29 Sep 2019

Telefilem Cik Shopaholic Lakonan Puteri Aishah & Ungku Ismail




Cik Shopaholic, Telefilem, Telemovie, Telefilem Cik Shopaholic, Telemovie Cik Shopaholic, Sinopsis Telefilem Cik Shopaholic, Slot Cerekarama, TV3, Senarai Pelakon Telefilem Cik Shopaholic, Ungku Ismail Aziz, Puteri Aisyah, Syerinie Myra, Sharifah Shahora, Hazwan Alif, Watak Pelakon, Poster Telefilem Cik Shopaholic,
Cerekarama Cik Shopaholic TV3

Telefilem Cik Shopaholic akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 28 September 2019 ini, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Cik Shopaholic ini adalah Ungku Ismail Aziz, Puteri Aisyah, Syerinie Myra, Sharifah Shahora, Hazwan Alif dan ramai lagi. Ikutkan Telemovie Cik Shopaholic ini adalah siaran ulangan ye, sebab dah pernah disiarkan sebelum ini di NTV7 pada tahun 2018 dan kini disiarkan semula di slot Cerekarama TV3. Skrip telefilem ini ditulis oleh Sharifah Abu Salem serta diarahkan oleh Hadith Omar serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik kan telemovie Cik Shopaholic ini kan, so jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Cik Shopaholic (Cerekarama TV3)

Razi (Ungku Ismail), seorang yang cerewet dan sangat berkira dalam soal kewangan. Manakala Hezliza (Puteri Aishah) pula sangat boros dalam berbelanja. Keluarga mereka ingin menyatukan mereka agar dapat mengubah sikap masing-masing. Hezliza yang sudah terbiasa hidup senang merasakan terpaksa melakukan segala urusan rumahtangga sendirian setelah berkahwin tanpa pembantu rumah. Razi menyedari, Hezliza mempunyai bakat dalam masakan. Mereka kemudiannya membuka restoran dan mempunyai ramai pelanggan. Suatu hari, kekasih lama Razi ke restoran mereka dan cuba untuk rapat dengan Razi. Hezliza tertekan, dan di dalam diam dia kembali kepada perangai lamanya, kerana hanya membeli-belah sahaja yang dapat mengurangkan tekanannya.

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Han Byul (Big Stage 2019)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

4 ulasan:

  1. alaaa kesiannya bila dah berubah awek lama suami datang pulakkkk

    BalasPadam
  2. makin naik puteri aisyah ni. mana2 mesti keluar muka dia dkt tv. Best dia belakon. tak nmpk kayuu. Sukaaa hehe

    BalasPadam
  3. cafe dalam citer nie dekat mana eh? tempat cozy je, nak try lepak sana.

    BalasPadam



My Random Post