Memaparkan catatan dengan label Konsert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konsert. Papar semua catatan

28 Nov 2022

Final Gegar Vaganza 9 dan Keputusan Markah Konsert



GV9, Gegar Vaganza 9, Finalis GV9, Elly Mazlein, Kak Lina Kepom, Konsert Final GV9, Konsert Akhir GV9, Top 3 GV9,

Berakhir sudah Gegar Vaganza Musim Ke 9 yang menobatkan Jaclyn Victor sebagai juara GV9. Walaupun kemenangan Jaclyn Victor sudah diramal dan bukan satu kejutan, namun semua peserta lain memberikan tentangan yang sengit terutamanya di Konsert Akhir Gegar Vaganza 9 ini. Namun tak dinafikan Jac layak menjadi juara GV9 kerana hasil usahanya dan juga persembahan memukau di kedua - dua pusingan iaitu pusingan solo dan juga Battle Round dengan kumpulan VE. Jac menyanyi lagu rap pun mantap gitu. Bob Yusof juga cemerlang di konsert final GV9 ini, tapi sayangnya di pusingan battle round ianya kurang menyerlah tapi tetap comel okey. Agak kesian juga dengan Shila Amzah kerana dia sakit tekak, masa dia bercakap di sesi sidang media, selepas konsert tu memang hilang terus suara dia, nak bercakap pun susah. Aku rasa persembahan semua finalis di konsert final Gegar Vaganza Musim Ke -9  ni memang best - best belaka. Elly Mazlein a.k.a Kak Lina Kepom memang penyeri GV9 ni kan..Apa pun jom tengok keputusan pemenang GV9 di bawah ini okey..




Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 9 (GV9)

Juara GV9 - Jaclyn Victor
Naib Juara - Bob Yusof
Tempat Ketiga - Shila Amzah
Tempat Keempat - Tomok
Tempat Kelima - VE
Tempat Keenam - Hazrul Nizam

Keputusan Markah Peserta Konsert Final GV9

Juara GV9 - Jaclyn Victor (85.86%)
Naib Juara - Bob Yusof (76.28%)
Tempat Ketiga - Shila Amzah (76.02%)
Tempat Keempat - Tomok (75.83%)
Tempat Kelima - VE (72.39%)
Tempat Keenam - Hazrul Nizam (69.75%)

Senarai Juara - Juara Gegar Vaganza

Juara GV1 - Ayai Ilusi
Juara GV2 - Siti Nordiana
Juara GV3 - Azharina Azhar
Juara GV4 - Aishah 
Juara GV5 - Noryn Aziz
Juara GV6 - Naqiu dan Hady Mirza
Juara GV7 - Cliff Umar
Juara GV8 - Aliff Aziz
Juara GV9 - Jaclyn Victor

Jom Baca Ini Juga 👉👉  Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima

Read More

2 Apr 2019

Bila Pelakon Korea Park Bo Gum Nyanyi Lagu Melayu




Park Bo Gum, Artis Korea, Korean Artis, Actor, Pelakon Korea, Penyanyi, Park Bo Gum In Malaysia 2019, Park Bo Gum Fan Meeting In Malaysia 2019, Bila Pelakon Korea Park Bo Gum Nyanyi Lagu Melayu, Park Bo Gum Nyanyi Lagu Belaian Jiwa di 2019 Park Bo Gum Asia Tour Good Day In Kuala Lumpur, Konsert Park Bo Gum In Malaysia 2019,
Pelakon Popular Korea Park Bo Gum Menyanyikan Lagu Belaian Jiwa di Konsertnya

Rasanya semua yang suka tengok drama Korea, pasti kenal dengan Park Bo Gum kan, betul tak?Ketika aku layan Youtube tertengok satu video best hahaha, dimana pelakon popular Korea Park Bo Gum bermain piano sambil menyanyikan lagu Melayu yang bertajuk Belaian Jiwa di Park Bo Gum Asia Tour Good Day in Kuala Lumpur 2019 baru - baru ini. Sedap pula dia nyanyi dan sebutan lirik lagu Belaian Jiwa tu pun jelas dan tak pelat sangat. Satu usaha yang bagus gitu, rasanya masa di Indonesia dulu pun dia dah pernah menyanyi lagu Indonesia juga. Agaknya kalau di India nanti, dia nyanyi lagu hindustan pula kot hehehe. Suka pula aku tengok dia nyanyi lagu melayu ni, adorable dan suaranya pun best. Jom tengok video Park Bo Gum nyanyi lagu Belaian Jiwa di bawah ini okey..




