Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 40 Hingga Episod 44
Diam tak diam, drama Syurga Yang Kedua ini dah masuk episod 40 lebih dah, tapi yang stress tu asyik menunggu bilalah Sabrina nak tahu perkara sebenar kan. Watak Sabrina lakonan Siti Elizad ini merupakan seorang wanita yang baik dan sentiasa berfikiran positif serta sering bersangka baik pada orang, sebab itulah sampai sekarang pun kebenaran masih belum terbongkar disebabkan sikap Sabrina tu sendiri dan yang lain pandai menyimpan rahsia. Nampaknya ada beberapa watak baru telah muncul dalam episod 40 Hingga episod 44 drama Syurga Yang Kedua ini, antaranya adalah watak bekas pekerja Daud yang cantik serta ibu kandung baby Yusof yang menginginkan anaknya semula. Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Jadi dekat bawah ini aku akan share rangkuman sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 40 Hingga 44. Link - link untuk sinopsis episod - episod awal boleh tengok di bawah sekali ye. Selamat Membaca ye.
Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 35 Hingga 39
Vivy mula rasa tak sedap hati bila Nina yang merupakan setiausaha Daniel memberitahunya tentang Daniel yang berjumpa dengan model baru yang bernama Ellis. Manakala Sabrina pula rasa tak sedap badan, dan tak sihat lalu menelefon Daniel untuk balik ke rumah, Vivy melepaskan Daniel pergi kerana bimbang pasal Alia. Tak lama kemudian, Vivy datang ke rumah Sabrina dan membawakan makanan untuknya. Daniel pula berkongsikan kegembiraannya dan gambar Sabrina serta Alia pada Ellis. Selain itu, Daniel juga merayu pada Dato Sherry untuk menerima Alia dan menjaga hati Sabrina, namun Dato Sherry enggan dan buat Daniel kecewa, marah dan terasa hati dengan sikap ibunya itu. Manakala Dato Sherry juga berasa sedih dan terasa hati dengan sikap Daniel dan meluahkan rasa hatinya pada Pak Majid. Atas nasihat Pak Majid, Dato Sherry akhirnya mengalah dan pergi melawat Sabrina, serta menasihati sabrina supaya menjaga kandungannya itu.
Sabrina gembira bila ibu mertuanya itu datang melawatnya, malah dia makin gembira melihat Dato Sherry dapat menerima Alia. Selain itu, Azril masih menggangu Vivy dan kemudian turut mengugut Vivy yang dia akan bocorkan rahsia Vivy. Delaila pula teringin nak mengandung dan ada anak, hal ini membuatkan Dato Sherry pening kepala dengan kerenah Delaila itu. Selain itu, Delaila juga ternampak Vivy yang terjumpa Handphone Azril dan sibuk check handphone tersebut dan buatkan Delaila rasa curiga dengan Vivy. Sabrina pengsan ketika membawa Alia keluar, nasib Ellis terjumpa sabrina itu dan membawanya ke Hospital, malah Ellis turut menjaga Alia. Doktor memberitahu pada Daniel ada sedikit masalah dengan kandungan Sabrina, sebab ada racun dalam badan Sabrina. Doktor turut mengesahkan suplemen yang diambil oleh sabrina itu mengandungi racun. Mak sabrina memang syak, itu semua angkara Vivy, Walaubagaimanapun kandungan sabrina selamat.
Manakala Vivy pula meminta maaf pada Sabrina kerana dia kononnya tidak menyangka supplemen tersebut mengandungi racun. Mak Sabrina iaitu Shidah berasa geram bila Daniel membawa Alia balik ke rumah Dato Sherry dan Alia akan dijaga oleh Vivy. Kelihatan juga Dato Sherry dah boleh menerima baby Alia. Shidah pula makin sibuk dengan businesnya dan selalu keluar dengan Sakinah dan Fazira, dan hal ini membuatkan Daud kesunyian. Kemudian Daud pergi ke satu restoran dan terjumpa semula dengan bekas pekerjanya. Malah Daud juga mengambil bekas pekerjanya itu untuk bekerja semula dengannya. Sejak dari itu, perangai Daud makin berubah, selalu balik lambat dan makin bergaya. Selain itu Sabrina juga makin pelik dengan perangai vivy yang terlalu sayangkan Alia yang merupakan anak angkat Sabrina. Auntie Som memberitahu Vivy pasal mak Yusof yang asyik minta duit.
Delaila berasa sunyi apabila Azril pergi bekerja, malah dia juga rimas bila baby Yusof menangis, dan bertambah rimas bila Sabrina datang ke rumah dengan membawa Alia sekali sebab keadaan akan bertukar jadi bising. Delaila kemudian memarahi sabrina dan menyuruh sabrina dan Alia keluar dari rumah, Daniel yang mendengar Delaila marah pada Sabrina mula memarahi Delaila dan Delaila kemudiannya mengamuk besar. Manakala Sabrina pula berasa risau jika Daniel bergaduh dengan Delaila sebab Alia, Dato Sherry akan jadi tak suka pada Alia lagi. Kemudian ada seorang perempuan yang berdiri di pintu masuk rumah Dato Sherry, Vivy mula tertanya - tanya siapa perempuan tersebut, rupa - rupanya itu adalah mak kandung baby Yusof. Apa yang bakal berlaku seterusnya.
Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link dibawah ini ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan