairuz sebagai Yusman, Fatin Afeefa sebagai Zilla dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis Drama ini dari episod 20 hingga episod 23 di bawah ini ye. 

Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 20 Hingga Episod 23

Adham berasa marah pada Hanan kerana Hanan telah mungkir janji dan keluar bersama Izamil, Hanan kemudian meminta maaf pada Adham dan menerangkan tentang niatnya yang hanya ingin rapat dengan Rosnaida saja. Sementara itu, Rosnaida masih cuba untuk merapatkan Hanan Khaira dengan Izamil namun Adham menghalang Rosnaida dari masuk campur urusan orang lain. Manakala Izamil pula nekad untuk meluahkan isi hatinya pada Hanan dan mengekori Hanan hingga sampai ke rumahnya untuk bertemu. Hanan sangat terkejut apabila mengetahui Izamil mencintainya, Hanan turut memberitahu Adham pasal hal ini. Hanan kemudian berjumpa dengan Izamil dengan ditemani oleh Zila serta dengan izin suaminya Adham untuk berterus - terang dengan Izamil tentang statusnya yang sudah bergelar isteri orang. Malah Hanna juga turut menceritakan pada Izamil yang dia berkongsi suami dengan Rosnaida. Izamil sangat terkejut apabila mengetahui hal sebenar, malah dia turut melihat Adham menjemput Hanan di universiti, malah dia turut mengelak untuk berjumpa dengan Rosnaida. Tak lama lepas itu, Ros keluar dari rumah untuk menenangkan dirinya dan melakukan aktiviti kesukaannya.

Yusman terus - terusan mengambil duit isterinya Suraya serta langsung tidak mempedulikan kebajikan dan kesihatan isterinya itu. Daus terserempak dengan suraya yang kelihatan sakit dan tidak sihat tapi suraya hanya berlalu pergi, Malah Suraya menyesal berkahwin dengan Yusman dan berasa sangat bersalah pada anaknya Hanan. Sementara itu, Hanan telah terdengar perbualan Mak Senah dengan Daus tentang keadaan ibu Hanan yang agak teruk. Kemudian Hanan terus ke rumah ibunya tapi ibunya tiada di rumah, tak lama kemudian Suraya menelefon anaknya Hanan dan Hanan bergegas untuk pergi berjumpa dengan ibunya, namun Yusman tiba - tiba datang. Walaubagaimanapun Adham datang tepat pada masanya, malah Yusman juga gagal membawa Suraya pergi bersamanya. Selepas itu Suraya mula tinggal dengan Hanan, malah Suraya juga ingin berubah dan mula memakai tudung. Suraya juga nekad untuk bercerai dengan Yusman. Manakala Shiqin pula menghilangkan diri dari Indonesia. Adham dan Daus syak yang Shiqin sudah pulang ke Malaysia, manakala Adham pula mula risau jika Shiqin pergi berjumpa dengan Rosnaida dan menghasut Ros tentang Hanan.



Shiqin akhirnya berjumpa dengan Rosnaida dan cuba menghasut Rosnaida untuk memburukkan lagi keadaan. Shiqin mencadangkan supaya Ros mencari tahu tentang Hanan, dia turut memberitahu yang Hanan pernah tinggal di rumah Adham. Ros kemudian mengamuk dan ingin tahu pasal Hanan, Ros dan Adham akhirnya bergaduh, malah Ros juga turut syak yang Nonie cuba menggoda suaminya itu dan telah memberi amaran pada Nonie. Hal tersebut telah membuatkan Nonie ingin berhenti kerja tapi Adham tak bagi. Manakala Hanan pula mula berasa takut apabila mengetahui Shiqin sudah berjumpa dengan Ros, Hanan risau jika Ros tahu perkara sebenar. Tak lama kemudian Daus telah memaksa Shiqin untuk pergi berjumpa Adham di pejabatnya. Akhirnya Shiqin berjumpa dengan Adham dan mula memburuk - burukkan Rosnaida, malah Shiqin turut mengaku yang dirinya nak tengok Adham dan Rosnaida bercerai. Kebetulan Rosnaida baru sampai dekat pejabat Adham dan mendengar sendiri segala percakapan Shiqin yang telah memburuk - burukkan dirinya. Ros kemudian berasa marah dan memutuskan hubungan persahabatannya dengan Shiqin itu. Ros kemudian menelefon Hanan dan menceritakan tentang hal Shiqin padanya dan Hanan menasihati Ros supaya berbaik - baik dengan Adham.

Shiqin terserempak dengan Adham, lalu memberitahu Adham tentang perasaan cintanya pada Adham selama ini, namun Adham hanya menganggap Shiqin seperti adik bradiknya saja. Shiqin yang kecewa mendengar kata - kata Adham itu kemudian marah dan berjanji tak akan membiarkan Adham bahagia. Manakala Rosnaida juga masih marah dan mengugut Adham yang dirinya akan memfailkan penceraian jika dia tahu Adham ada perempuan lain. Mak Hanan iaitu Suraya berasa pelik bila Adham jarang tidur di rumah Hanan, Suraya risau jika Adham berasa tidak selesa dengan dirinya yang tinggal sekali dengan mereka, namun Hanan memberi alasan yang Adham sibuk. Hanan juga tidak bersedia untuk berterus - terang pada ibunya mengenai status dirinya yang merupakan isteri kedua Adham, walaupun adham ingin berterus terang pada ibu mertuanya itu. Hanan tahu ibunya bersikap skeptikal dengan poligami dan tak mungkin ibunya dapat menerima hakikat yang dirinya menjadi isteri kedua. Selain itu, Yusman telah memulangkan purse Rosnaida dan mencari peluang untuk dekat dengan Ros dan akhirnya Ros mengambil Yusman bekerja dengannya. Hanan yang pergi berjumpa dengan Rosnaida, terkejut melihat Yusman bekerja di situ dan dirinya cepat - cepat beredar dari situ kerana risau Yusman akan nampak dirinya.

Hanan dan Adham mula risau dan tak sedap hati apabila mengetahui Yusman bekerja dengan Ros. Tak lama kemudian Yusman telah nampak Adham datang ke tempat Ros dan membawa Ros keluar makan sempena birthday Ros pada hari itu. Walaubagaimanapun Ros dan Adham telah bergaduh ketika sedang makan, akhirnya Ros berlalu pergi dari situ. Manakala Yusman pula ingin memberitahu perkara sebenar pada Rosnaida mengenai Hanan dan Adham lalu mengajaknya berjumpa di suatu tempat. Namun sebelum sempat ros datang, Along dah bawa Yusman ke tempat lain dan apabila ros sampai disitu, dia melihat tiada orang di situ. Apa yang bakal berlaku seterusnya.

Bagi yang terlepas nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah klik link di bawah ye..
Read More

4 Feb 2018

Sinopsis Episod 35 Hingga 39 Syurga Yang Kedua

Drama Syurga Yang Kedua, Sinopsis Episod 35 Hingga Episod 39, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Drama Bersiri, Drama Melayu, Astro, Poligami, Cinta, Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 35 Hingga 39, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Watak, Plot,
Sinopsis Episod 35 Hingga 39 Drama Syurga Yang Kedua

Seperti biasa, untuk entry ini aku akan buat rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua, episod 35 hingga episod 39 yang disiarkan pada minggu lalu. Terdapat juga watak baru yang diperkenalkan dalam drama ini iaitu watak Ellis yang dilakonkan oleh Sherry Ibrahim. Nampaknya Daniel memang menjadi rebutan wanita gitu, sampai ada lagi yang nak try nasib mengorat Daniel ini, Ini ditambah lagi Ellis itu pula adalah ex - girlfriend Daniel dulu. Tapi tak mungkinlah Daniel nak beristeri tiga pula, yang dua isteri pun, dia dah pening kepala, ini kan pula nak tambah satu lagi. Aku juga harap kandungan Sabrina tu selamat, sebab Vivy macam merancang sesuatu kan, plus penonton juga dapat melihat Sabrina dan Daniel bergaduh besar buat pertama kalinya. Tapi nasib diorang baik balik selepas itu. Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu Drama Syurga Yang Kedua ini disiarkan di Astro Prima dan Maya HD, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Pada yang tak pernah tengok drama ini, boleh juga try baca sinopsis drama ini yang aku gabungkan semua episod dalam seminggu. Link - link untuk sinopsis episod - episod awal boleh tengok di bawah sekali ye. Selamat Membaca ye.
Drama Syurga Yang Kedua, Sinopsis Episod 35 Hingga Episod 39, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Drama Bersiri, Drama Melayu, Astro, Poligami, Cinta, Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 35 Hingga 39, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Watak, Plot,
Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 35 Hingga 39

Vivy yang terlalu merindui anak kandungnya Alia datang ke rumah Sabrina untuk menemui Alia, namun mak Sabrina iaitu Shidah juga turut berada di situ. Kelihatan Shidah tidak menyukai Vivy datang ke rumah Sabrina dan mula menyindirnya. Akhirnya disebabkan marah, Vivy berlalu pergi. Delaila menjumpai gambar Vivy dan Daniel dalam handphone Azril dan membuatkan Delaila marah serta turut mengadu pada Dato Sherry. Kemudian Dato Sherry menanyakan tujuan Azril mengambil gambar Daniel dan Vivy lalu mengarahkan Azril untuk memadamkan gambar tersebut serta merta. Azril kemudian mengekori Vivy dan melihat Vivy berjumpa dengan seorang perempuan yang tidak dikenalinya iaitu Auntie Som. Selain itu, Vivy sangat gembira, apabila Sabrina membawa Alia datang ke rumah Dato Sherry, jadi dapatlah Vivy melepas rindu pada Alia. Vivy juga turut menghalang Sabrina untuk pulang awal. Walaubagaimanapun Delaila tiba - tiba menyampuk dan hairan melihat tindakan Vivy yang menghalang Sabrina pulang. Malah Delaila juga menyuruh Sabrina untuk cepat - cepat pulang kerana tiada siapa di rumah tersebut yang suka dengan kehadirannya di situ.

Shidah yang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan business partnernya iaitu Sakinah dan Fazira terserempak dengan Dato Sherry dan Daniel yang tengah makan di kawasan tersebut. Shidah menegur mereka dengan ramah namun Dato Sherry meragui dan memperkecilkan kemampuan Shidah untuk menguruskan businessnya nanti. Shidah akhirnya dapat berjumpa dengan Fazira buat pertama kalinya, Suami Shidah iaitu Daud mengesahkan yang Fazira adalah bekas isteri pada Syed Mansor yang merupakan suami pada Dato Sherry dan kini dalam cubaan menuntut harta yang diwarisi oleh Dato Sherry. Malah Daud juga turut menasihati isterinya itu supaya tidak rapat dengan Fazira kerana Fazira seorang yang pendendam. Azril kemudiannya terserempak dengan Vivy di dalam rumah dan Vivy terus bertanyakan sebab Azril menyimpan gambarnya dalam handphone Azril itu dan menyuruhnya untuk delete gambar itu dengan segera. Delaila tiba - tiba datang dan memarahi Azril manakala Vivy pula berlalu pergi. Sabrina meminta Daniel untuk menemaninya membawa Alia pergi check up di klinik namun Daniel memberi alasan, sebaliknya Daniel menemani Vivy membawa Yusof dan Dato Sherry juga ikut serta.



Sabrina kemudiannya ternampak Daniel mendukung Yusof, Vivy dan Dato Sherry turut berada di situ, Dato Sherry kemudian memberikan alasan yang Daniel cuma menemaninya. Sabrina kemudian meminta diri untuk pulang dan Daniel ingin mengikut, tapi Sabrina mengatakan Daniel tak perlu nak menghantarnya pulang. Walaubagaimanapun Vivy yang risau dengan Alia, bertegas menyuruh Daniel menghantar Alia dan Sabrina pulang. Dato Sherry hairan melihat kelakuan Vivy yang melepaskan Daniel pergi dengan Sabrina. Selain itu, Dato Sherry juga turut berbincang dengan peguamnya tentang tuntutan harta yang di buat oleh Fazira itu, malah Fazira juga turut berbincang dengan peguamnya. Sabrina terdengar Daniel menggelarkan dirinya ayah ketika bermain - main dengan baby Yusof namun Daniel menafikan dan mengatakan Sabrina telah tersalah dengar. Manakala Delaila pula bergaduh dengan Azril kerana Azril masih tidak membawanya pergi berbulan madu / bercuti, lalu Delaila keluar rumah pada waktu malam bersendirian. Azril sedikit panik bila Delaila tiada di rumah dan keluar seorang diri pada waktu malam lalu Azril bertindak untuk pergi mencari Delaila bersama Pak Majid.

Delaila yang berjalan seorang diri telah diganggu oleh 2 lelaki dan membuatkan Delaila takut, tapi nasib Azril dan Pak Majid datang tepat pada masanya. Delaila terharu Azril sanggup mencarinya serta datang menyelamatkannya. Selain itu Shidah telah meluahkan perasaan marahnya serta ingin membalas dendam pada Dato Sherry dekat Fazira. Manakala Sabrina pula rasa sedih dan kecewa akan sikap Dato Sherry pada Alia dan juga pada dirinya. Fazira pula cuba mengorek rahsia dan hal - hal peribadi Dato Sherry dan keluarganya dari Shidah. Sementara itu Shidah berasa rimas apabila Fazira sering bertanyakan hal yang berkaitan Dato Sherry padanya, malah Shidah juga turut menerima panggilan misteri yang mengajaknya untuk berjumpa. Fazira dan Dato Sherry akhirnya terserempak lalu berjumpa, mereka kemudiannya saling sindir - menyindir antara satu sama lain. Selain itu Shidah berasa marah dan geram pada Daniel kerana telah mengabaikan Alia dan juga Sabrina, Shidah bertambah geram apabila ternampak Daniel keluar dengan Vivy serta baby Yusof. Manakala Sabrina pula telah bergaduh besar dengan Daniel, Sabrina kecewa dengan Daniel kerana tidak mengambil berat pasal dirinya dan Alia, sebaliknya melebihkan Vivy dan juga anaknya Yusof saja.

Tak lama kemudian, Daniel terserempak pula dengan Ellis yang merupakan bekas kekasih Daniel dulu. Ellis gembira dapat berjumpa dengan Daniel semula, malah dirinya juga sanggup menjadi model untuk produk syarikat Daniel itu. Ellis juga mengajak Daniel untuk keluar makan, ketika sedang menunggu Daniel di restoran, dia terserempak dengan Vivy dan mereka berbual mesra. Daniel yang nampak Vivy bersama Ellis itu menelefon Vivy dan menukar tempat untuk berjumpa dan setelah Vivy pergi, Daniel datang bertemu dengan Ellis. Kelihatan Ellis mempunyai rancangan tertentu dengan Auntienya Fazira. Ellis juga ingin kembali semula pada Daniel. Sabrina meminta nasihat dari mak dan ayahnya berkaitan apa yang perlu dilakukannya selepas bergaduh dengan Daniel. Mak dan ayah Sabrina memberikan pandangan yang berbeza dan membuatkan Sabrina ketawa melihat kelakuan mak dan ayahnya itu. Sabrina kemudiannya meminta maaf pada Daniel, malah Daniel turut membuat kejutan pada Sabrina dan meminta maaf padanya juga. Manakala Vivy pula berjumpa dengan Auntie Som, malah Vivy juga turut memberikan ubat tertentu pada Sabrina yang kononnya bagus untuk kesihatan Sabrina.

Ellis kemudiannya datang ke pejabat Daniel dan akhirnya mereka berdua keluar bersama, setiausaha Daniel iaitu Nina yang juga merupakan sepupu Vivy terus menelefon Vivy bagi memberitahunya tentang perkara tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya. Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link dibawah ini ye.
Read More

1 Feb 2018

Review Filem Hospital 2017

Hospital (2017), Filem Hospital, Filem Melayu, Movie, Malay Movie, Review By Miss Banu, Review Filem Hospital, Sinopsis Filem Hospital, Pelakon Filem Hospital, Fatin Afeefa, Shima Anuar, Nina Iskandar, Fizz Fairuz, MIG, Poster Filem Hospital, Astro,
Review Dan Sinopsis Filem Hospital 2017

Filem Hospital ini sudah ditayangkan di pawagam pada 13 April 2017 yang lalu, Antara Pelakon Filem Hospital ini adalah Fatin Afeefa, Shima Anuar, Nina Iskandar, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Filem Hospital ini diarahkan oleh Azaromi Ghozali dan diterbitkan oleh MIG Pictures Sdn Bhd. Boleh dikatakan filem ini masih baru juga tapi sudah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pada 28 Januari 2018 yang lalu. Memang teruja juga nak tengok filem ini sebab dah lama tak tengok filem melayu yang berunsurkan seram kan, plus para pelakonnya juga dikenali ramai. Lepas tengok filem ini, ternyata filem ini tidaklah seram mana pun, jadi pada yang takut nak tengok filem Seram, jangan risau okey sebab filem ini seram biasa - biasa saja. Awalnya aku ingatkan jalan cerita filem ini direct to the point saja, tapi tak sangka pula ada plot twist pula di hujung - hujungnya. Masa tengok filem ini memang sedikit keliru dengan watak Amira itu sebab tak tahu yang mana fantasi mahu pun realiti, sekejap dia jadi nurse, sekejap dia jadi pesakit hehehe. 

