20 Sep 2019

Drama Rumah Siti Khadijah (Samarinda TV3)




Rumah Siti Khadijah, Drama Rumah Siti Khadijah, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah, OST Drama Rumah Siti Khadijah, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Setiap Episod, Senarai Pelakon Drama Rumah Siti Khadijah, Farahdhiya, Intan Ladyana, Faezah Elai, Nina Iskandar, Sherry Al Jeffri, Azhan Rani, Zaidi Omar , Zulkifli Ismail, Rahhim Omar, Jay Iswazir, Kamarool Yusoff, Khayrisyah Kemal, Poster Drama Rumah Siti Khadijah,
Drama Rumah Siti Khadijah Slot Samarinda TV3

Drama Rumah Siti Khadijah adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 dan sudah bersiaran sejak 10 September 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Jalan cerita untuk setiap episod berbeza dan drama ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Heykal Hanifah serta diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Antara pelakon drama Rumah Siti Khadijah ini adalah Farahdhiya, Intan Ladyana, Faezah Elai, Nina Iskandar, Sherry Al Jeffri, Azhan Rani, Zaidi Omar , Zulkifli Ismail, Rahhim Omar, Jay Iswazir, Kamarool Yusoff, Khayrisyah Kemal dan ramai lagi. Manakala lagu tema / OST Drama Rumah Siti Khadijah ini bertajuk Jiwa Raga dan dinyanyikan oleh Liya Bank. Nampak menarik drama ini kan, disamping ada pengajaran gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah

Rumah Siti Khadijah adalah sebuah rumah pemulihan akhlak untuk remaja bermasalah yang ingin kembali ke pangkal jalan. Setiap penghuni mempunyai masalah dan konflik kehidupan yang berbeza sehingga mereka diberi perlindung an di Rumah Siti Khadijah. Rumah Siti Khadijah diwarisi oleh Sakinah (Farahdhiya) yang merupakan anak angkat kepada seorang hartawan, Datin Siti Khadijah. Setiap warden di rumah Siti Khadijah iaitu Amira (Faezah Elai), Zara (Intan Ladyana) dan Fika (Nina Iskandar) mempunyai kisah silam tersendiri dan mereka berusaha untuk melindungi gadis-gadis ini.Amira telah dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan seorang ustaz yang mengamalkan ajaran sesat di mana dia akan dijadikan isteri yang kelima. Zara pula menghadapi masalah keluarga apabila kedua-dua ibu bapanya sering bergaduh. Zara melarikan diri dari rumah dan terlanjur. Manakala Fika pula telah diperkosa oleh pakcik yang memeliharanya setelah kematian ibu bapanya.
Rumah Siti Khadijah, Drama Rumah Siti Khadijah, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah, OST Drama Rumah Siti Khadijah, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Setiap Episod, Senarai Pelakon Drama Rumah Siti Khadijah, Farahdhiya, Intan Ladyana, Faezah Elai, Nina Iskandar, Sherry Al Jeffri, Azhan Rani, Zaidi Omar , Zulkifli Ismail, Rahhim Omar, Jay Iswazir, Kamarool Yusoff, Khayrisyah Kemal, Poster Drama Rumah Siti Khadijah,
Aku sertakan sekali sinopsis episod pertama hingga keempat drama ini..

Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Episod Sumbang Mahram
Mengisahkan tentang Dura yang berusia 15 tahun menjadi mangsa kerakusan datuknya sendiri. Abangnya, Lukman sering bekerja di luar daerah kerana dia bertanggungjawab menyara keluarga. Lama-kelamaan, Lukman nampak perubahan sikap Dura yang seolah-olah dalam ketakutan dan menjadi pendiam. Di hadapan Lukman, datuknya berpura-pura menjadi seorang yang penyayang.  Lukman tidak sangka datuk mereka sanggup melakukan kerja yang terkutuk itu.

Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Episod Call Girl
Mengisahkan tentang Fatin seorang gadis peramah yang datang meminta kerja di butik pakaian milik Sakinah. Sakinah memuji sifat Fatin yang pandai memikat hati pelanggannya. Fatin hidup bersama adik dan ayahnya, Marzuki setelah ibu bapanya bercerai. Marzuki seorang kaki perempuan sering mendera Fatin dan adiknya jika tidak mendapat wang. Lama-kelamaan, Sakinah sedar perubahan sikap Fatin. Satu hari, Sakinah terserempak dan melihat sisi hidup Fatin yang membuat kerja sampingan sebagai ‘Call Girl’. Sakinah mula  mengekorinya dan cuba membantu Fatin agar berubah dan kembali ke pangkal jalan.

Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Episod Pil Khayal
Menceritakan hidup Mel, seorang anak tunggal yang dibesarkan dalam keluarga berada. Kesibukan ibu bapanya yang kerap ke luar negara sering meninggalkan Mel dengan pembantu rumahnya, Kak Ecah. Segala kemahuannya dituruti. Mel mula terjebak dengan pengambilan pil khayal. Setiap kali ibu bapanya ke luar negara, Mel akan keluar berhibur dengan kawan-kawannya dan balik ke rumah dalam keadaan mabuk dan berkhayal.

Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Episod Lari Rumah
Mengisahkan tentang Adira yang dibesarkan dalam keluarga yang baik dan sempurna. Namun di sebalik tanggungjawab terhadap keluarga, Adira rasa terbeban hidupnya dan tidak dapat bergaul dengan kawan-kawan lain. Perlakuan Adira mula berubah setelah berkenalan dengan Rizal melalui media sosial. Kemudian, orang tuanya dikejutkan dengan berita kehilangan anak mereka apabila Adira tidak pulang dari sekolah. Adira yang tertekan dan rasa terikat dengan tanggungjawab di rumah, tidak mahu pulang walaupun telah dijumpai oleh orang kampung dan orang tuanya. 

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Drama Cinta Belum Tamat Tempoh

2 ulasan:



My Random Post