18 Feb 2018

Syurga Yang Kedua Episod 45 Hingga 49

Drama Syurga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 40 Hingga 44, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Episod 40 Hingga 44, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Amanda Misbun,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 45 Hingga 49

Drama Syurga Yang Kedua ini dah nak masuk episod ke 50 dah, tak sabar tunggu drama ini sampai ke kemuncaknya dan segala persoalan terjawab. Aku juga agak terkejut dengan sikap bapa Sabrina iaitu Daud yang nampak macam sukakan Rozie. Entah apa yang akan jadi bila Shidah tahu nanti hahaha. Minggu ini aku akan buat rangkuman sinopsis drama Syurga Yang Kedua episod 45 hingga episod 49, jadi selamat membacalah pada yang rajin nak membaca tu hehe. Kalau nak baca sinopsis episod - episod awal tu bolehlah search or klik saja kat ruangan sitemap di menu bar di atas ini okey.
Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. 

Sinopsis Syurga Yang Kedua Episod 45 Hingga 49

Azril masih menggangu Vivy dan mengajaknya untuk lari manakala Delaila pula terus - terusan menuduh Vivy cuba menggoda suaminya Azril. Dato Sherry cuba menyelesaikan salah faham Delaila terhadap Vivy dan Azril. Ketika Vivy keluar bersama Daniel dengan membawa baby Yusof, ada seorang wanita misteri cuba menggangu mereka, wanita tersebut asyik ingin memegang Yusof dan membuatkan Daniel cepat - cepat pergi ambil keretanya manakala Vivy menunggu disitu. Kemudian wanita tersebut memperkenalkan dirinya sebagai ibu kandung Yusof dan menginginkan anaknya semula, namun Vivy mengatakan yang mereka sudah ada perjanjian dan wanita tersebut boleh disaman jika melanggar perjanjian mereka. Selain itu Shidah masih sibuk dengan urusan perniagaannya manakala suami Shidah iaitu Daud pula makin rapat dengan pekerjanya yang bernama Rozie serta anak Rozie yang bernama Mira itu. Sabrina pula teringin untuk berjumpa dengan Ellis yang telah menyelamatkannya dan Alia sebelum ini. Ketika Ellis berada di pejabat Daniel, Sabrina juga turut datang dan akhirnya Daniel memperkenalkan Ellis pada Sabrina. Kemudian Sabrina dan Ellis pergi keluar minum, dan Sabrina mengucapkan terima kasih pada Ellis atas pertolongannya sebelum ini. Walaubagaimanapun ada timbul sedikit keraguan di hati Sabrina mengenai hubungan Daniel dan Ellis.

Akhirnya Daniel berterus - terang pada isterinya Sabrina mengenai Ellis itu dan akhirnya juga Sabrina tahu yang Ellis adalah bekas kekasih Daniel dulu. Dato Sherry berbincang dengan Azril mengenai kesihatan Delaila, Dato Sherry risau dengan keadaan Delaila yang tidak dapat dikawal disebabkan sikap Delaila yang tidak mahu makan ubat. Kalau keadaan ini berterusan, Delaila perlu dimasukkan ke hospital mental. Selain itu Shidah dan Fazira berpakat untuk membeli salah satu syarikat kepunyaan Dato Sherry dan membuatkan Dato Sherry terkejut dan curious tentang bagaimana Shidah dapat duit untuk membeli syarikatnya itu. Manakala Vivy pula mengadu pada Auntie Som mengenai ibu kandung Yusof yang datang menganggunya. Daud pula makin rapat dengan Mira yang merupakan anak Rozie. Mira sentiasa meminta pertolongan dari Daud manakala Daud pula tidak kisah untuk menolongnya. Rozie pula serba salah dengan Daud kerana anaknya telah banyak menyusahkan Daud. Ketika Vivy meninggalkan baby Yusof seketika di ruang tamu, Delaila telah datang untuk bermain - main dengan Yusof. Namun Delaila agak terkejut bila tiba - tiba Yusof menangis dna buatkan Delaila panik dan menutup mulut Yusof. Vivy yang nampak keadaan itu menyangka Delaila cuba mencederakan Yusof lalu marah dan terus pergi berjumpa dengan Daniel.



Walaubagaimanapun Sabrina turut berada di pejabat Daniel dan membuatkan Vivy terpaksa berpura - pura di depan Sabrina. Daniel juga agak panik dan marah lepas mendengar cerita Vivy mengenai Delaila itu dan membuatkan Sabrina sedikit pelik dengan kelakuan Daniel. Selain itu, kewangan Dato Sherry makin meruncing sehingga disarankan untuk menjual banglo yang didudukinya sekarang. Sabrina pula makin sarat mengandung, sebab itu Daniel banyak meluangkan masa bersama Sabrina berbanding Vivy. Manakala Shidah pula cuba berbaik - baik dengan suaminya Daud, walaubagaimanapun Daud masih lagi rapat dengan Mira dan juga Rozie. Daniel telah ternampak Vivy berjumpa dengan Auntie Som dan mendesak Vivy untuk menceritakan siapa wanita tersebut, Daniel dan Vivy kemudiannya bergaduh. Sabrina mengajak Ellis untuk makan malam di rumahnya dan Ellis bersetuju untuk datang. Manakala Shidah pula syak yang suaminya ada perempuan lain dan cuba menyiasatnya tapi tidak menjumpai apa - apa bukti. Delaila kemudiannya mengamuk besar dan menuduh Azril dan Vivy ada hubungan, Daniel turut berada disitu. Namun Azril dan Vivy tidak mengaku yang mereka ada hubungan. Tak lama kemudian, Delaila turut mengamuk dengan Dato Sherry kerana dia tahu Dato Sherry akan menghantarnya juga ke hospital mental nanti.

Dato Sherry menelefon Daud untuk berbincang pasal Delaila namun Daud tidak mahu ambil tahu. Manakala Azril pula berjanji dengan Delaila untuk tidak menghantarnya ke hospital mental itu. Vivy pula berjumpa dengan Auntie Som dan Auntie Som menyuruh Vivy untuk meneruskan rancangan mereka untuk meracun Sabrina, namun Vivy agak ragu - ragu serta serba - salah. Azril telah mengekori Vivy dan cuba mendengar perbualan Vivy dengan Auntie Som itu. Daniel pula keluar makan dengan Ellis, setiausaha Daniel iaitu Nina sengaja menelefon Sabrina untuk membiarkan Sabrina melihat kemesraan Daniel dan Ellis. Sabrina kemudian cuba berbual mesra dengan Ellis dan turut join sekali untuk makan. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post