Apa pun agak kesian juga dengan watak Amira itu sebab asyik kena ganggu dengan makhluk halus di mana - mana saja, sama ada di tempat kerja, di rumah kawannya dan juga di rumah sewanya. Aku suka tengok watak Dahlia yang dilakonkan oleh Nina Iskandar itu, dari awal memang nampak seram je wataknya itu tapi ada plot twistnya juga dekat wataknya itu hahaha. Cuma alangkah baiknya kalau watak Erin itu dikembangkan lagi sebab aku tertanya - tanya juga kenapa dia boleh jadi sampai macam tu sekali di penghujung cerita. Tapi bila aku dah tahu plot twistnya serta seluruh jalan cerita filem ini membuatkan aku rasa nak tergelak pula. Aku rasa idea filem ini serta plot twistnya menarik sebenarnya tapi ada sedikit kekurangan di sana sini. Apa pun aku bagi 5.5 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. Apa pun jom tengok sinopsis malay movie ini di bawah ye. Selamat Membaca.



Sinopsis Filem Hospital 2017

Mengisahkan tentang Amira (lakonan Fatin Afeefa) yang merupakan gadis kampung yang datang ke bandar untuk mencari kerja. Amira menumpang di rumah kawannya yang bernama Farah (lakonan Julia Farhana Marin). Ketika hendak menghadiri temuduga di sebuah hospital, Amira telah tersesat dan hampir berputus asa, ketika menunggu teksi di perhentian bas yang terletak di kawasan yang terpencil itu. Dahlia (lakonan Nina Iskandar) tiba - tiba muncul di situ dan menolong Amira kerana dia juga bekerja di hospital yang sama. Dengan bantuan Dahlia, akhirnya Amira diterima bekerja di situ. Dahlia turut mengajak Amira untuk tinggal di rumah sewanya kerana rakan serumahnya yang lama telah berpindah dari situ. Amira akhirnya bersetuju. Amira kemudiannya memulakan tugasnya sebagai jururawat di hospital berkenaan, semakin lama Amira bekerja di Hospital tersebut, pelbagai perkara pelik dan menakutkannya yang dialaminya. Dirinya juga turut ternampak kelibat seorang perempuan yang sering menganggunya.

Doktor Farid (lakonan Fizz Fairuz) perasan yang Amira sering ketakutan cuba menenangkan Amira dan Amira juga senang menceritakan masalahnya pada Dr. Farid itu, namun kemesraan Amira dan Dr Farid telah membuatkan Dahlia menjadi marah kerana Dahlia ada hubungan dengan Dr Farid. Lama - kelamaan gangguan yang dialami Amira menjadi semakin teruk, Amira semakin tidak dapat nak membezakan antara fantasi dan realiti, dia juga tidak sedar apa yang dilakukannya sebelum ini. Amira kemudian menceritakan masalahnya pada kawan baiknya Farah. Farah dan juga tunangnya Fahmi mula curiga dengan tempat kerja Amira itu lalu cuba pergi ke hospital tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?. Siapa Amira sebenarnya? dan siapakah yang sering mengganggunya?.

Gambar di atas credit to Cinema Online

Read More

29 Jan 2018

Episod 30 Hingga 34 Syurga Yang Kedua

 Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34, Drama Syurga Yang Kedua, Astro Prima, Maya HD, Sinopsis Berepisod, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Cinta, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34

Isnin ini, Drama Syurga Yang Kedua ini dah masuk episod ke - 35 dah, cepat masa berlalu kan, tapi entah bila Sabrina akan tahu pasal perkahwinan suaminya dengan kawan baiknya itu. Dalam episod 30 hingga 34 drama Syurga Yang Kedua ini, kelihatan Azril cuba nak mengkantoikan Vivy dan Daniel pada Sabrina tapi tak berjaya pula hehehe. Selain itu ada watak baru yang diperkenalkan untuk minggu ini iaitu watak Fazira, aku tak tahu apa yang Fazira ini akan buat, hope watak ini juga boleh bagi impak yang baik pada drama ini. Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Jadi hari ini aku nak share Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34, selamat membaca okey. Pada yang tak pernah tengok drama ini, boleh juga try baca sinopsis drama ini yang aku gabungkan semua episod dalam seminggu. Link - link untuk sinopsis episod - episod awal boleh tengok di bawah sekali ye.

Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34

Sabrina dan Daniel telah mengambil Alia menjadi anak angkat mereka manakala Dato Sherry pula telah membenarkan Delaila berkahwin dengan Azril juga akhirnya. Malah Dato Sherry juga turut menaikkan pangkat Azril ke jawatan yang lebih tinggi dalam syarikatnya. Sebelum bernikah, Dato Sherry turut membawa Azril untuk berjumpa dengan wali Delaila yang sah iaitu Daud yang juga merupakan ayah pada Sabrina. Kelihatan Azril sangat terkejut mengetahui mengenai Daud yang juga merupakan ayah kandung pada Delaila. Sabrina yang keluar dengan Daniel turut terlihat bapanya bertemu dengan Dato Sherry dan Azril dari jauh. Kemudian Sabrina bertanyakan ayahnya, jika ayahnya ada menyimpan rahsia selama ini dan akhirnya Daud berterus - terang pada Sabrina mengenai Delaila. Sabrina sangat sedih apabila mengetahui perkara yang sebenar, malah dirinya juga terpaksa menyimpan rahsia tersebut daripada Daniel. Shida turut mendengar perbualan suaminya dan anaknya itu dari luar pintu. Vivy yang merindui anaknya Alia menelefon Sabrina dan menggesanya untuk membawa Alia datang ke rumah Dato Sherry. Akhirnya Sabrina dan Daniel membawa Alia datang ke rumah Dato Sherry.



Vivy dapat melepaskan rindunya pada Alia, namun sikap Dato Sherry yang terlampau pilih kasih serta melebihkan baby Yusof berbanding Alia membuatkan Sabrina sentap dan sedih, lalu bergegas pulang. Vivy menyuruh Dato Sherry supaya tidak melebihkan baby Yusof di depan Sabrina. Selain itu, bekas isteri pertama Syed Mansor iaitu Fazira ingin menuntut haknya dalam harta Syed Mansor yang diwarisi oleh Dato Sherry dan anak - anaknya. Peguam telah memaklumkan hal ini pada Dato Sherry dan membuatkan Dato Sherry sedikit terkejut. Azril yang telah berkahwin dengan Delaila terpaksa bersabar melayan kerenah dan perangai Delaila yang cepat marah itu. Selain itu Azril juga cuba mencari peluang dan kesempatan untuk berdua - duaan dengan Vivy. Manakala Delaila pula telah menampar Vivy kerana menyangka Vivy cuba menggoda suaminya Azril. Daud pula terkejut apabila mengetahui yang isterinya juga sudah mengetahui mengenai Delaila. Vivy keluar dari rumah untuk pergi bertemu dengan Daniel serta berbincang mengenai hubungan mereka. Bagi Vivy, Daniel bersikap tidak adil padanya dan kemudian Daniel dan Vivy mula marah dan bertengkar. Kemudian Azril menasihati Daniel supaya membawa Vivy pergi bercuti dan akhirnya Daniel mengikut nasihat Azril itu.

Vivy pula berasa sangat gembira kerana dapat pergi bercuti dengan Daniel, Vivy juga berazam untuk membuat Daniel mencintainya. Delaila juga mengajak Azril untuk pergi bercuti seperti Vivy dan Daniel itu. Daniel yang merancang untuk pergi bercuti dengan Vivy itu, memberi alasan pada Sabrina yang dirinya kena pergi outstation selama seminggu. Azril sebenarnya sengaja menyuruh Daniel membawa Vivy pergi bercuti supaya senang untuk dia mendedahkan perkara sebenar mengenai perkahwinan Vivy dan Daniel pada Sabrina, sebab itu jugalah Azril turut mengajak Sabrina untuk pergi ke tempat Daniel itu untuk membuat kejutan. Sabrina akhirnya bersetuju untuk mengikut cadangan Azril itu setelah mak ayah Sabrina turut menggalakkan Sabrina untuk pergi bertemu Daniel, sekaligus meluangkan masa berdua. Azril gembira apabila Sabrina bersetuju untuk mengikut cadangannya itu. Sementara itu, Vivy kelihatan sangat gembira dan bahagia dapat bercuti dengan Daniel. Manakala Dato Sherry dan Pak Majid pula bersedih kerana sangat merindui Puteri yang kini berada di luar negara. Kawan Shidah mengajaknya untuk menjadi rakan kongsinya untuk membuka restoran. Shidah awalnya menolak tapi akhirnya bersetuju, malah dia juga teringin untuk bertemu dengan Fazira.

Sabrina dan Azril akhirnya sampai di hotel tempat Daniel menginap, Azril menunjukkan bilik Daniel pada Sabrina dan Sabrina menuju ke situ, tapi akhirnya salah bilik, Daniel menginap di bilik lain. Sebenarnya Vivy telah pun mengetahui rancangan Azril itu dan berjaya mengelak bertemu Sabrina. Azril tidak berputus asa, dia akhirnya dapat menangkap gambar Daniel dan Vivy dalam telefon bimbitnya itu. Vivy terpaksa pulang lebih awal kerana Sabrina telah berada di situ, namun Vivy tetap gembira kerana dapat meluangkan masa bersama Daniel walaupun sekejap. Sabrina juga gembira dapat bercuti bersama Daniel namun percutian mereka tidak lama kerana Sabrina ingin pulang segera kerana terlalu merindukan Alia. Dato Sherry risau dengan perniagaannya yang makin merosot sejak kebelakangan ini, dia dan Daniel terpaksa bekerja lebih keras selepas ini untuk memajukan syarikat mereka. Azril terus membuat rancangan untuk mengenakan Vivy dan Daniel. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link dibawah ini ye.
Read More

28 Jan 2018

Episod 16 Hingga 19 Kekasih Paksa Rela

Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 16 Hingga Episod 19, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Kekasih Paksa Rela, Slot Akasia, TV3, Poligami, Sinopsi Drama Kekasih Paksa Rela, Sinopsis Berepisod, Ending, Cinta, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan, Dayang Areeda, Fatin Afeefa, 2018, Malay Drama,
Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 16 Hingga Episod 19

Diam tak diam isnin ini dah masuk episod ke - 20 dah, Drama Kekasih Paksa Rela yang disiarkan di Slot Akasia TV3 ini. Antara Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terdiri daripada Remy Ishak sebagai watak Adham, Ain Edruce sebagai Rosnaida, Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira, Dayang Areeda sebagai Shiqin, Afzan Rahman sebagai Firdaus, Emelda Rosemila sebagai Suraya, Fizz Fairuz sebagai Yusman, Fatin Afeefa sebagai Zilla dan ramai lagi. Ketika di awal perkahwinan Adham dan Hanan, kelihatan Hanan kurang matang dan berperangai sedikit kebudakkan. Namun dalam episod 16 hingga episod 19 ini, dapat dilihat Hanan dah makin matang, dia sering bertolak - ansur dan sedar kedudukannya yang merupakan orang ketiga antara Adham dan Rosnaida. Lebih menarik apabila Hanan yang menasihati Adham untuk berbaik - baik dengan Rosnaida itu. Tapi aku juga hairan kenapa nak merahsiakan statusnya dari Izamil itu, patutnya berterus - terang sajalah kan, selesai masalah dan tak perlu lagi Hanan nak bergaduh dengan Adham lagi pasal Izamil ini kan. Rasanya episod seterusnya pasti lebih banyak konflik dengan kehadiran Shiqin yang cuba menghasut Rosnaida dan sebagainya. Apa pun dalam entry ini aku nak share Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 16 Hingga Episod 19, jadi selamat membaca, okey..

Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 16 Hingga Episod 19

Rosnaida meminta maaf pada Adham atas kesalahannya kerana meninggalkan Adham selama 2 tahun, Ros ingin kembali pada Adham seperti dahulu dan menebus kesalahannya selama ini. Ros juga agak terkejut, apabila Adham begitu senang memaafkannya. Manakala Hanan Khaira pula bergegas pulang ke rumah untuk mengemas pakaian dan barang - barangnya untuk keluar dari rumah Adham dan berpindah ke rumah lain kerana Rosnaida akan tinggal di rumah Adham itu. Adham berasa bersalah pada Hanan kerana terpaksa membiarkannya Hanan pergi dan dia juga tidak sangka yang Rosnaida akan pulang secara tiba - tiba. Ros ingin menjadi suri rumah dan menjaga Adham sebaik mungkin, walaubagaimanapun Ros perasan yang Adham sudah banyak berubah dan sedikit dingin dengannya. Adham / Am sentiasa mencari masa untuk bertemu Hanan dan Hanan pula terpaksa tinggal sendirian di rumah lain serta bersabar dengan situasi sekarang. Namun Hanan sedar yang dia adalah isteri kedua dan perlu bertolak - ansur, malah Hanan juga ingin merapatkan diri dengan Rosnaida sebelum Ros tahu kebenarannya. Tak lama kemudian, Ros menjumpai gambar Mak Hanan dalam almari dan mula marah serta bertanyakan pada Adham tentang perempuan dalam gambar tersebut.

 Am mengelak dan tidak mahu berterus - terang pada Rosnaida mengenai gambar tersebut. Ros merasakan yang Am ada perempuan lain tapi Adham tidak mahu mengaku mahu pun berterus - terang padanya. Ros juga tak dapat nak menghubungi Shiqin, hubungan Ros dan Adham makin dingin apabila mereka kerap bertengkar dan bergaduh. Manakala Hanan pula selalu menasihati Adham supaya berbaik semula dan meluangkan lebih banyak masa dengan Ros. Selain itu, Ros turut cemburu melihat kemesraan Adham dan Nonie di pejabat, lalu bertindak memarahi Nonie. Ros juga makin yakin yang Adham ada perempuan lain selepas terdengar perbualan telefon Am dengan seseorang. Tak lama kemudian, Hanan terjumpa Rosnaida di shopping mall ketika Hanan ingin mendaftar dan bertanyakan tentang aktiviti lasak yang dianjurkan di situ. Hanan begitu terkejut - melihat Rosnaida menyapanya dan Hanan cuba memberi alasan untuk cepat - cepat pergi dari situ. Ros juga agak hairan melihat kelakuan Hanan yang tiba - tiba nampak takut dan terkejut. Selepas dari itu, Hanan ada bertemu dengan seniornya yang bernama Izamil / Izam untuk meminta bantuannya untuk satu projek. Izamil kemudiannya mempertemukan Hanan dengan Rosnaida.



Selepas Izamil mempertemukan mereka, kelihatan Rosnaida senang dan selesa dengan Hanan, malah Rosnaida juga ikhlas untuk membantu Hanan. Kelihatan Izamil menyukai Hanan, namun Hanan sukar untuk berterus - terang mengenai statusnya yang sudah bergelar isteri orang itu pada Izam. Ros sentiasa memberi semangat dan menggalakkan izam untuk meluahkan perasaannya pada Hanan. Selain itu, Ros dan Adham makin kerap bergaduh dan Ros juga sangat sedih apabila Adham sudah tidak memakai cincin kahwin mereka lagi. Tak lama kemudian Adham melihat Hanan menaiki kereta Izamil untuk ke satu tempat. Adham mula cemburu apabila sudah beberapa kali dia nampak Hanan keluar bersama Izam. Hanan juga cuba untuk mengelakkan diri dari Izam, malah dia dan Adham turut bergaduh sebab Izam ini kerana Adham sangat cemburu dengan Izam. Akhirnya Hanan berjanji pada Adham yang dia tidak akan keluar dengan Izam lagi. Selain itu, Izam juga ternampak cincin yang dipakai oleh Hanan itu dan menganggap Hanan sudah ada seseorang yang disayanginya. Namun Ros menyuruh Izam untuk berfikiran positif dan menggalakkannya untuk berterus - terang pasal perasaannya itu.

Manakala hubungan Adham dan Rosnaida sekejap baik, sekejap lagi bergaduh. Tak lama kemudian Hanan terserempak dengan Izam dan cuba untuk mengelaknya, tapi Izam mengajaknya berjumpa untuk membincangkan satu perkara penting di satu tempat. Akhirnya Hanan terpaksa bersetuju untuk megikut Izam. Dalam perjalananan ke restoran, Hanan dan Izam akhirnya terserempak dengan Rosnaida dan Adham. Hanan dan Adham berpura - pura tidak mengenali antara satu sama lain, namun kelihatan Adham sedikit marah pada Hanan kerana Hanan telah mungkir janji untuk tidak keluar dengan Izam lagi. Manakala Hanan pula agak terkejut dan berasa bersalah pada Adham.

Bagi yang terlepas nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah klik link di bawah ye..

Read More

26 Jan 2018

Review Bollywood Movie - Phobia

Bollywood Movie, Phobia, Bollywood Movie Review, Hindi Movie, Filem, Hindustan, Suspen, Filem Psychological Thriller, Extreme Agoraphobia, Trauma, Psychiatrist, Pelakon Filem Bollywood Phobia, Radhika Apte, Satyadeep Mishra, Ankur Vikal, Yashaswini Dayama, Nivedita Bhattacharya, Faezeh Jalali, Ending Phobia, 2016, Review By Miss Banu,
Phobia - Bollywood Movie Review

Hari ini aku nak buat Review Filem Bollywood yang bertajuk Phobia, bila sebut filem Phobia ini, aku terus teringat dekat filem seram Thailand yang tajuknya juga sama iaitu Phobia dan Phobia 2. Tapi korang jangan konfius pula sebab aku nak buat Review Filem Bollywood okey hehehe. Bollywood Movie ini release pada 27 Mei 2016 yang lalu serta diarahkan oleh Pavan Kirpalani dan merupakan sebuah filem Psychological Thriller. Antara Pelakon Filem Phobia ini adalah Radhika Apte, Satyadeep Mishra, Ankur Vikal, Yashaswini Dayama, Nivedita Bhattacharya, Faezeh Jalali dan ramai lagi. Filem ini memang menguji kemampuan pelakon utamanya iaitu Radhika Apte yang perlu membawakan watak sebagai Mehak Deo yang mengalami agoraphobia yang teruk. Apa pun lakonan Radhika Apte dalam filem Phobia ini memang mendapat pujian ramai atas keberkesanan lakonannya. Bagi penggemar filem Bollywood pastinya kenal dengan Radhika Apte ini malah Radhika juga turut berlakon filem Tamil dan sebagainya.

Filem Phobia ini juga lari dari kebiasaan tipikal filem Hindi yang lain apabila tak banyak lagu dalam filem ini sebab cuma ada satu lagu saja. Dalam filem ini juga, korang boleh melihat perubahan personaliti Mehak Deo yang mendadak dari seorang yang happy go lucky, ramai kawan, gemar bergurau berubah menjadi pendiam, penakut, mengasingkan dirinya dari semua orang serta dunia luar. Mehak mula mengalami extreme agoraphobia ini selepas mengalami satu kejadian, dimana dirinya hampir dicabul oleh seorang pemandu teksi namun Mehak berjaya menyelamatkan dirinya namun selepas itu, dirinya mula trauma dan mengalami agoraphobia yang teruk sehingga menjejaskan kehidupannya. Awalnya Mehak dijaga oleh kakaknya Anusha, malah Anusha mencuba pelbagai cara untuk menyembuhkan Mehak termasuklah memanggil psychiatrist datang ke rumah, namun semuanya tidak berkesan. Anusha mula hilang sabar dengan perangai adiknya itu, apabila Mehak tidak membenarkan anak Anusha yang baru pulang dari sekolah masuk ke dalam rumah, kerana Mehak takut untuk membuka pintu.



Anusha dan Mehak akhirnya bergaduh besar dan kemudian Shaan yang merupakan kawan lelaki Mehak membawa Mehak berpindah ke satu rumah kosong dan membiarkan Mehak tinggal seorang diri supaya dia boleh berdikari dan mengatasi phobianya itu. Sekali - sekala Shaan akan datang ke rumah Mehak itu untuk membawa barang - barang keperluan harian untuk Mehak. Tak lama kemudian Mehak merasakan rumah yang didudukinya itu berhantu kerana dirinya kerap nampak macam - macam. Bukan itu saja Mehak turut yakin yang salah seorang daripada jirannya adalah pembunuh. Scene yang Mehak over confident mengenai jirannya adalah pembunuh tu kelakar hahaha, selain itu ada satu scene yang aku paling suka, ketika Mehak kena keluar rumah untuk membuang sampah tu. Ikutkan tong sampah tak jauh pun, cuma beberapa langkah dah sampai tapi gaya dan cara Mehak nak pergi membuang sampah itu dah macam nak pergi mendaki gunung Everest dah hehehe, siap ikat kain yang panjang dekat pinggangnya yang bersambung sampai ke rumahnya.

Paling best bila sampah mehak tu akhirnya tak masuk dalam tong sampah pun hehehe. Tapi nasib ada anak jirannya yang bernama Nikki menolongnya. Aku agak kagum juga dengan kawan Mehak yang bernama Shaan itu yang setia betul melayan kerenah Mehak tu, walaupun kadangkala Mehak melayannya dengan kasar sekali. Ada satu scene yang buat aku annoying sikit dengan Mehak ini, iaitu ketika dia salah faham pada Shaan dan ingat Shaan akan membunuhnya. Kesian gila dengan Shaan masa ini, sebab tercedera lepas itu kena tuduh pula sebagai pembunuh. Kalau orang lain yang jadi Shaan tu mesti awal - awal lagi dah surrender nak melayan kerenah Mehak ini. Ending filem Phobia ini agak open ending gitu dan penonton perlu membuat tafsiran sendiri mengenai ending filem ini. Kiranya kita buat ending sendiri heheh.

Terdapat juga plot twist dalam filem Phobia ini, bila semua yang Mehak nampak ada sebabnya, tapi aku tak naklah bagi spoiler kan, kalau nak tahu kenalah tonton sendirilah kan. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk Hindi Movie Phobia ini.