(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

6 Nov 2017

Liza Hanim Terbaik, Ferhad Tersingkir - Gegar Vaganza 2017 (Minggu Kedua)

Review Minggu Kedua Gegar Vaganza 2017, GV4, Gegar Vaganza Musim Ke-4, Nyanyian, Lagu Best, Pertandingan Nyanyian, Penyanyi, Artis Malaysia, Astro Ria, Ferhad Tersingkir, Peserta Gegar Vaganza Musim Keempat, Liza Hanim, Haida, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman, Elyana, Raja Azura,
Minggu Kedua Konsert Gegar Vaganza Musim Ke -4 - Ferhad Tersingkir, Liza Hanim Terbaik

Minggu kedua Gegar Vaganza Musim keempat (2017) berlangsung dengan meriah, rata - rata peserta GV4 ini memberikan persembahan yang terbaik. Liza Hanim yang menyampaikan lagu Aku Hanya Pendatang nyanyian asal Fransisca Peter mendapat standing ovation dari juri tetap Gegar Vaganza. Aku rasa Liza Hanim ini pasti akan ke Final Gegar Vaganza nanti. Selain itu Haida mengejutkan penonton dengan mutu vokalnya yang mantap dalam lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu. Aku sendiri pun suka lagu tersebut, aku suka Haida menyanyikan lagu sebegini berbanding lagu Irama Malaysia di minggu pertama itu. Manakala Hazami pula memang nyanyiannya sentiasa sedap dan aku teringin nak lihat Hazami ini menyanyikan lagu Rock pula nanti. Aku tak sangka Aishah dah berusia 52 tahun, tapi suaranya bila menyanyi memang sedap habis, maintain suara dia tu, tak berubah langsung. Minggu ketiga nanti Aishah akan menyanyikan lagu Yuna iaitu Terukir Di Bintang, tak sabar nak tengok Aishah nyanyi lagu Yuna. Apa pun aku rasa comel bila dengar suara Aishah ini bercakap, dah macam budak - budak pula hehehe.
Minggu Kedua Konsert Gegar Vaganza Musim Ke -4 - Ferhad Tersingkir, Liza Hanim Terbaik
Aku hope Aqasha akan kekal lama dalam pertandingan Gegar Vaganza ni, bukan apa, risau pula kalau dia tersingkir sebab kedudukannya di minggu pertama bottom three dan minggu ini nampak peningkatannya, manakala minggu depan pula dia akan menyanyikan lagu dangdut pula. Rasanya ramai yang tak terkejut Ferhad tersingkir minggu ini sebab aku rasa lagu Harus Terpisah itu agak susah nak dinyanyikan serta nampak Ferhad struggle nak menyampaikan lagu itu. Walaubagaimanapun nampak Ferhad dah bersungguh - sungguh menyanyikan lagu tersebut yang merupakan lagu nyanyian Cakra Khan. Berbanding minggu lalu, Firman berada dalam kedudukan Bottom 4 minggu ini, tapi aku tak sabar juga nak lihat Firman menyanyikan lagu Zalikha (Floor 88) di minggu ketiga nanti. Aku suka dengan gaya persembahan Elyana masa menyanyikan lagu dari kumpulan Kotak yang berjudul Masih Cinta, tapi rasanya lagu tersebut memang makanannya saja, teringin nak tengok Elyana nyanyi lagu - lagu yang lebih susah dan mencabar vokalnya. 

Raja Azura terselamat di minggu kedua ini dan berjaya meneruskan perjuangannya di minggu ketiga nanti. Aku agak terhibur dan suka pula dengan lagu yang dinyanyikannya itu, best juga lagu itu, sebab sebelum ini aku rasa Raja Azura ini dah salah pilih lagu tapi rupanya lagu itu sesuai dengannya. Minggu depan dia akan menyanyikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps nyanyian Pussycat Dolls. Aku suka lagu tersebut, entah macam mana pula gaya persembahan Kak Engku di minggu ketiga nanti. Apa pun Good Luck untuk semua peserta di minggu ketiga GV4 nanti.

Gambar - Gambar diatas credit to Pixabay.com
Read More


My Random Post