11 Jan 2023

Drama Cina Buta Lakonan Ungku Ismail dan Nad Zainal (Astro Ria)



Drama Cina Buta, Drama Cina Buta Astro Ria, Poster Drama Cina Buta, Sinopsis Drama Cina Buta, Cina Buta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cina Buta, Nad Zainal, Ungku Ismail, Puteri Aishah, Aliff Aziz, Drama Cina Buta Full Episode, Drama Cina Buta Episod 1 Hingga 18,
Drama Cina Buta Lakonan Ungku Ismail, Nad Zainal, Aliff Aziz dan Puteri Aishah (Astro Ria)

Drama Cina Buta ini sudah pun disiarkan di Astro Ria sejak 19 Disember 2022 yang lalu dan mempunyai 18 episod. Sepatutnya drama ini disiarkan lebih awal tapi asyik tertangguh saja. membawa penceritaan yang sarat dengan liku-liku kehidupan berumah tangga serta pengajaran tentang hukum-hukum perkahwinan. Antara pelakon drama Cina Buta ini adalah Ungku Ismail, Nad Zainal, Aliff Aziz dan Puteri Aishah, Norreen Iman, Anas Ridzuan, Aman Aziz, Didie Alias, Azhan Rani dan ramai lagi. Penggunaan istilah ‘Cina Buta’ mungkin jarang diperdengarkan di kalangan masyarakat, namun ia membawa maksud yang sangat penting dalam kehidupan sesebuah rumah tangga. Ia bermaksud perkahwinan yang dirancang untuk mendapatkan semula bekas isteri setelah terjatuhnya talak tiga. 

Drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cina Buta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Cina Buta

Nad Zainal sebagai Mia Sara
Ungku Ismail Aziz sebagai Sharnaz
Aliff Aziz sebagai Aliff
Puteri Aishah sebagai Habibah
Norreen Iman sebagai Norreen
Anas Ridzuan sebagai Ajis
Aman Aziz sebagai Umar
Didie Alias sebagai Datin Sri
Azhan Rani sebagai Tan Sri
Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Ahmad Tungkik




Sinopsis 
Drama Cina Buta Lakonan Ungku Ismail, Nad Zainal, Aliff Aziz dan Puteri Aishah (Astro Ria)

Sharnaz dan Mia Sara merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang telah berkahwin selama lima tahun. Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ini merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga. Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama. 
Drama Cina Buta, Drama Cina Buta Astro Ria, Poster Drama Cina Buta, Sinopsis Drama Cina Buta, Cina Buta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cina Buta, Nad Zainal, Ungku Ismail, Puteri Aishah, Aliff Aziz, Drama Cina Buta Full Episode, Drama Cina Buta Episod 1 Hingga 18,
Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali tetapi dalam masa yang sama, Aliff telah jatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah dia sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz?

Lagu Tema / OST Drama Cina Buta

👄👄 Pari Purna nyanyian Amylea



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post