Gambar di atas credit to  Bollywood Hungama

Read More

22 Jan 2018

Sinopsis Kekasih Paksa Rela Episod 12 Hingga 15

Kekasih Paksa Rela, Slot Akasia, TV3, Drama Kekasih Paksa Rela, Watak Pelakon, Hanan Khaira, Adham, Rosnaida, Shiqin, Firdaus, Yusman, Suraya, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 12 Hingga Episod 15, Sinopis Berepisod,
Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 12 Hingga Episod 15

Nampaknya Drama Kekasih Paksa Rela ini makin menarik jalan ceritanya, apabila watak Rosnaida dah muncul kembali. Jadi konflik antara Ros, Adham dan Hanan makin mendebarkan. Adakah Ros dah tahu pasal pernikahan suaminya itu, sebab tu dia tiba - tiba muncul?. Atau pun sebenarnya Ros merindui Adham dan berasa bersalah jadi dia muncul semula untuk menebus kesalahannya? Hope Adham berterus - terang pada Rosnaida tu nanti pasal perkahwinannya dengan Hanan itu. Selain itu, rasa kesian juga dengan ibu Hanan itu, sebab baru sekarang dia nampak kejahatan Yusman tu, konform dia menyesal gila sebab berkahwin dengan Yusman dulu kan hehe. Manakala watak Shiqin itu memang sentiasa annoying okey. Apa pun aku suka tengok Dayang Areeda yang membawakan watak Shiqin tu, sebab dia memang lawa, first time aku tengok dia berlakon adalah menerusi Drama Semusim Rindu. 

Antara Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terdiri daripada Remy Ishak sebagai watak Adham, Ain Edruce sebagai Rosnaida, Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira, Dayang Areeda sebagai Shiqin, Afzan Rahman sebagai Firdaus, Emelda Rosemila sebagai Suraya, Fizz Fairuz sebagai Yusman, Fatin Afeefa sebagai Zilla. Untuk entry hari ini, aku nak share rangkuman sinopsis drama kekasih paksa rela ini dari episod 12 hingga 15 di bawah ini. Jadi selamat membaca okey.

Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 12 Hingga Episod 15

Hanan telah selamat pulang ke hotel penginapannya itu dan kemudian jatuh sakit, Adham menjaganya dengan baik. Shiqin datang ke rumah Adham untuk berjumpa dengannya, tapi Mak Senah telah terlepas cakap yang Am pergi ke pulau dengan Hanan dan membuatkan Shiqin marah. Shiqin juga turut menyelongkar laci pejabat Adham untuk mencari sesuatu namun setiausaha Adham yang datang secara tiba - tiba membuatkan Shiqin terus keluar. Shiqin juga tidak melepaskan peluang untuk menghina Hanan setiap kali mereka berjumpa. Tak lama kemudian Adham / Am telah mendapat tahu yang Shiqin telah melakukan kesalahan besar pada syarikat dan telah transfer Shiqin ke Indonesia. Bapa Shiqin telah memujuk Shiqin untuk mengikut saja arahan dan akhirnya Shiqin akur walaupun berasa sangat marah. Sebelum pergi, dia sempat berjumpa dengan Hanan untuk memberinya amaran kerana dia tidak akan melepaskan Hanan dan dia juga tidak akan berputus asa. Selain itu Adham juga sedikit merajuk dengan Hanan tapi happy bila Hanan buat suprise padanya dengan celebrate birthday Adham bersama - sama. Pada masa yang sama Am turut terkejut menerima mesej dari Rosnaida yang mengucapkan happy birthday padanya. 



Adham tidak suka dengan hasrat Hanan yang ingin sambung belajar di luar negara, dirinya takut jika Hanan juga akan meninggalkannya seperti Rosnaida. Tak lama kemudian Adham menghadiahkan kereta buat Hanan. Selain itu ibu Hanan iaitu Suraya telah di buang kerja kerana mencuri barang - barang hotel kerana ingin membayar hutang - hutang along yang dibuat oleh suaminya Yusman. Selepas itu Suraya dan Yusman sering bergaduh, malah Yusman turut berjumpa Hanan di pusat beli belah, namun Adham datang tepat pada masanya dan Yusman terpaksa beredar dari situ. Am juga turut menghalang Hanan dari berjumpa ibunya buat sementara waktu. Tak lama kemudian Hanan mendapat panggilan telefon dari ibunya yang mengajaknya untuk berjumpa di suatu tempat. Rupa - rupanya Suraya dan Yusman ingin meminta duit daripada Hanan, Yusman juga turut mengugut Hanan. Walaubagaimanapun Yusman dan Suraya terpaksa melarikan diri dari situ, apabila ternampak kelibat along yang mengejar mereka. Dalam masa yang sama, Adham juga turut sampai di situ dan membawa Hanan pulang.

Suraya dan Yusman terpaksa melarikan diri daripada Along, mereka juga tidak dapat pulang ke rumah dan terpaksa bersembunyi di tempat lain. Hanan yang berasa marah pada Adham menyuruh Firdaus menjemputnya pulang dari universiti sebelum meminta pertolongannya untuk menghantarnya ke rumah ibunya. Pada masa yang sama Yusman turut berada dalam rumah tersebut dan menunggu Hanan di dalam rumah itu. Namun nasib baik Firdaus sempat menghalang Yusman dan akhirnya Yusman melarikan diri. Am berasa marah dan kecewa dengan Hanan manakala Hanan pula berusaha untuk meminta maaf pada Am. Selain itu Yusman juga sudah mula memukul isterinya Suraya, malah Suraya juga sudah tak tahan untuk hidup bersama dengan Yusman lagi dan sering meminta cerai. Namun Yusman enggan menceraikannya. Setelah Adham dan Hanan sudah berbaik, Adham memutuskan untuk memperkenalkan Hanan sebagai Isterinya di majlis Annual Dinner Syarikat. Di majlis tersebut, ketika Adham baru nak membuat pengumuman mengenai Hanan, isteri pertama Adham iaitu Rosnaida tiba - tiba muncul. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Bagi yang terlepas nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah klik link di bawah ye..

Read More


My Random Post